Rabu, 25 Mac 2015

Ep 1 STRESS PUNCA SEGALANYA!

Ramai yang ambil remeh dan tidak ambil berat mengenai STRESS. Ada yang beranggapan stress hanya terjadi semasa kerja, menghadapi jem, hutang sana-sini dan sebagainya. Memang betul, ia adalah salah satu punca stress. Tapi tahukah anda stress adalah salah satu punca utama kehadiran penyakit-penyakit lain?

Saya kongsikan pengalaman saya merawat seorang rakan. Beliau seorang yang "happy go lucky" dan kalau dilihat secara luaran orangnya seperti tiada masalah. Pada satu hari, dia menelefon saya dalam keadaan yang menggigil. Nasib ALLAH gerakkan hati dia untuk menelefon saya. Semasa itu dia sudah berada ditepi bangunan dan hampir mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dengan izin ALLAH, saya dapat membimbing dia dan meredakan perasaan dia agar berfikir dengan rasional.

Apa yang berlaku semasa itu?
Mengapa dia bertindak sedemikian?
Dia dah tiada akal nak berfikir?
Mesti anda berkata sedemikiankan?

Sebelum menghukum, saya bagi satu situasi kepada anda. Sekiranya orang yang anda PALING SAYANG sama ada ibubapa atau suami atau isteri atau anak anda DIPUKUL TERUK dihadapan anda, adakah anda berdiam diri? Sudah tentu tidak. Anda akan menyerang semula dan mencederakan orang tersebut sepertimana teruk dia lakukan ke atas orang yang anda sayangi kerana pada masa itu anda hilang kawalan. Sama juga situasi rakan saya, dia hilang pertimbangan disebabkan masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Esok saya akan sambung lagi cerita seterusnya mengenai "Tabung Stress".

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

Tiada ulasan: