Saya telah menjalankan latihan litar di gim hampir 10 tahun. Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tips mengenainya
Latihan litar adalah latihan yang dirangka secara berstesen dan ianya dilakukan secara kitaran bermula dari stesen satu hinggalah ke stesen yang terakhir.
Latihan ini lebih menguji daya tahan jantung, otot dan juga kekuatan.
Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti jurulatih. Paling penting ia mempunyai nisbah
"masa kerja : masa rehat"
TIPS!!
1. Apakah kelebihan latihan litar kepada anda:
Ia dapat meningkatkan kekuatan dan kecergasan dan sekaligus membakar lebih banyak jumlah kalori.
Gabungan latihan aerobik dan anaerobic yang dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga mampu memberi kesan yang positif kepada diri anda dari sudut fizikal, fisiologi dan juga psikologi.
2. Cabaran latihan:
Latihan litar kebiasaannya dijalankan oleh atlit. Walau bagaimana pun, orang biasa pun boleh melakukannya dengan mengikut kemampuan diri masing-masing.
Apabila badan anda telah dapat menyesuaikan diri, tingkatkan intensiti latihannya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
Ingat "Prinsip Latihan - Dari mudah ke sukar"
3. Siapa yang sesuai dengan latihan litar:
Semua orang yang sihat tubuh badan sesuai melakukannya. Sekiranya anda mempunyai penyakit yang kronik, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan apa-apa senaman dan rujuk kepada jurulatih yang bertauliah mengenai jenis senaman yang sesuai dengan anda.
Latihan litar ini juga sangat sesuai dijalankan kepada golongan yang terlampau sibuk kerana ia menggabungkan aktiviti kekuatan dan daya tahan di dalam satu senaman.
Lagipun ianya satu aktiviti yang menyeronokkan apabila dilakukan secara berkumpulan
4. PERHATIAN NEWBIES
- Anda perlu tahu tahap kecergasan semasa diri anda.
- Lupakan segala pencapaian wakil daerah/negeri/negara yang anda pernah capai semasa zaman sekolah rendah anda kerana
DULU ANDA FIT TAPI SEKARANG ANDA FAT!!!
- Jangan ikut rakan anda yang dah lama jalankan latihan litar ini, kelak anda merana diri.
- Paling penting, ikut kemampuan dan keselesaan diri anda.
--> Tips
Jurulatih yang baik akan mengubah suai intensiti latihan litar mengikut tahap kecergasan dan kemampuan kumpulan yang dibimbingnya.
Selamat mencuba!!!
~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan