Khamis, 15 Oktober 2015

TESTIMONY MBFC

Peserta ini adalah peserta wanita yang paling senior dalam program My Body Fit Camp.

Pada mula penyertaan beliau, saya dapat lihat beliau sedikit "struggle" untuk mengikuti latihan. Maklumlah, berlatih bersama orang-orang muda.

Tapi hati beliau sungguh cekal dan kuat. Beliau teruskan juga latihan dengan penuh disiplin.

Kalau dilihat dari gambar, seperti tiada perubahan yang ketara tapi peserta ini menyatakan beliau merasakan dirinya semakin kuat, sakit lututnya berkurangan dan ototnya juga semakin firm.

Adakah KURUS masih penting bagi golongan emas ini atau KESIHATANNYA?..

Favourite all time
Dulu beliau paling tak suka flip tayar tapi sekarang beliau siap tanya saya

"En Bahagia, kalau tak buat apa-ala dengan tayar ni, boleh tak hantar kat rumah akak"... Ok.. yang ni tipu.. hahahaha

--> Tips
Tatkala seseorang itu memasuki usia emas, apabila ia memulakan latihan bebanan dan rintangan, kecergasannya akan MENINGKAT DENGAN DRASTIK berbanding dengan orang muda dan the beautiful part is, all their pain starts reduce & eventually gone!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: