My Bodywork adalah satu syarikat bumipetera yang beroperasi di Johor Bahru, Johor. Kami pakar di dalam 3 bahagian utama iaitu
i. KECERGASAN & KESIHATAN
ii. TERAPI SENAMAN & SPORTS MASSAGE
iii. AKTIVITI LUAR
i. Kecergasan & Kesihatan
Kami menjalankan program2 kecergasan dan kesihatan yang pelbagai. Fokus kami adalah UNTUK MENINGKATKAN KUALITI HIDUP INDIVIDI AGAR DAPAT MENGURANGKAN RISIKO DARIPADA PENYAKIT HIPO-KINETIK. Program-program yang kami anjurkan berbeza dengan
ii. Terapi Senaman & Sports Massage
Memandangkan ramai orang mendapat sakit hasil daripada stress yang berkumpul dari hari ke hari dan perlakuan dan pergerakan yang biasa, maka otot kita akan tegang/stress dan berlaku ketidakseimbangan otot. Oleh itu, kami pakar bagaimana untuk melakukan aktiviti senaman yang bersesuaian untuk menguatkan kembali otot yang lemah dan meningkatkan prestasi individu melalui Sports Massage
iii. Aktiviti Luar
Aktiviti yang dirangka dengan mewujudkan elemen FITNESS & OUTDOOR di dalam program-program luar. Terdapat banyak aktiviti yang menarik dan anda sendiri boleh memilih mana-mana aktiviti yang anda mahukan mengikut keperluan dan kesesuian program anda atau boleh mendapatkan terus khidmat nasihat daripada kami. Antara program yang dianjurkan adalah FITNESS CAMP, TEAM BUILDING, FAMILY DAY dan banyak lagi.
Kami berpengalaman di dalam setiap bidang lebih daripada 10 tahun dan sering bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta dan juga NGO. Antara beberapa program yang pernah dikendalikan oleh kami adalah
i . Program Promosi Kesihatan dan Kecergasan - Larian Kesihatan
bekerjasama dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
ii. Program Kesihatan - Physical Fitness Assessment
bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Johor
iii. Program FITNESS CAMP FOR KIDS
bekerjasama dengan Kelab Kecergasan Fizikal dan Sukan Massa Johor Bahru,
Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Johor
iv. Program Motivasi Pelajar Orang Asli
bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor
v. Ceramah Bulan 'Sports Science'
bekerjasama dengan Petrosains Johor Bahru
vi. Ceramah Kesihatan
bekerjasama dengan Masjid Jamek, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
vii. Ceramah Kecergasan
bekerjasama dengan SK Convent Johor Bahru
viii. Kursus Asas Pengenalan Sports Massage
bekerjasama dengan Unit Sukan, UiTM Kampus Johor Bahru
dan banyak lagi....