Selasa, 30 Jun 2015

NASIHAT RAMADHAN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Jom hayati nasihat sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 29 Jun 2015

BERSENAM vs BERSHOPPING

Topik ni sangat "kena" dengan wanita diluar sana terutama pada musim raya ini. Sudah tentu mereka sedang sibuk membeli belah. Mereka mampu bershopping secara "marathon" dari pagi hingga ke malam, satu-satunya aktiviti yang mereka boleh kalahkan kaum adam.

Disebabkan aktiviti "shopping marathon" ini, mereka beranggapan bahawa yang aktiviti ini sama seperti bersenam.

HELLOOOO... Haa.. Ni nak tanya (ala-ala Azwan Ali - agak asar sikit bunyinya).
Berapa kali korang boleh shopping seminggu?
Berapa KG barang yang korang shopping?
Banyak ke duit korang sampai nak shopping berjam-jam?
Ko hade? SEDDIHH... NERAKA!!
(Azwan Ali, 2015)

SENAMAN
Satu aktiviti membakar kalori yang dilakukan secara dirancang dan spesifik, berstruktur, bersistem dan dilakukan berulang-ulang. Memenuhi keperluan kecergasan berasaskan kesihatan dan ianya tidak berkonsepkan pertandingan

SHOPPING
Satu aktiviti yang membakar kalori juga akan tetapi jarang dilakukan (bergantung dengan kewangan) dan ianya tidak memenuhi kecergasan berasaskan kesihatan malah boleh menyumbang kepada sakit kepala tahap migrain yang teruk kepada si BF atau SUAMIKU MENTERI KEWANGAN.

--> Tips
SHOPPING adalah aktiviti fizikal yang tidak memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan seperti BERSENAM. Walau bagaimanapun ia tetap membakar kalori yang MINIMUM

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

PSIKOLOGI MINDA

Cuba perhatikan gambar ni. Sekali pandang ianya seperti AYAM GORENG kan..

TAPI

Hakikatnya ia adalah beberapa ekor anak anjing yang comel.

Comel sungguh kalau tanggapan pertama anda ianya ayam goreng. Sebab dah lapar punya pasalkan.. heheheh

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

TAG RAKAN ANDA

Jom tag kepada rakan-rakan anda tanda PENGHARGAAN kepada mereka

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Ahad, 28 Jun 2015

TIPS RAMADHAN

Ada seorang kawan perempuan bertanya dengan saya..
"Eh Bahagia, macam mana nak kurus eh bulan puasa ni?".

Saya beritahu jaga makan dan biasalah jawapan standard WANITA MELAYU TERAKHIR kan.. "Makan dah jaga dah. Memang ambil sikit je ni.."

Dalam hati saya, sikit eh. Tatkala seraya bertanya kembali, "Sikit tu macam mana. Cuba huraikan kepada hamba." Cheh.. dah macam bangsawanlah pulok!.

Dia pun cerita, kebiasaannya masa waktu berbuka, beliau tak makan nasi. Banyak makan kuih-muih, roti john, air kathira abu bakar (air yang famous di JB dibulan Ramadhan sahaja). Lepas terawikh, moreh kuih dengan teh o kat masjid. Balik rumah baru makan nasi, itu pun separuh dengan minum air milo panas segelas. Saki baki kuih masa buka tadi, beliau makan sikit (sikit tu pun dalam 3 biji cucur badak). Sahur makan banyak sikit sebab nak kumpul tenaga untuk hari esok (nasi 2 pinggan)

Bila tahu pola pemakanannya sebegitu, saya terus terangkan  dari sudut pengiraan kalori makanan satu persatu yang dia makan dan alangkah terkejutnya beliau, kalori yang diambilnya hampir mencecah 2500kcal sehari.

Dibulan RAMADHAN, kita sering kali tertewas dengan makanan yang dianggap "ringan" seperti kuih dan sebagainya akan tetapi nilai kalorinya tinggi.

--> Tips
Pilih satu menu sahaja semasa berbuka lebih baik daripada makan SIKIT-SIKIT tapi sebenarnya BANYAK.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 27 Jun 2015

PESANAN KEPADA PENGGUNA GIM

Seringkali pengguna di dalam gim tidak peka atau tidak tahu mengenai etika penggunaan digim. Jom kita kongsikan etika semasa menjalankan latihan digim

ETIKA
1. Letak semula barang yang digunakan ketempat asalnya - secara tidak langsung anda dapat menambah pembakaran kalori anda sedikit.

2. Gunakan pakaian yang sesuai - janganlah pakai seluar jeans, nanti jin nak pakai apa?

3. Memakai kasut sepanjang sesi latihan - bezakan pemakaian nak ke pasar malam dengan bersenam. Cuba main futsal, tak pernah pulak tengok orang berkaki ayam

4. Gunakan tuala sepanjang sesi latihan dijalankan - kalau anda kuat berpeluh dan BERBAU, silalah lap. Kalau tak nanti anda akan menjadi "bahan bualan"

5. Jangan ganggu/menyapa ketika rakan atau pengguna lain sedang mengangkat beban - orang Malaysia memang peramah, suka tegur-menegur. Tapi janganlah sibuk nak salam kalau member tengah perah kudrat mengangkat beban dengan muka ala-ala Menteri Pasola.

Kalau ada lagi, jom kongsikan bersama.

Bak kata BAHAGIA HITLER
"Aku bisa saja menyenaraikan semua, tapi sengaja aku sisakan sedikit agar kalian dapat kongsikan bersama”

--> Tips
Seorang yang BERETIKA akan lebih disenangi dan dihormati orang lain.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 26 Jun 2015

INDOOR TRAMPOLINE PARK

================
AKAN DIBUKA DI JB
================
Berita baik bagi warga JB. Satu pusat rekreasi "indoor" akan dibuka tak lama lagi. INDOOR TRAMPOLINE PARK yang berlokasi dikawasan Taman Daya (berhampiran Puspakom)

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 07 3517219 atau laman sesawang www.ZoomParkAsia.com.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Khamis, 25 Jun 2015

KENA GANTI PAKAIAN

Klien ini ikut program sebelum bulan Ramadhan. Hari ni genap 4minggu progres latihannya. Program hanya 3x seminggu selama 60minit. Sekarang dia mengadu dengan saya,

"Encik Bahagia, baju dan seluar saya dah longgar ar. Tali pinggang saya dah loose 3 lubang". Balas saya berseloroh "Saya tidak bertanggjawab kalau awak kena beli baju dan seluar baru" huhuhu

Apa yang saya buat? Latihan saya biasa-biasa sahaja, kalori makanan pun saya tak berapa ajar sangat kerana klien ni seorang pemakan. Banyak saya ajar dari sudut PSIKOLOGI mengenai pemakanan beliau. Benda SIMPLE tapi BERKESAN.

--> Tips
Nak kurus, JAGA MAKAN. SENAMAN bantu anda kurus dengan lebih cantik dan lebih "tone".

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 24 Jun 2015

ULANGKAJI AGAMA - UBAT YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Sedikit panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai ubat yang tidak membatalkan puasa.

Semoga kita mendapat manfaat daripada info ini. Inshaa ALLAH.
Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

BAGAIMANA ANDA MENILAI SAKIT

Bagaimana seorang itu mendapat sakit sendi dan otot? Apa yang anda tahu atau mengenai punca kecederaan? Jom share pengalaman atau ilmu yang anda semua ada. Just simple sharing.

TAKDE BETUL dan TAKDE SALAH

Tak kira anda doktor, fisioterapi, atlit, tukang urut, ulat buku atau bomoh sekali pun. Semuanya ada penjelasan tersendiri.
Hormati pendapat semua orang.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

KEINDAHAN ALAM - AIR TERJUN SIPISO-PISO

Subhanallah.. Sungguh indah ciptaan ALLAH..

Saya petik dari https://wisatasumatera.wordpress.com/wisata-sumatera-utara/air-terjun-sipiso-piso/

Selayang Pandang
"Air Terjun Sipiso-piso merupakan sebuah kawasan wisata alam yang terletak tidak jauh dari permukiman masyarakat Desa Tongging, Kecamatan Merek, Kabupaten Karo, Provinsi Sumatra Utara. Dapat dibilang, mengunjungi desa ini tidak berbeda dengan berwisata ke Air Terjun Sipiso-piso. Secara geografis, Desa Tongging berada di dataran lebih rendah, sementara Air Terjun Sipiso-piso terletak di perbukitan yang lebih tinggi dari Desa Tongging. Air terjun ini berada di ketinggian lebih kurang 800 meter dari permukaan laut (dpl) dan dikelilingi oleh bukit yang hijau karena ditumbuhi hutan pinus.

Nama air terjun yang dikelola oleh Pemerintah Daerah Kabupaten Karo ini memiliki makna yang khas. Sebagaimana disebut dalam berita harian Suara Indonesia Baru, bahwa Sipiso-piso berasal dari piso yang artinya pisau. Derasnya air-air yang berjatuhan dari bukit berketinggian di atas seratus meter ini diperumpamakan layaknya berbilah-bilah pisau yang tajam. Selain itu, jurang yang curam jika dilihat dari puncak bukit membuat orang setempat menyebutnya piso dari Tanah Karo (http://www.hariansib.com).

--> Tips
Menjelajah ke tempat orang untuk mendapat pengalaman baru

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 23 Jun 2015

BILA KALI TERAKHIR ANDA SERVIS BADAN ANDA?

Kereta & Manusia, tujuan diciptakan hampir sama cuma PENCIPTANYA berbeza.

TENAGA
Manusia = Makanan
Kereta = Minyak

PUNCA HIDUP
Manusia = Jantung
Kereta = Enjin

SERAPAN
Manusia = Lutut
Kereta = "Suspension"

PANDU ARAH
Manusia = Otak
Kereta = Steering

Dan banyak lagi yang boleh dibuat persamaan

TAPI

Satu je yang selalu orang abaikan iaitu

BILA KALI TERAKHIR ANDA SERVIS?
Manusia = Tak pernah / Ntah bila
Kereta = Baru "mileage" yang lepas

Anda lebih MENYAYANGI kereta anda daripada BADAN anda sendiri. Ini FAKTA!!

--> Tips
Rawatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memaksimumkan prestasi anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 22 Jun 2015

BULAN RAMADHAN BULAN KURUS

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana anda telah mewujudkan "deficit calorie" yang banyak.

Oleh itu, anda perlu berjaga-jaga memilih makanan semasa berbuka puasa. Elakkan mengambil makanan yang kandungan gulanya tinggi dan lebih mudah, MAKAN SECARA BERSEDERHANA.

SENAMAN
Untuk mempercepatkan proses KURUS, anda lakukanlah apa-apa senaman kardio sebelum berbuka puasa sekurang-kurangnya 20-30 minit. Aktiviti berintensiti sederhana (55% - 70% kadar denyutan nadi) adalah lebih digalakkan seperti berjalan kaki, jogging dan sebagainya.

NAFAS
Pastikan pernafasan anda terkawal kerana proses pembakaran lemak akan terjadi dengan kehadiran OKSIGEN.

--> Tips
Sistem tenaga digunakan mengikut tururan sebegini

GLYCOGEN -> LEMAK -> PROTEIN

Ambil peluang ini untuk membakar lemak kerana tahap GLYCOGEN anda berada ditahap yang rendah disebabkan oleh puasa

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

3000 LIKE DIPAGE BAHAGIA JEMALI

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan saya kekuatan untuk terus menyampaikan ilmu kepada anda semua.

Semoga anda terus menyokong saya dalam misi untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan KECERGASAN, KESIHATAN dan KECEDERAAN.

p/s : boleh invite rakan-rakan anda yang lain untuk like page Bahagia Jemali.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Ahad, 21 Jun 2015

GIM UNTUK SIAPA?

Saya sering berhadapan dengan orang sebegini..

"Gim ko tu asyik train FITNESS je, selalunya gim ni untuk body builder. Aku pergi mana-mana gim semuanya body builder. PONTIAN body builder, kat PEKAN pun body builder, kat PADANG RENGAS pun sama."

Saya diamkan sahaja dia ulang 2-3 kali dengan cerita yang sama. So dah time untuk "educate" si beliau ni.

"Bang.. FITNESS ni menyeluruh dan ia umpama IBU. Dalam FITNESS ada 11 komponen. Beza nak latih atlit, bina badan, nak kurus, sakit sendi semuanya bergantung kepada intensiti latihan, ulangan, set dan masa rehat.

Lagi satu, gim saya yang abang cakap FITNESS sangat ni bukannya takde geng body builder, cuma saya ubah tanggapan orang awam bahawa pergi ke GIM bukan semata-mata untuk bina badan sahaja malah kumpulan-kumpulan ini juga boleh join

- masalah berat badan
- latihan kekuatan untuk sukan
- orang sakit sendi dan otot
- darah tinggi, diabetes, strok
- orang OKU

Inilah KONSEP GIM YANG SEBENAR. Bukan untuk satu kumpulan sahaja"

--> Tips
Pengetahuan mengenai FITNESS (KECERGASAN) adalah perkara yang paling asas. Kantol bab ni, kantollah semua.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 20 Jun 2015

BERHENTI BERSENAM DIBULAN RAMADHAN?

Ramai yang update status "nak rehat" semasa bulan puasa ni.. Ok, cenggini.. Masa diberi 24jam. Senaman yang perlu dilakukan PALING KURANG pun 30minit dengan kekerapan 3-5kali seminggu.

Bayangkan anda dah penat berdiet dan bersenam sepanjang bulan sebelum ni, tiba-tiba anda berehat sebulan ini.

IMPLIKASI
Masih ingat lagi keadaan fizikal sel lemak? Ia akan MEMBESAR dan MENGECIL sepertimana rakan saya Susu Sejat terangkan dahulu? Jadi tidak mustahil anda dah kecil sekarang ni akan menjadi besar sedikit dan semakin besar apabila menjelang hari raya nanti.

MENGAPA
Apabila anda mengurangkan aktiviti fizikal, secara tidak langsung metabolic, komposisi otot dan kecergasan anda akan menurun dan ini secara tidak langsung akan menggalakkan pengumpulan lemak semula.

--> Tips
Lakukanlah senaman kekuatan dengan intensiti yang tinggi dan ulangan dan set yang pendek untuk "maintain" fizikal anda agar tidak katabolik.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 19 Jun 2015

ALHAMDULILLAH.. SELESAI KAJIAN..

Satu kajian mengenai URUTAN SUKAN (SPORTS MASSAGE) telah dijalankan oleh seorang pelajar Universiti dipusat rawatan saya My Bodywork berkaitan dengan PUNCA dan KEKERAPAN pelanggan yang mendapat sakit sendi dan otot .

Hasil dapatan dari kajian tersebut didapati bahawa lebih separuh pelanggan di My Bodywork yang mendapat SAKIT BELAKANG dan majoritinya berpunca dari faktor STRESS dan ERGONOMIK (akibat cara kerja yang salah).

Mungkin anda juga adalah salah seorang yang mengalaminya. Dapatkan rawatan segera sebelum ianya menjadi lebih parah.

--> Tips
MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
013 7277007
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 18 Jun 2015

"GANJARAN" BERPUASA

Kadang-kadang nak didik anak berpuasa ni, kena bagi ganjaran..

Allah pun beri kita ganjaran, cuma kanak-kanak mana nampak pahala..

Saya pesan kat AMAN BAHAGIA..
"Ni ganjaran kat dunia, nanti kat akhirat ganjaran dia lagi besar dan menarik"...

--> Tips
Jangan lupa didik SOLATnya juga, bukan PUASA sahaja.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 17 Jun 2015

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA semua...

Semoga Ramadhan kali ini LEBIH BAIK daripada Ramadhan yang lalu..
Inshaa ALLAH..

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

TABIAT atau TEBIAT?

Esok bermulanya puasa. Perkara yang paling seronok sekali adalah waktu ke bazar ramadhan dan waktu berbuka. Ramai sebenarnya yang tertewas dengan NAFSU makan mereka apabila berada di bazar ramadhan sehingga berlakunya pembaziran.

Saya bagi 10 tips.
1. Tetapkan 1 menu atau hidangan sahaja yang hendak dibeli contohnya ayam penyek.

2. Terus tuju ke gerai yang disasarkan.

3. Selepas beli, terus balik dan jangan singgah mana-mana lagi.

4. Bawa duit yang secukupnya, kalau ada duit lebih nanti mesti belanja lebih

5. Kalau terbawa duit lebih, sedekah kepada orang yang memerlukan.

6. Berbuka dengan kurma dan air segelas dahulu bagi mengurangkan rasa lapar

7. Pastikan tiada hidangan lain dimeja selain daripada menu tadi

8. Hidangkan menu tadi didalam pinggan yang kecil (untuk nampak makanan tersebut banyak)

9. Selesai berbuka, terus tunaikan solat dengan cepat

10. Selepas itu terus ke masjid/surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah dan baca Al Quran. (bila anda sibuk dengan beribadat, inshaa ALLAH rasa lapar itu hilang)

--> Tips
Walau meriah macam mana di bazar ramadhan pun, lebih baik masak sendiri kerana semuanya terkawal. ELAKKAN PEMBAZIRAN dan jangan ganti S _ T _ N

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 16 Jun 2015

KISAH ROS YANG OBES

KISAH ROS
Ros adalah seorang yang obes. Walaupun beliau seorang yang obes, namun beliau mempunyai rambut yang MENAWAN TERTAWAN DA BOM!! SEBELUM KAHWIN
Pada satu hari, beliau berjumpa dengan seorang jejaka tampan yang bernama GB. Ros terus jatuh hati dan berazam untuk memikat hati GB. Jadi Ros pun mengambil seorang PT yang bernama Naz. PT ni sangat tegas sehingga nak "belasah" kalau Ros ponteng training.....

Nak tahu cerita selanjutnya?...

Baca dipage BAHAGIA JEMALI difacebook... 

https://www.facebook.com/pages/Bahagia-Jemali/828754730530725

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring. ~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBteautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

TIPS KURUS

Proses penurunan berat badan bukan bergantung kepada senaman semata-mata. Diet juga penting.

Dan

Perkara paling SUSAH dalam proses penurunan berat badan adalah KAWAL PEMAKANAN. Adakah anda cukup KUAT menahan NAFSU MAKAN anda?...

--> Tips
Sunnah Rasullullah
"Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang"

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 15 Jun 2015

ISU PANAS - FARAH ANN & AURAT

Isu ini sangat berat untuk dikupas. Biasalah, lain orang lain pendapat. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan pendapat Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya. Tidak adil mengadili Farah Ann seorang sahaja. Jom baca apa kata beliau

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
1. Hukum keWAJIPAN Aurat merupakan hal yang tidak diragui lagi. Bahkan merupakan satu kemunafikan jika orang islam sendiri mempersoalkan kewajipannya. Firman Allah, maksudnya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…" [QS. An Nur: 31]

2. Sebenarnya, tidak wajar untuk kita fokus hanya kepada isu Farah Ann sedangkan atlit sukan yang lain, artis, pemimpin, penjawat awam@swasta dan masyarakat Islam secara umumnya juga perlu diingatkan serta difahamkan tentang kewajipan aurat. Sikap selektif tidak akan menyelesaikan isu ini sebaliknya hanya akan membawa kepada aib mengaibkan antara satu dengan yang lain.

3. Jadi, saya nasihatkan diri saya dan kita semua melihat isu aurat ini secara telus melalui perspektif agama yang merentasi apa jua sentimen. Kerana hukum aurat tidak dibataskan dengan status, pangkat, pingat emas, populariti dan lain-lain. Sebaliknya ia adalah hukum yang Allah turunkan ke atas semua umat Islam. Maka, bahaskan secara telus, ikhlas dan berhikmah.

4. Apabila isu aurat dibangkitkan dalam kes Farah Ann; cadangan supaya wanita tidak terlibat dalam sukan sebegini merupakan cadangan yang terbaik kerana mengambil langkah berhati-hati demi melaksanakan tuntutan agama. Namun, jika ianya tidak dipersetujui, saya ingin cadangkan supaya pihak kerajaan sediakan juga alternatif pakaian untuk atlit wanita negara yang ingin menjaga aurat mereka. Walaupun tidak perlu kepada paksaan, namun penjelasan tentang kewajipan aurat tetap perlu menyeluruh. Merupakan satu hal yang menyedihkan jika pihak kerajaan tidak boleh memperjuangkan alternatif pakaian yang menutup aurat bagi atlit sukan negara lelaki mahupun perempuan.

5. Untuk Farah Ann, tahniah atas kemenangan. Namun, dengan kemenangan itu, janganlah menjadikan kita memandang remeh teguran masyarakat umum tentang etika berpakaian saudari. Saudari mungkin memiliki alasan yang tersendiri. Namun, hukum tetap hukum dan ianya tidak akan berubah walaupun berjuta pingat emas diperolehi. Alangkah baiknya jika saudari terima nasihat-nasihat tersebut dengan positif dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan. Moga Allah berikan kekuatan kepada saudari.

6. Manakala kepada yang menasihati; saya nasihatkan supaya menjaga lisan. Nasihat perlu dibina atas kasih dan sayang serta bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan bukan melahirkan kebencian. Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan. Dan tentunya termasuk dalam maksud hadis Nabi saw: "barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat". (Riwayat Abu Daud, no:4946)

Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Kita berdoa agar Adik Farah Ann dapat menerima teguran dengan hati yang terbuka dan yang menegur itu, biarlah menegur dengan nasihat yang membina.

--> Tips
Mungkin Adik Farah Ann boleh menggunakan pakaian seperti digambar. Pemain bola jaring Malaysia juga telah mula menutup aurat. Alhamdulillah..

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 14 Jun 2015

MALAYSIA DAN MITOS TAK DAPAT DIPISAHKAN

Untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan SENAMAN didalam kehidupan seharian, ianya satu kerja yang sukar. Banyak pengalaman yang saya lalui antaranya berhadapan dengan seorang pegawai tinggi disatu syarikat. Beliau meminta saya untuk mengajar kakitangannya mengenai cara-cara bersenam dengan betul. Dalam perbincangan itu, apabila saya menerangkan mengenai modul yang akan disampaikan, beliau sangat teruja.

"Oooo... saya ingat bersenam ni hanya keluar peluh je.."

Balas saya, "Kalau Tuan berada di Kutub (tempat yang negatif darjah celcius), agak-agak tuan boleh berpeluh ke kalau tuan bersenam?"

Begitulah serba sedikit perbualan kami. Cuma diakhir perbualan, perbualan ini hanya menjadi "bualan kosong". Apa yang disampaikan ianya "hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri"

--> Tips
Sepanjang karier saya, saya telah berjumpa dengan ramai klien yang mengalami KECEDERAAN melalui aktiviti SENAMAN yang tidak betul. Perkara ASAS ini perlu diambil perhatian.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBteautyExpert

Sabtu, 13 Jun 2015

BERBUKA PUASA

Bulan Ramadhan hampir tiba. Ni peluang anda untuk menurunkan berat badan. Sungguhpun begitu, ada juga yang "ternaik berat badan". Hehehe

Jom kita share tips kepada kawan-kawan semua apa yang anda lakukan sebelum ini sebelum saya share tips saya. Sharing is caring.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 12 Jun 2015

KERJAYA DALAM BIDANG KECERGASAN DAN KESIHATAN

Pada tahun 90an, ramai yang takut untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan kerana mereka tidak nampak masa depan mereka. Alhamdulillah, kini peluang perniagaan dan pekerjaan lebih terbuka didalam industri ini.

PULANGAN LUMAYAN
Saya sangat bertuah kerana berkawan dengan ramai rakan "entrepreneur" dalam bidang Kecergasan dan Kesihatan antaranya atlit,  coaches, personal trainer, event manager, consultant, studio & gim owner, nutrition & equipment suppliers dan banyak lagi. Mereka semua individu yang hebat dalam bidang masing-masing dan ada antara mereka ini menjana pendapatan yang lumayan

MENTALITI
Masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang memandang rendah kepada kebolehan ANAK TEMPATAN. Bagaimana kita nak MAJU kalau tiada sokongan daripada anda semua.

PELUANG PEKERJAAN
Apabila anda menyokong sesuatu program sebenarnya anda telah mewujudkan satu peluang perniagaan dan pekerjaan. Saya ambil contoh event larian. Penyertaan anda memberi peluang perniagaan kepada syarikat percetakan, pengiklanan, logistik dan juga peluang pekerjaan kepada RELA, krew dan banyak lagi. Walaupun yuran dikenakan sedikit namun besar ertinya kepada keseluruhan industri.

--> Tips
Diluar negara, sambutan sangat menggalakkan sehingga mereka mampu membayar gaji pemain dengan mahal. JDT mengikut langkah ini. Bila giliran yang lain?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 11 Jun 2015

LEPAS URUT, SAKIT PINGGANG

Tahun 1998, semasa saya mula mempelajari SPORTS MASSAGE, saya sering sakit pinggang selepas mengurut klien. Kita urut orang jadi baik, kita pula yang sakit. Dan selepas itu macam-macam mitoslah yang saya dengar.

Kemudian saya dapati rupa-rupanya bukan pasal jin atau sebagainya, semuanya disebabkan oleh POSTUR.

Anda tukang urut? Anda perlu beri perhatian mengenai perkara ini kerana dengan merubah kedudukan postur anda, ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya kecederaan.

--> Tips
Perhatikan dalam gambar, apa kesilapan masseuse ini? Jom bincangkan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 10 Jun 2015

PROJEK PRESENTATION

Hari ni nak present satu projek besar bersama syarikat besar di Johor Bahru.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Aaminnn

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

ANAK OH ANAK

Jarang saya share tentang keluarga saya dalam page ni TAPI kali ni memang tak boleh tahan.

Setiap kali kalau anak saya nampak page saya, dia mesti ajuk "trademark" saya ni.

"Abi.. Abi macam ni kan" sambil buat "trademark" dalam gambar tu.. hehehe

Inilah kerja kami malam-malam. Orang semua dah tido, so apa lagi.. Projek bergambarlah...

Alhamdulillah Ya ALLAH, baru aku faham kenapa Engkau kurniakan aku ramai anak perempuan. Kerana mereka inilah yang membuatkan hatiku kini lembut selembut sutera (chewahhh... fefiling memalam ni) hahahah

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBteautyExpert

Selasa, 9 Jun 2015

KECEDERAAN SUKAN - OTOT KOYAK

Semua orang didunia ni terdedah kepada kecederaan. Bukan sahaja ianya berpunca dari aktiviti bersukan, tapi faktor gaya hidup atau pekerjaan juga mempengaruhi berlakunya kecederaan ini

OTOT KOYAK DAN SCAR TISSUE
Apabila seseorang mengalami koyak dibahagian ototnya, mereka akan beranggapan bahawa tisu otot mereka akan pulih dengan sendirinya. Hakikatnya, ia tidak terjadi sedemikian. Tisu yang koyak tadi akan dibaiki dan meninggalkan kesan parut (scar tissue).

KESAN SCAR TISSUE
Ramai yang mengabaikan scar tissue ini. Seperti yang saya beritahu daripada tadi, ramai yang beranggapan setiap kecederaan akan pulih dengan sendirinya. Faktor kewangan untuk mendapatkan rawatan juga menjadi salah satu masalah utama. Walau apa pun anggapan anda, kesan dari mengabaikan "scar tissue" ini boleh mengakibatkan anda sentiasa ditimpa kecederaan yang sama berulang-ulang kali.

CARA RAWATAN
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan seperti "ultrasound" dan "heat" tapi walau bagaimanapun, teknik SPORTS MASSAGE adalah cara yang terbaik untuk dapat membantu memulihkan kecederaan dan mengurangkan "scar tissue" tersebut. Lebih banyak urutan diberikan dibahagian yang tercedera akan menjadikan ianya lebih cepat sembuh

--> Tips
Dalam urutan, mereka akan meminta anda datang 3-5 kali bagi tujuan untuk mengurangkan "scar tissue" tersebut.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 8 Jun 2015

NEXT PROJECT

Rezeki ALLAH.. Memang betul janji ALLAH, segala rezeki tu datang dariNya. Lebih-lebih lagi bila jumlah ahli keluarga bertambah. Semoga dipermudahkan segala urusanku

Aaminnn

~BAHAGIA JEMALI~
013 7277007

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

HERO MALAYSIA - MALIM GUNUNG

Kebanyakan mereka ini adalah orang-orang tempatan yang bertugas membimbing para pendaki mendaki Gunung Kinabalu. Saya masih teringat lagi pada tahun 2013, semasa saya mendaki Gunung Kinabalu. Dua orang Malim telah mengiringi kami. Mereka adalah Peter dan Claudius.

Orangnya sangat baik, mesra dan sangat bertanggungjawab. Mereka sentiasa berada bersama kumpulan kami. Apa yang saya perhatikan, mereka ini menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab dengan memastikan semua ahli kumpulan dapat menuju ke puncak.

BENCANA
Pada pendapat peribadi saya, Gempa Bumi yang berlaku sekarang ini perlu melibatkan mereka kerana mereka telah menyesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran gunung. Mustahil orang yang tidak biasa dengan keadaan sejuk dapat bertahan disana. Khidmat dan pengalaman mereka ini memang sangat membantu pihak penyelamat dan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan sebelum bencana, mereka jugalah yang akan menguruskan segala-galanya.

KREDIT
Kini, Malim mendapat pujian diperingkat global. Mereka diangkat sebagai HERO kerana berjaya membantu mangsa yang terkandas. Pengalaman dan kepakaran merekalah yang penting di dalam situasi seperti ini

--> Tips
Pihak kerajaan perlu melihat dan membalas pengorbanan mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan sebagai Malim Gunung yang bergaji tetap.

KAMI RAKYAT MALAYSIA MENYANJUNG TINGGI KEBERANIAN DAN PENGORBANAN DAN TABIK HORMAT KEPADA MALIM GUNUNG KINABALU!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert




Ahad, 7 Jun 2015

SERVIS BADAN

--> Penting ke berurut ni?

--> Kalau tak urut pun takpe, sakit boleh baik sendiri..

Selalu saya dengar "statement" ni. Begini, saya bagi satu analogi..

"Anda ada kereta. Cuba abaikan maintenance nya, tak payah servis, kalau brek tak makan, takpe.. nanti lama-lama dia boleh brek sendiri". Haa.. Faham ke tak?

Di dalam bidang sukan, SPORTS MASSAGE (SM) boleh didefinasikan sebagai "manipulasi tisu lembut di dalam badan manusia."  Selepas sesuatu pertandingan atau aktiviti, SM dapat membantu atlet dalam memulihkan aktiviti, mengurangkan stress dan kesakitan, meningkatkan semula julat pergerakan sendi (Range Of Motion ROM) dan meningkatkan aliran darah ke otot-otot yang ketat. Selain daripada itu, SM juga dapat memberikan impak kepada atlet dari sudut psikologi.

TIDAK TERHAD
Kini SM tidak terhad kepada atlet sahaja, orang biasa pun memerlukannya kerana teknik urutan ini berdasarkan kajian anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia. Setiap teknik urutan memberi kesan kepada tisu otot dan pergerakan sendi individu tersebut.

BEZA
Sepanjang sesi SM, individu perlu berada dalam keadaan yang rileks dan tenang. Sekiranya individu tersebut mengalami sebarang ketidakselesaan semasa sesi urutan, beberapa kaedah diaplikasikan untuk melegakan ketegangam otot tersebut.

KEKANGAN
Memberi pertolongan cemas tidak termasuk dalam skop SM. Apabila seseorang individu disyaki mempunyai masalah kecederaan yang berat, mereka perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan SM

--> Tips
Sayangi badan anda sebagaimana anda menjaga KENDERAAN anda. Lakukan "servis" sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai PENCEGAHAN.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert


Sabtu, 6 Jun 2015

RAHSIA NAK DAPAT SIX PACK

Pengalaman saya sepanjang berkhidmat di gim adalah sentiasa berhadapan dengan orang melakukan senaman dengan cara yang sama dan ada yang sia-sia, malah merbahaya. Mereka sukar menerima nasihat kerana badan saya biasa-biasa sahaja, cuma KJ cakap saya ni kategori "TALL DARK HANDSOME".. huhuhu

Seperti contoh
--> Pemain bola sepak melakukan latihan bebanan seperti bina badan

--> Badan cantik (muscular) bermaksud orang itu kuat

--> Golongan wanita takut melakukan latihan bebanan

--> Lakukan "sit up" untuk kempiskan perut

Hari ni nak fokus cerita pasal "sit up" untuk dapatkan six pack. Adakah anda tahu semua orang mempunyai six pack?

TAPI

Kenapa tak nampak?

SEBAB

Perut anda buncit (AWESOME)

PENJELASAN
Six pack anda dilindungi oleh lemak. (Rujuk gambar)

--> Tips
Rahsia nak dapatkan six pack adalah MENURUNKAN KADAR PERATUSAN LEMAK (melalui diet dan senaman yang betul)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#thisishybridnation

Jumaat, 5 Jun 2015

BERSUKAN & BERSENAM

Ramai yang nak KURUS dengan CEPAT tanpa memikirkan kesan jangka masa yang panjang.

Dalam periodisasi latihan, fasa penyesuaian (conditioning phase) adalah sangat penting. Jadi anda perlu membina perkara yang asas dahulu sebelum pergi ke rutin yang lebih spesifik.

--> Tips
Nak kurus perlu melalui beberapa proses dan pastikan ianya dilakukan dengan kaedah yang PALING SELAMAT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Khamis, 4 Jun 2015

FITNESS CAMP for KIDS - MAJLIS PENUTUP

Alhamdulillah.. selesai sudah program FITNESS CAMP for KIDS tahun ni. Lambat update disebabkan coverage tak berapa baik kerana lokasi kami memang di dalam kawasan hutan.

Tahniah kepada ibu bapa yang sanggup berpisah dengan anak mereka selama 3hari 2malam semata-mata ingin memberikan pengalaman ERTI KEHIDUPAN yang sebenar.

Program ini sangat memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri peserta kerana disinilah mereka belajar berdisiplin, erti kesyukuran, keberanian, kekuatan fizikal dan juga mental.

Diharap program ini dapat menambah nilai hidup kepada setiap diri mereka. Inshaa ALLAH

--> Tips
Berbagai ragam kanak-kanak yang menyertai program ini. Walau begitupun mereka BERJAYA menamatkan program selama 3hari 2malam (ada yang minta sambung lagi sehari.. hehehe)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

FITNESS CAMP for KIDS - WALL CLIMBING

Ini aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu WALL CLIMBING. Aktiviti ini benar-benar menguji FIZIKAL dan MENTAL. Setelah penat berjalan sebelah pagi selama 4 jam meredah hutan, bukit-bukau, perkampungan, mereka diuji lagi dengan aktiviti ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semua peserta dapat melakukan aktiviti ini dengan selamat. Ada yang naik sampai habis, ada yang separuh, tapi itu bukan kayu pengukur yang ingin dilihat, yang penting SEMANGAT MENCUBA.

--> Tips
Seorang yang berjaya akan MENCABAR dirinya dan MENCUBA sesuatu yang baru

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

Rabu, 3 Jun 2015

FITNESS CAMP for KIDS - BACK TO NATURE

"Zaman saya kecik, masa tu tinggal di kampung, hari-hari saya masuk paya, kebun dan hutan" maklum balas ibu bapa kepada saya apabila saya post gambar anak-anak mereka.

Saya percaya kita semua dah biasa dengan suasana kampung. Tapi, bagaimana dengan mereka? Kenal ke dengan pokok durian? Kenal ke dengan pacat? Kenal ke dengan sungai?

Semua ini mengajar peserta mengenali  alam semulajadi. Apabila masuk didalam kawasan hutan pada cuaca panas, atmosferanya yang dingin membuatkan diri kita terasa tenang, nyaman dan rileks. Barulah mereka tahu kepentingan menjaga alam sekitar supaya ekosistem terjaga dan pada masa yang sama menanamkan rasa Syukur kepada ALLAH kerana telah berada dibumi yang bertuah ini.

--> Tips
Selepas ini, mereka dapat menulis karangan dengan baik kerana mereka telah lalui pengalaman dihutan. Inshaa ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

FITNESS CAMP for KIDS - DISIPLIN

Di dalam kem ini, DISIPLIN adalah perkara utama yang kami terapkan. Yang paling penting adalah DISIPLIN DIRI, kalau itu pun tak boleh buat, macam mana kita nak berdisiplin didalam kumpulan.

Gambar ini menjelaskan proses pembentukkan disiplin. Setelah beberapa kali arahan diberi, masih melakukan kesilapan yang sama maka HUKUMAN DIJALAN UNTUK MENCARI KEBENARANNNN...

Ini adalah sikap anak-anak kita, balik sekolah buka kasut dan tinggal, salin baju dan campak, lepas guna tuala tak sidai. Kalau disiplin diri ini tidak dapat dilakukan, bagaimana nak siapkan kerja sekolah tepat pada masanya?

Saya ada dengar rumours baru-baru ini, mendidik anak tidak boleh denda. Rujuk kembali ajaran Islam. Apabila anak tidak menunaikan solat seawal 7tahun, maka ibu bapanya hendaklah memberi hukuman (ada cara rotannya). Anda fikir sendiri, anda ingin mengikuti teori MANUSIA atau teori ALLAH

--> Tips
Dimana berakhirnya ilmu SAINS disitulah bermulanya ilmu ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

Selasa, 2 Jun 2015

FITNESS CAMP for KIDS - KEPIMPINAN & KERJASAMA

Setiap kali waktu solat, giliran BILAL dan IMAM akan bertukar kepada setiap peserta lelaki kerana ingin memberi peluang kepada mereka bukan sahaja menjadi pemimpin dalam kumpulan, tapi di dalam solat.

Pada solat Asar, saya meminta seorang peserta melaungkan azan. Beliau enggan tapi saya tetap berkeras meminta beliau bertugas sebagai Bilal pada waktu itu. Rupa-rupanya beliau tidak tahu dan seorang rakan beliau yang tidak beliau kenali (bukan saudara, bukan rakan sekolah, bukan rakan sekumpulan) berdiri  disebelah dan membimbing.

Alhamdulillah, semoga semangat kerjasama ini dapat diteruskan dan dipupuk dari kecil lagi.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

FITNESS CAMP for KIDS - TAKLIMAT

Sebelum memulakan sesuatu program, taklimat disampaikan agar peserta dan ibu bapa tahu apa yang akan dilakukan.

Dan

Bacaan doa disertakan agar program dipermudahkan dan sentiasa dilindungi olehNYA

Tahniah sekali lagi kepada semua ibu bapa yang BERANI membenarkan anak mereka KELUAR DARI ZON SELESA.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

FITNESS CAMP for KIDS - TAKLIMAT

Sebelum memulakan sesuatu program, taklimat disampaikan agar peserta dan ibu bapa tahu apa yang akan dilakukan.

Dan

Bacaan doa disertakan agar program dipermudahkan dan sentiasa dilindungi olehNYA

Tahniah sekali lagi kepada semua ibu bapa yang BERANI membenarkan anak mereka KELUAR DARI ZON SELESA.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

Isnin, 1 Jun 2015

FITNESS CAMP for KIDS - LIPUTAN AKHBAR

=========================
DAPATKAN UTUSAN MALAYSIA
1 Jun 2015 (m/s 31)
=========================
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana telah memudahkan proses perjalanan program batch yang keempat ini.

FITNESS CAMP for KIDS mendapat liputan daripada pihak Utusan Malaysia dan terima kasih kepada Tuan Rakoz Penggila Emas atas bantuan beliau.

Dengan kerjasama ini membuatkan kami LEBIH BERSEMANGAT untuk mengendalikan program ini dengan jayanya. Semuanya dengan izin ALLAH.. Aaminnn

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

FITNESS CAMP for KIDS - Persediaan Terakhir

Saya ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada ibu bapa yang BERANI membenarkan anak-anak mereka untuk keluar dari zon yang selesa dan belajar berdikari. Inshaa ALLAH kami akan menjalankan tanggungjawab kami dengan sebaik mungkin dan menjaga anak-anak tuan-tuan dan puan-puan seperti anak-anak kami sendiri.

Kami kini dalam proses persiapan terakhir untuk program esok. Tag nama ini akan digunakan oleh peserta selama 3 hari 2 malam di Kem Dayang. Ini adalah salah satu "AMANAH" yang perlu dijaga oleh mereka (kemahiran mengurus diri)

Semoga program esok ini berjalan dengan lancar, dilindungi olehNya dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids