--> Penting ke berurut ni?
--> Kalau tak urut pun takpe, sakit boleh baik sendiri..
Selalu saya dengar "statement" ni. Begini, saya bagi satu analogi..
"Anda ada kereta. Cuba abaikan maintenance nya, tak payah servis, kalau brek tak makan, takpe.. nanti lama-lama dia boleh brek sendiri". Haa.. Faham ke tak?
Di dalam bidang sukan, SPORTS MASSAGE (SM) boleh didefinasikan sebagai "manipulasi tisu lembut di dalam badan manusia." Selepas sesuatu pertandingan atau aktiviti, SM dapat membantu atlet dalam memulihkan aktiviti, mengurangkan stress dan kesakitan, meningkatkan semula julat pergerakan sendi (Range Of Motion ROM) dan meningkatkan aliran darah ke otot-otot yang ketat. Selain daripada itu, SM juga dapat memberikan impak kepada atlet dari sudut psikologi.
TIDAK TERHAD
Kini SM tidak terhad kepada atlet sahaja, orang biasa pun memerlukannya kerana teknik urutan ini berdasarkan kajian anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia. Setiap teknik urutan memberi kesan kepada tisu otot dan pergerakan sendi individu tersebut.
BEZA
Sepanjang sesi SM, individu perlu berada dalam keadaan yang rileks dan tenang. Sekiranya individu tersebut mengalami sebarang ketidakselesaan semasa sesi urutan, beberapa kaedah diaplikasikan untuk melegakan ketegangam otot tersebut.
KEKANGAN
Memberi pertolongan cemas tidak termasuk dalam skop SM. Apabila seseorang individu disyaki mempunyai masalah kecederaan yang berat, mereka perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan SM
--> Tips
Sayangi badan anda sebagaimana anda menjaga KENDERAAN anda. Lakukan "servis" sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai PENCEGAHAN.
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan