Ada seorang kawan perempuan bertanya dengan saya..
"Eh Bahagia, macam mana nak kurus eh bulan puasa ni?".
Saya beritahu jaga makan dan biasalah jawapan standard WANITA MELAYU TERAKHIR kan.. "Makan dah jaga dah. Memang ambil sikit je ni.."
Dalam hati saya, sikit eh. Tatkala seraya bertanya kembali, "Sikit tu macam mana. Cuba huraikan kepada hamba." Cheh.. dah macam bangsawanlah pulok!.
Dia pun cerita, kebiasaannya masa waktu berbuka, beliau tak makan nasi. Banyak makan kuih-muih, roti john, air kathira abu bakar (air yang famous di JB dibulan Ramadhan sahaja). Lepas terawikh, moreh kuih dengan teh o kat masjid. Balik rumah baru makan nasi, itu pun separuh dengan minum air milo panas segelas. Saki baki kuih masa buka tadi, beliau makan sikit (sikit tu pun dalam 3 biji cucur badak). Sahur makan banyak sikit sebab nak kumpul tenaga untuk hari esok (nasi 2 pinggan)
Bila tahu pola pemakanannya sebegitu, saya terus terangkan dari sudut pengiraan kalori makanan satu persatu yang dia makan dan alangkah terkejutnya beliau, kalori yang diambilnya hampir mencecah 2500kcal sehari.
Dibulan RAMADHAN, kita sering kali tertewas dengan makanan yang dianggap "ringan" seperti kuih dan sebagainya akan tetapi nilai kalorinya tinggi.
--> Tips
Pilih satu menu sahaja semasa berbuka lebih baik daripada makan SIKIT-SIKIT tapi sebenarnya BANYAK.
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan