Khamis, 15 Oktober 2015

MINAT KEPADA BISNES

Saya sangat percaya kepada KELEBIHAN SETIAP DIRI MANUSIA.

Tak semestinya tak dapat straight A tak pandai, mungkin lemah dari segi AKADEMIK tapi ada KELEBIHAN ditempat lain.

Pengalaman saya, pernah berjumpa dengan seorang budak berumur 10 tahun. Bapanya berniaga disebuah warong agak top juga di JB. Budak ni memang tak pandai matematik.

So, saya tanyalah soalan rumus atau formula macam cari luas ke.. semua dia jawab tak tahu..

Then saya tanya dia soalan masalah, saya create satu situasi yang relate dengan kehidupan dia membantu bapa dia berniaga. Saya tanya "Ali pergi kedai bawa rm10.. Beli barang harga rm5.40, bape bakinya?

Spontan dia jawab rm4.60 dan beberapa lagi soalan tentang duit, semua dia boleh jawab.. hahaha

So, perlu ke dia nak belajar cari luas, kira tinggi semua? Lebih baik dia diajar berniaga dan expend perniagaan bapa dia.

Sekarang saya nampak budak ni dah besar dan bantu perniagaan bapanya. Semoga perniagaanmu bertambah maju..

--> Tips
Ibu bapa seharusnya mengenali BAKAT dan KELEBIHAN anaknya. Asah kemahiran mereka sehingga mereka mampu menukar minat mereka menjadi sebagai KERJAYA.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: