Kami menawarkan 3 jenis perkhidmatan iaitu
i. Program Kecergasan dan Kesihatan
a) Physical Fitness Assessment
b) Exercise Prescription
c) Personal Training
d) Program FITKIDS
e) Self Defense For Women
a) Physical Fitness Assessment
b) Exercise Prescription
c) Personal Training
d) Program FITKIDS
e) Self Defense For Women
ii. Terapi dan Sports Massage
a) Terapi Senaman (Exercise Therapy)
b) Sports Massage
c) Latihan Spesifik Warga Emas (Fall Prevention)
a) Terapi Senaman (Exercise Therapy)
b) Sports Massage
c) Latihan Spesifik Warga Emas (Fall Prevention)
iii. Aktiviti Luar
a) Fitness Camp
b) Outdoor and Recreation Activities
a) Fitness Camp
b) Outdoor and Recreation Activities
Berikut adalah pecehan-pecahan servis yang kami jalankan
i. PROGRAM KECERGASAN DAN KESIHATAN
1) Physical Fitness Assessment
Perkhidmatan ini adalah untuk memantau ukur lilit badan, peratusan lemak, tahap kecergasan sebelum dan selepas latihan dijalankan. Selalunya ianya akan diambil sebelum latihan dijalankan dan hasil data semua akan direkodkan dan disimpan. Kemudian klien akan menjalani latihan dalam tempoh 4 minggu untuk mendapatkan adaptasi terhadap latihan yang baik dan kami akan menilai semula untuk melihat perubahan dan perkembangan yang berlaku dari segi fizikal dan fitness.
2) Exercise Prescription
2) Exercise Prescription
Program ini penting kerana tanpa preskripsi senaman yang betul, matlamat dan objektif kita akan tersasar dan tidak tercapai. Program ini berkait rapat dengan program yang diatas. Setelah data assessment direkodkan, kami akan membuat analisa kepada komponen kecergasan yang perlu dibangunkan secara spesifik. Oleh itu, preskripsi senaman ini sangat penting untuk mencapai objektif anda.
3. Personal Training
3. Personal Training
Kami menjalankan perkhidmatan Jurulatih Peribadi yang berfungsi untuk membimbing anda untuk melakukan senaman dengan teknik yang betul, memantau tahap kecergasan anda, menetapkan program yang sesuai dengan keperluan badan anda dan memberi motivasi kepada anda untuk meneruskan latihan. Ia juga bertujuan untuk memantau dan mengubah tahap intensiti latihan anda kepada sesuatu tahap yang mencabar untuk mendapatkan kesan latihan. Berikut adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jurulatih Peribadi
* Panduan mencapai matlamat anda
* Pendidikan dan pengetahuan tentang latihan kekuatan, kardio dan pemakanan
* Kepentingan menjalankan latihan di gim setiap minggu
* Akauntabiliti
* Cara-cara untuk membantu mencapai objektif dan sasaran anda
Setiap sesi akan berlangsung sekitar 60-90 minit. Pertemuan pertama adalah bertujuan untuk mendapatkan data terdiri daripada kecergasan, ukur lilit badan dan lemak di dalam badan. Kemudian, Jurulatih Peribadi anda akan memberikan preskripsi senaman yang sesuai dengan objektif dan matlamat anda
4) Program FITKIDS
4) Program FITKIDS
FITKID adalah program yang dirangka khas untuk kanak-kanak untuk membenteras obesiti (kegemukan) dan juga sekaligus bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Kini, masalah obesiti sememangnya ditahap yang membimbangkan di Malaysia dan semuanya bermula dari golongan kanak-kanak. Sedarkan anda, berapa ramai kanak-kanak yang aktif seperti orang zaman dahulu? Jenis makanan yang bagaimakah yang kerap diambil oleh kanak-kanak sekarang? Kini, kanak-kanak yang berusia seawal 12 tahun telah menghidapi diabetes, sakit belakang dan sebagainya yang kebanyakkannya disebabkan oleh Obesiti . Oleh itu, program ini lebih bertujuan untuk mencegah obesiti dari peringkat awal supaya kanak-kanak ini tidak menderita apabila mereka dewasa kelak.
5) Self Defense for Women
5) Self Defense for Women
Ilmu Beladiri amat penting dizaman globalisasi ini. Program ini diwujudkan supaya golongan wanita tidak teraniaya dan menjadi mangsa keadaan seperti ragut, cabul dan sebagainya. Ianya sesuai dengan wanita yang tidak mempunyai latar belakang beladiri kerana mereka akan belajar secara asas bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada bahaya. Kami mengintegarsikan latihan fizikal untuk meningkatkan tahap kecergasan, teori titik-titik kelemahan di dalam anatomi manusia, teknik-teknik yang ringkas dan mudah diaplikasi didalam situasi sebenar
dan banyak lagi
ii. PROGRAM TERAPI SENAMAN DAN SPORTS MASSAGE
1. Terapi Senaman (Exercise Therapy)
Satu teknik terapi dengan memanipulasi otot dan tidak menggunakan ubat untuk mengembalikan postur badan seseorang individu agar ianya berada di dalam kedudukan postur yang asal. Terapi yang dilakukan hanyalah dengan menggunakan teknik-teknik khas yang bertujuan untuk memastikan kedudukan tulang belakang (spine) berada didalam postur yang betul.
Ubat bagi terapi ini adalah SENAMAN. Badan kita mempunyai 600 lebih otot dan tidak semua otot kita menggunakannya dengan optimum malah setiap individu mempunyai satu bahagian yang dominan samada lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri atau kanan sahaja. faktor ini akan mewujudkan ketidakseimbangan otot dan sekaligus akan merubah kedudukan tulang kerana otot disebelah bahagian yang dominan lebih kuat daripada otot yang lain. Oleh itu, senaman yang spesifik dan functional dapat membantu individu tersebut untuk menguatkan kembali otot mereka agar dapat menyeimbangkan ia kembali.
2. Perkhidmatan Sports Massage
Apa itu Sports Massage?
Sports Massage (Urutan Sukan) adalah satu teknik urut khas yang biasanya digunakan sebelum, semasa dan selepas bersukan. Antara tujuannya adalah untuk mempersiapkan atlit untuk mencapai prestasi yang optimum, mengurangkan kelesuan, mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan fleksibiliti dan mencegah daripada berlakunya kecederaan. Sports Massage juga sesuai untuk mengurangkan tekanan 'superficial muscle' dan 'deep muscle' serta rangkaian perisian sekitarnya seperti tendon dan ligamen.
Tujuan utama Sports Massage adalah untuk membantu meringankan stress dan ketegangan yang terkumpul di dalam rangkaian perisian tubuh selama melakukan aktiviti fizikal dan juga dapat membantu menurunkan kadar kelesuan dengan cepat akibat daripada rutin harian yang berat. Ia juga membantu mengurangkan risiko kecederaan kepada atlit ataupun orang biasa
Adakah Sports Massage hanya untuk atlit sahaja?
Ramai orang mempunyai persepsi yang salah terhadap Sports Massage ini. Mereka berpendapat bahawa Sports Massage hanya diperlukan oleh atlit dan orang yang mengalami kecederaan sahaja. ITU TIDAK BENAR. Sports Massage ini sangat diperlukan oleh semua individu untuk menjaga tubuh badan anda agar sentiasa berada ditahap yang optimum dan juga meningkatkan fleksibiliti. Semua ini akan memanjangkan kerjaya dan karier sukan anda
3. Latihan Spesifik Warga Emas - Falls Prevention
Kami menyediakan satu program khas yang baru bagi warga emas memandangkan ramai diantara mereka yang menemui maut bukan kerana mereka menghidapi diabetes atau hipertensi dan sebagainya, tapi permulaannya disebabkan oleh JATUH. Latihan yang bersistematik yang direka untuk membantu warga emas menguatkan kembali sistem musculo-skeletal (sistem otot dan tulang) dan juga meningkatkan sistem kardiovaskular (jantung) untuk sentiasa cergas dan aktif agar mereka dapat meningkatkan kualiti hidup mereka

iii. AKTIVITI LUAR
1) Fitness Camp
Program yang akan meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian kita. Anda akan mengalami satu proses pembelajaran secara teori dan praktikal dalam suasana yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Health Screening (Blood Pressure & Diabetes Test), Assessment, Aerobic, Resistance Training In Group, Traditional game & beberapa slot ceramah yang berkait dengan aktiviti fizikal di atas yang akan membimbing dan mendedahkan kepada anda kesan daripada melakukan senaman ke atas badan
2) Outdoor & Recreation Activities
Kami akan menganjurkan program-program luar seperti mendaki gunung, hari keluarga dan sebagainya. Bagi aktiviti yang lasak seperti mendaki gunung, kami akan membuat pakej latihan selama 3-6 bulan sebelum anda pergi mendaki. Ini bertujuan untuk menyediakan fizikal anda mental anda berada ditahap yang optimum.