Khamis, 15 Oktober 2015

TESTIMONY MBFC

Peserta ini adalah peserta wanita yang paling senior dalam program My Body Fit Camp.

Pada mula penyertaan beliau, saya dapat lihat beliau sedikit "struggle" untuk mengikuti latihan. Maklumlah, berlatih bersama orang-orang muda.

Tapi hati beliau sungguh cekal dan kuat. Beliau teruskan juga latihan dengan penuh disiplin.

Kalau dilihat dari gambar, seperti tiada perubahan yang ketara tapi peserta ini menyatakan beliau merasakan dirinya semakin kuat, sakit lututnya berkurangan dan ototnya juga semakin firm.

Adakah KURUS masih penting bagi golongan emas ini atau KESIHATANNYA?..

Favourite all time
Dulu beliau paling tak suka flip tayar tapi sekarang beliau siap tanya saya

"En Bahagia, kalau tak buat apa-ala dengan tayar ni, boleh tak hantar kat rumah akak"... Ok.. yang ni tipu.. hahahaha

--> Tips
Tatkala seseorang itu memasuki usia emas, apabila ia memulakan latihan bebanan dan rintangan, kecergasannya akan MENINGKAT DENGAN DRASTIK berbanding dengan orang muda dan the beautiful part is, all their pain starts reduce & eventually gone!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

MINAT KEPADA BISNES

Saya sangat percaya kepada KELEBIHAN SETIAP DIRI MANUSIA.

Tak semestinya tak dapat straight A tak pandai, mungkin lemah dari segi AKADEMIK tapi ada KELEBIHAN ditempat lain.

Pengalaman saya, pernah berjumpa dengan seorang budak berumur 10 tahun. Bapanya berniaga disebuah warong agak top juga di JB. Budak ni memang tak pandai matematik.

So, saya tanyalah soalan rumus atau formula macam cari luas ke.. semua dia jawab tak tahu..

Then saya tanya dia soalan masalah, saya create satu situasi yang relate dengan kehidupan dia membantu bapa dia berniaga. Saya tanya "Ali pergi kedai bawa rm10.. Beli barang harga rm5.40, bape bakinya?

Spontan dia jawab rm4.60 dan beberapa lagi soalan tentang duit, semua dia boleh jawab.. hahaha

So, perlu ke dia nak belajar cari luas, kira tinggi semua? Lebih baik dia diajar berniaga dan expend perniagaan bapa dia.

Sekarang saya nampak budak ni dah besar dan bantu perniagaan bapanya. Semoga perniagaanmu bertambah maju..

--> Tips
Ibu bapa seharusnya mengenali BAKAT dan KELEBIHAN anaknya. Asah kemahiran mereka sehingga mereka mampu menukar minat mereka menjadi sebagai KERJAYA.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 14 Oktober 2015

TESTIMONIALS MBFC

Testimoni kali ni sanggup menempuh cabaran untuk menyertai My Body Fit Camp.

Sebenarnya, cabaran yang paling utama yang perlu anda tempuh adalah DIRI ANDA SENDIRI. Bagaimana mahu berjaya kalau belum buat dah ada 1001 alasan.

Saya ambil contoh peserta ini, beliau bekerja mengikut shif, balik dari kerja jam 6pagi dan terus bergegas ke tempat latihan. Beliau juga mengikuti latihan dengan penuh disiplin dan hasilnya... beliau berjaya mengecilkan saiz badan beliau.

Pada sesiapa yang bakal menyertai program latihan MBFC ni, jangan salahkan saya kalau baju dan seluar anda dah mula LONGGAR!!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 13 Oktober 2015

BERAT vs SAIZ

Keunikan program kami ini adalah,

"KAMI FOKUS KEPADA SAIZ BADAN BUKAN BERAT BADAN"

MENGAPA?...
Sebelum saya terangkan, saya gambarkan anda satu senario dahulu.. Katakanlah anda berjalan-jalan dan terserempak dengan rakan lama... Dialog dia lebih kurang begini..

"Eh Vida.. Aku tengok ko sekarang ni semakin KECILLAH. Berapa BERAT ko sekarang?

Ok, perhatikan ayat di atas. Yang mana satu rakan anda tanya dulu?... PENAMPILAN atau BERAT?...

Faham maksud sayakan?.

Balik kepada soalan, mengapa saya lebih fokus kepada SAIZ?

Secara psikologinya, apabila manusia tidak dapat mencapai sesuatu berat yang mereka inginkan, mereka akan FRUST!!!

TAPI

Mereka lupa pula bahawa badan mereka menjadi semakin mengecil dan cantik. Jadi kenapa masih ingin melihat kepada berat lagi?...

Terutama mereka yang mengikuti latihan bebanan, kadang-kadang ada yang naik beratnya tapi badannya semakin cantik dan "toning".

Ini adalah salah satu testimonials MBFC pada tahun lepas. Beratnya tak berlaku perbezaan yang ketara tapi anda dapat lihat badannya menjadi lebih cutting.

MASIH LAGI OBSES DENGAN BERAT ANDA?

Sertai program My Body Fit Camp​ kami yang akan bermula pada 30.10.2015 ini. KAMI KOMITED MEMBANTU ANDA

Ikuti perkembangan MBFC dipage ini

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert