Ahad, 11 Oktober 2015

DUDUK & SAKIT PINGGANG

FAKTA!!

Duduk terlampau lama boleh mengakibatkan anda SAKIT PINGGANG!

Dalam Ceramah POSTUR & ERGONOMIK yang selalu saya sampaikan, saya sering menekankan kesan buruk ni.

Samada anda memandu atau bekerja dihadapan komputer, anda lebih terdedah kepada sakit belakang dan bahu.

Punca secara spesifik tidak diketahui tapi salah satu faktor penyumbang adalah disebabkan oleh masalah POSTUR.

BAGAIMANA NAK BETULKAN POSTUR
Jawapan saya mudah sahaja, postur boleh diperbetulkan melalui pelbagai kaedah rawatan.  Salah satu daripadanya adalah melalui kaedah manipulatif manakala SENAMAN penting untuk mengaktifkan kembali sistem tubuh badan kita

PENCEGAHAN
Sekiranya anda memandu atau melakukan kerja dihadapan komputer dalam 1-2 jam berterusan, rehatlah sebentar 2-3 minit dan lakukan:-

1. Regangan dibahagian bahu dan leher
2. Minum air suam
3. Pandang sebentar ke tempat yang berwarna hijau (nature)
4. Tarik nafas dengan dalam 3-5x
5. Dan sambung kembali

--> Tips
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

Tiada ulasan: