Khamis, 1 Oktober 2015

SENAMAN BERKUMPULAN

Tahukah anda?!!
Senaman berkumpulan seperti senamrobik, circuit training, bootcamp dan yang seangkatan dengannya adalah satu program yang menyeronokkan!

Anda boleh dapat pelbagai faedah dengan program seperti ini antaranya adalah

1. Rakan baru
Mana yang lagi best? Training seorang-seorang ke atau dengan kawan-kawan. Latihan dalam kumpulan dengan rakan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan kita pasti satu perkara yang menyeronokkan. Disamping itu juga, kita dapat menambahkan "networking"

2. Motivasi
Mengapa sesetengah orang gagal untuk KURUS? Kerana salah satu KUNCI kejayaan untuk seseorang itu kurus adalah MOTIVASI. Kita akan sentiasa bersemangat apabila melihat  kesungguhan rakan-rakan yang lain

3. Cabaran
Semua orang sukakan cabaran. Setiap cabaran yang dilalui akan membuatkan diri anda semakin kuat, semakin bersemangat dan semakin fokus untuk mencapai matlamat anda

4. Aktiviti yang seronok
Keseronokan dalam melakukan latihan adalah sangat penting. Aktiviti bersama rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama akan mewujudkan satu suasana dan aura yang positif didalam diri anda

5. Komuniti yang sihat
Perkara yang penting sekali adalah kita dapat bersama mewujudkan satu komuniti yang mempunyai satu matlamat dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan antara satu dengan lain untuk mencapai impian yang sama.

--> Tips
Program berkumpulan yang pertama saya pernah kendalikan adalah dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia pada tahun 2008 dan terbaru My Body Fit Camp pada tahun 2015. Kedua-duanya berjaya membantu mereka yang mempunyai masalah obesiti.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork


Tiada ulasan: