Isnin, 30 Mac 2015

POSISI TIDUR

Selalu saya post pasal senaman, kecederaan, kesihatan, pemakanan. So hari ni nak cerita pasal POSISI TIDUR sebelum anda masuk tidur.

Allah swt telah menciptakan waktu malam untuk kita tidur agar kita dapat berehat setelah stress dengan aktiviti seharian. Jadi ada antara kita yang tidur mati (kalau bom meletup pun tak sedar), tidur ayam (yang kerja syif), tidur tak lena (orang tengah bercinta.. ehem) hehehe..

Bagaimana posisi tidur yang baik?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Nabi Muhammad saw telah menunjukkan contoh tidur yang baik dengan baring di atas rusuk sebelah kanannya. Menurut Hadith HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710 telah menyatakan

"Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah keSISI KANAN!"

Mengapa Rasullullah tidur sedemikian? Satu kajian di Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care' mendapati bahawa tidur mengiring ke kanan dapat

1. Mencegah tekanan dibahagian pinggang, leher dan saraf (pinched nerve)
2. Mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation atau mis-alignment of the neck)
3. Mengurangkan risiko sakit sendi dibahagian pinggang, hip dan lutut

Keburukan posisi tidur yang lain
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
1. Meniarap
Menghalang dada daripada meregang dan mengecut menyebabkan kesukaran bernafas yang boleh mengganggu jantung dan otak. Selain itu tekanan yang tinggi dibahagian belakang boleh menyebabkan sakit dibahagian pinggang.

2. Mengiring ke kiri
Jantung dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar daripada paru-paru kiri sekaligus meningkatkan tekanan kepada jantung.

--> Tips
Jangan pening kepala. Balik sahaja kepada agama, inshaa ALLAH selamat semuanya.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: