Ahad, 11 Oktober 2015

PERLAKSANAAN MBFC

Ramai yang bertanya mengenai perlaksanaan MBFC program ini....

Saya jawab secara umum kerana saya menerima soalan-soalan ini daripada semalam agar semua jelas bagaimana perjalanan program ini..

Mai ceq explain sat nooo.....

1. Program ini dijalankan selama 6 minggu

2. Latihan hanya dijalankan pada setiap hari JUMAAT dan SABTU sahaja

3. Latihan bermula jam 0615 hingga 0715. Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin meneruskan latihan di Paragon Fitness selepas waktu latihan, ianya tiada masalah

4. Lokasi latihan adalah di Paragon Fitness sahaja. Tiada tempat lain.

5. Anda boleh menggunakan kemudahan seperti sauna, steambath, bilik mandi dan locker selepas waktu latihan

6. Bagi sesiapa yang berkerja, anda boleh menggunakan bilik mandi di sana untuk persiapan diri sebelum ke tempat kerja

7. Latihan ini dijalankan secara berkumpulan

8. Latihan akan dikendalikan oleh Jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman

9. Kami menggabungkan latihan moden dan tradisional didalam program ini. Bermaksud ada latihan yang menggunakan mesin dan juga free weight

10. Diet Konsultan kami akan berinteraksi dengan anda di dalam Whatsapp group sahaja. Segala pertanyaan anda akan dijawab oleh beliau. Inshaa ALLAH

11. Kami juga menyediakan tempat untuk menunaikan SOLAT SUBUH. Tak perlu menginap disana, anda boleh datang pada jam 6am. Kami sarankan agar kita dapat SOLAT BERJEMAAH bersama-sama agar tidak terlambat menjalani latihan

12. Anda FIT atau FAT, yang paling penting anda bebas daripada sebarang penyakit untuk menyertai program kami. Tiada istilah NEWBIES dalam program ini.

Sekiranya ada apa-apa soalan, boleh tanya diruang komen atau Perdana Menteri saya...

Teruskan mengikuti perkembangan di page Bahagia Jemali.

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

Tiada ulasan: