Selasa, 31 Mac 2015

RAHSIA UMUR

UMUR.. Satu perkara yang sangat SENSITIF bagi kaum wanita. Setiap kali "Happy Birthday to you" je, jawapan bagi setiap soalan mengenai umur mereka mestilah BIARLAH RAHSIA.

Ada perkara yang anda kena tahu mengenai umur ni. Umur kita ada banyak cuma nak "highlight" kat sini adalah
i-  UMUR KRONOLOGI
ii- UMUR BIOLOGI

UMUR KRONOLOGI
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Lebih dikenali sebagai umur kalender. Setiap kali anda menyambut Hari Kelahiran anda, umur anda semakin bertambah, rumah anda semakin jauh dan kubur semakin dekat.. (seram pulak..huhuhu)

UMUR BIOLOGI
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ia berkait dengan sistem tubuh badan anda seperti sistem jantung, otot, tulang dan banyak lagi.

Gambar dibawah ini menunjukkan wanita yang BERUMUR lebih 50 tahun mampu melakukan SQUAT seberat 40kg sebanyak 10reps 3sets (kadang-kadang saya bagi kepada lelaki dewasa yang berumur 25 tahun pun belum tentu boleh buat). Ini menunjukkan umur biologi beliau lebih muda daripada umur kronologinya.

--> Tips
Wanita ni sebenarnya boleh angkat lebih berat daripada 40kg dan badan dia SEMAKIN KECIL dan tak besar punn....  Huhuhu... Paling penting beliau bebas daripada SAKIT SENDI.

Harap artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami peranan latihan bebanan terhadap kesihatan anda. Share kepada rakan-rakan anda sebagai pengetahuan mereka dan like laju-laju page Bahagia Jemali. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 30 Mac 2015

POSISI TIDUR

Selalu saya post pasal senaman, kecederaan, kesihatan, pemakanan. So hari ni nak cerita pasal POSISI TIDUR sebelum anda masuk tidur.

Allah swt telah menciptakan waktu malam untuk kita tidur agar kita dapat berehat setelah stress dengan aktiviti seharian. Jadi ada antara kita yang tidur mati (kalau bom meletup pun tak sedar), tidur ayam (yang kerja syif), tidur tak lena (orang tengah bercinta.. ehem) hehehe..

Bagaimana posisi tidur yang baik?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Nabi Muhammad saw telah menunjukkan contoh tidur yang baik dengan baring di atas rusuk sebelah kanannya. Menurut Hadith HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710 telah menyatakan

"Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah keSISI KANAN!"

Mengapa Rasullullah tidur sedemikian? Satu kajian di Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care' mendapati bahawa tidur mengiring ke kanan dapat

1. Mencegah tekanan dibahagian pinggang, leher dan saraf (pinched nerve)
2. Mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation atau mis-alignment of the neck)
3. Mengurangkan risiko sakit sendi dibahagian pinggang, hip dan lutut

Keburukan posisi tidur yang lain
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
1. Meniarap
Menghalang dada daripada meregang dan mengecut menyebabkan kesukaran bernafas yang boleh mengganggu jantung dan otak. Selain itu tekanan yang tinggi dibahagian belakang boleh menyebabkan sakit dibahagian pinggang.

2. Mengiring ke kiri
Jantung dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar daripada paru-paru kiri sekaligus meningkatkan tekanan kepada jantung.

--> Tips
Jangan pening kepala. Balik sahaja kepada agama, inshaa ALLAH selamat semuanya.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

PENGHARGAAN

K: Bahagia, hari ni hari Isninkan. Kenapa ada lelaki lagi dalam gim?
B: Eh, yeke.. Hari ni Isnin eh. Laaa.. Lupelah, "Ladies Day".

Saya pun terus pergi mengingatkan klien lelaki bahawa hari ni Ladies Day. Dalam gim ni, memang diperuntukkan masa untuk WANITA sahaja pada setiap hari ISNIN jam 5-7pm.

Selepas semua klien lelaki keluar, terus kek disajikan diatas meja. Huhuhu.. Terharunya.. Satu penghargaan kepada diri saya.. Really appreciate it..

Ini adalah antara klien yang telah menyertai gim ni sebelum saya berkhidmat disini (diorang lagi senior..heheh). Boleh dikatakan mereka ini hampir 10 tahun berlatih disini dan yang menariknya, tiada seorang pun yang berumur 30an. Paling muda dalam gambar ni pun berusia lebih daripada 45tahun.

Saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua, semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan CEPAT KURUS (itulah objektif utama mereka..huhuhu)

Semoga ALLAH merahmati anda semua dan hubungan silaturahim terus terjalin. Inshaa ALLAH.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SAIZ & KEKUATAN ATLIT. MANA LAGI PENTING?....

"Bang, macam mana saya nak bagi badan besar dan sado eh.." Soalan ini sering saya terima didalam gim. 

Sebagai seorang PT kita perlu betulkan fahaman klien. Kadang-kadang mereka tidak faham perbezaan antara KEKUATAN dan SAIZ. Ramai yang beranggapan mereka yang ada 6 pack dan berbadan besar tu lebih kuat.

Seorang atlit ragbi sekolah berumur 16 tahun ingin mendaftar digim saya. Ini perbualan saya dengan beliau

K: Saya nak "train" untuk besarkan badan sayalah bang..
B: Kenapa nak badan besar?
K: Saya main ragbi.
B: Awak main ragbi sampai peringkat apa? Selain itu, awak main sukan apa?
K: Saya main ragbi peringkat sekolah sahaja tapi merentas desa dan olahraga (jarak jauh), saya wakil negeri.
Teeeettttt.. Hmm..
Yang best lagi, dia beritahu ada trainer cakap ikut latihan dia dalam 3 bulan dah boleh "jadi" beserta dengan supplement.

Klien selalunya keliru, mereka inginkan "penampilan" yang menarik tanpa memikirkan masa depan atau kariernya di dalam bidang yang diceburi. Cuba bayangkan kalau badannya besar (seperti Bina Badan) dan menyertai larian jarak jauh. Hmmm.. Memang tak terbayang pun.. Hehehe

Jadi, seorang PT perlu membimbing dan menerangkan objektif yang LEBIH REALISTIK kepada klien mengenai apa yang sepatutnya mereka perlu capai di dalam program latihan kerana mentaliti rakyat Malaysia beranggapan

"MASUK GIM JADI SADO."

Saya ingin membuka minda anda bahawa latihan digim bukan untuk jadi SADO sahaja, banyak faedah lain lagi antaranya
i- program rehabilitasi (orang yang mengalami sakit sendi dan otot)
ii- latihan "strength and conditioning" (untuk persediaan fizikal atlit)
iii- pengurusan berat badan
iv- "corrective exercise" (orang yang mengalami masalah postur)
dan banyak lagi.

Saya bagi satu perumpamaan mudah. Anda mempunyai kereta dan ingin menyertai perlumbaan, apa yang perlu anda "upgrade"? Mestilah enjinkan (sistem). Bukannya cat kereta untuk kelihatan cantik (fizikal). Kalau kereta cantik, agak-agak laju ke?

--> Tips
Sekiranya anda seorang atlit, anda harus fokus kepada latihan yang membina kekuatan eksplosif, daya tahan dan bermacam lagi bergantung dengan sukan yang anda ceburi, bukannya kecantikan FIZIKAL anda. Saiz yang besar hanyalah BONUS terhadap sukan-sukan yang tertentu.

Harap artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami peranan gim dengan lebih luas lagi. Share kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan mereka dan like laju-laju page Bahagia Jemali. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 29 Mac 2015

SENAMAN INSTANT

Dalam program Personal Training saya, masa latihan saya dengan klien sangat fleksibel. Ada yang habis dalam 60minit dan ada yang nak balik cepat (urusan keluarga, kerja dan sebagainya)

Rata-rata di gim yang saya lihat, mereka yang nak menguruskan badan mereka menghabiskan masa sekurang-kurangnya 90minit malah ada yang jejak 180 minit. PELIK TAPI BENAR. Inilah realitinya..

Antara faktor yang buatkan mereka lama di dalam gim adalah

- mereka bermain hp
- sambil main sambil tengok orang
- bersembang dengan kawan
- tiada perancangan untuk melakukan senaman
- observe orang lain sebelum nak buat sesuatu
- habiskan lebih sejam dimesin kardio
- buat aktiviti "mari mencuba" di dalam gim

Jadi, itulah faktor yang menyebabkan keluarnya alasan "Saya takde masa untuk bersenam". Kenapa habiskan masa yang lama? Senaman ini cukuplah anda memenuhi PRINSIP LATIHAN anda.

--> Tips
Walaupun masa latihan mereka pendek, tapi kualiti latihan itu yang penting. Bukannya jumlah kalori yang dibakar di jam "Heart Rate Monitor"

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 27 Mac 2015

Ep 3 STRESS!!! PUNCA SEGALANYA..

"Aku kalau stress pergi karaoke. Nyanyi kuat-kuat lepas tu ok lah"

"Bila aku lepak "hoorey-hoorey" dengan kawan, stress aku hilang"

"Kalau aku stress, aku pergi angkat besi.. kalau stress lagi, aku angkat lagi dan lagi dan lagi sampai stress aku hilang" (stress pulak saya bila dengar macam ni..hehehe)

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, dalam fisiologi senaman (exercise physiology), apabila anda melakukan pergerakan fizikal, hormon "endorphins" akan dirembeskan lalu menenangkan anda sekaligus stress dapat dikurangkan. Tapi hormon "endorphins" ini bertindak seperti PAIN KILLER sahaja. Kesannya bersifat sementara kerana PUNCA stress itu tidak dileraikan.

Terdapat banyak kaedah dalam merawat stress sepanjang saya melakukan rawatan menangani stress. SEBELUM mereka menjalani rawatan, satu ujian akan dijalankan untuk menilai tahap stress mereka. SELEPAS rawatan dijalankan, Alhamdulillah dengan izin ALLAH mereka terus merasa lega dan lapang dada dengan segala apa yang mereka hadapi.

Semua masalah mereka itu HILANG dan badan mereka menjadi ringan. Ada di antara mereka yang asalnya datang dengan sakit pinggang, kadang-kadang sakitnya itu hilang. Selepas itu, mereka boleh menceritakan masalah mereka tanpa perasaan segan atau beremosi. Menakjubkan bukan!!!

Ini adalah pengalaman saya sepanjang merawat klien yang mempunyai masalah berkaitan stress.

Untuk pengetahuan anda, STRESS boleh menyebabkan 

i- prestasi kerja atau sukan anda menurun
ii- nafsu makan anda meningkat
iii- anda berada ditahap "plateau"

Ini bukan reka-rekaan ya, ini adalah FAKTA!! Sebab itulah PSIKOLOGI SUKAN merupakan bidang pelengkap dalam satu-satu sukan dan tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya. Hal ini juga mampu membuatkan anda plateau ketika dalam proses menurunkan berat badan (jangan tak tau!)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan Pengurusan Stress ini secara PERCUMA, apa kata anda sertai Hybrid FitCamp 2015 pada 1&2 Mei 2015 ini. Klik "link" dibawah untuk melakukan pendaftaran..

www.hybridfitnessclub.com/fitcamp2015

Saya pasti selepas anda melalui rawatan tangani stress ini, anda akan menjadi seorang yang baru dengan tenaga dan emosi yang lebih positif, lebih bersemangat dan lebih luar biasa!

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 26 Mac 2015

Ep 2 STRESS PUNCA SEGALANYA!

Saya buat satu perumpamaan, semua orang mempunyai tabung stressnya sendiri. Setiap kali dan setiap saat, akan berlaku satu perkara yang merangsang saraf anda untuk MELAWAN atau BERTINDAK (Fight or Flight).

Contohnya anda bawa kereta dan ternampak anjing melintas, ia membuatkan anda bertindak sama ada melanggar anjing tersebut atau mengelak.

Apabila rangsangan ini berlaku, tabung stress anda diisi dan lama-kelamaan ia menjadi penuh.

Saya berikan satu situasi kepada anda. Pernah tak berlaku satu perkara yang kecil tetapi anda marah seperti kesalahan itu sangat besar?

Saya bagi contoh, rakan anda sembunyikan pen anda dan kebetulan hari itu anda mempunyai masalah. Anda sebenarnya seorang yang "cool" dan "happy go lucky" akan tetapi apabila anda ketahui bahawa rakan anda menyembunyikan pen itu, anda bertindak memarahinya seperti satu kesalahan yang sangat besar. Pernahkan? Itu tandanya tabung stress anda telah penuh.

Hanya satu "spark" (kesilapan) sahaja mampu membuatkan tabung stress itu MELETUP!! Kenapa ia boleh meletup? Kerana stress itu DIKUMPUL dan DIKUMPUL sehingga tidak tertahan lagi dan menyebabkan ia "Bom Kaba Boomm".. Sebab itulah pentingnya tabung stress itu dikosongkan sebelum ianya meledak.

Sambungan esok, saya ceritakan bagaimana keberkesanan SENAMAN dan RAWATAN terhadap menangani stress ini.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 25 Mac 2015

Ep 1 STRESS PUNCA SEGALANYA!

Ramai yang ambil remeh dan tidak ambil berat mengenai STRESS. Ada yang beranggapan stress hanya terjadi semasa kerja, menghadapi jem, hutang sana-sini dan sebagainya. Memang betul, ia adalah salah satu punca stress. Tapi tahukah anda stress adalah salah satu punca utama kehadiran penyakit-penyakit lain?

Saya kongsikan pengalaman saya merawat seorang rakan. Beliau seorang yang "happy go lucky" dan kalau dilihat secara luaran orangnya seperti tiada masalah. Pada satu hari, dia menelefon saya dalam keadaan yang menggigil. Nasib ALLAH gerakkan hati dia untuk menelefon saya. Semasa itu dia sudah berada ditepi bangunan dan hampir mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dengan izin ALLAH, saya dapat membimbing dia dan meredakan perasaan dia agar berfikir dengan rasional.

Apa yang berlaku semasa itu?
Mengapa dia bertindak sedemikian?
Dia dah tiada akal nak berfikir?
Mesti anda berkata sedemikiankan?

Sebelum menghukum, saya bagi satu situasi kepada anda. Sekiranya orang yang anda PALING SAYANG sama ada ibubapa atau suami atau isteri atau anak anda DIPUKUL TERUK dihadapan anda, adakah anda berdiam diri? Sudah tentu tidak. Anda akan menyerang semula dan mencederakan orang tersebut sepertimana teruk dia lakukan ke atas orang yang anda sayangi kerana pada masa itu anda hilang kawalan. Sama juga situasi rakan saya, dia hilang pertimbangan disebabkan masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Esok saya akan sambung lagi cerita seterusnya mengenai "Tabung Stress".

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

Episod 3 LAPAR FIZIKAL & PSIKOLOGIKAL


Semalam saya dah kupas mengenai lapar fizikal dan psikologikal. So, sebelum anda makan, anda hanya perlu tanya diri anda kembali, adakah makanan yang anda ambil ini KEPERLUAN atau NAFSU?

Seperti yang saya kupas pada episod satu, anda sebenarnya telah diprogram dengan tanggapan, persekitaran dan didikan yang negatif mengenai makanan. Walau bagaimanapun, sukar untuk mengawal nafsu makan ni.

Program RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER telah saya jalankan dibeberapa tempat dan Alhamdulillah mendapat maklum balas yang positif klien.

Saya hanya buka kepada 10 orang sahaja daripada luar Johor untuk masuk dalam group whatsapp saya. Yuran sebanyak rm99 dan saya akan ajar anda melalui group dan sekiranya anda masih gagal dalam tempoh masa 4 minggu, wang anda akan dikembalikan. (Hanya untuk yang serius sahaja)

Sekiranya anda berminat, sila add nombor 013 7277007 di whatsapp dan taip

RPH_nama anda_lokasi.

--> Tips
Dengan izin ALLAH, saya bimbing anda dari sudut psikologi agar dapat membantu anda dalam mengawal nafsu makan anda. Inshaa ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 23 Mac 2015

Episod 2 LAPAR FIZIKAL & PSIKOLOGIKAL

Dalam proses penurunan badan, selain daripada mengira kalori, faktor psikologi juga perlu diambil berat.  Ketahui dua perkara sebelum anda makan.

- KELAPARAN FIZIKAL
- KELAPARAN PSIKOLOGI

KELAPARAN FIZIKAL
Selalunya ia memberi isyarat kepada perut anda berasa lapar dan disertai dengan lemah badan (kurang tenaga). Semasa ini, anda perlukan makanan sebagai tenaga untuk meneruskan aktiviti harian anda

KELAPARAN PSIKOLOGI
Keinginan untuk makan dan disertai dengan tidak berasa lapar pada ketika itu. Seperti anda makan kerepek semasa kerja, "pop corn" semasa menonton wayang (ngom ngom) dan sebagainya

Jadi jangan sekat makanan anda semata-mata untuk mengejar kalori sahaja, anda perlu fikirkan dari satu sudut psikologi iaitu NAFSU MAKAN anda. Sebaik-baiknya anda fikir dahulu sebelum makan samada makanan anda itu satu KEPERLUAN atau faktor NAFSU?

--> Tips
Dalam diet juga ada satu hari dipanggil "cheat day" dimana anda dibenarkan makan apa yang anda suka untuk memberi peluang memenuhi NAFSU MAKAN anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 22 Mac 2015

Episod 1 LAPAR FIZIKAL & PSIKOLOGIKAL

Sedar atau tidak, anda makan bukan sekadar hanya hidangan utama sahaja tapi beserta kuih atau manisan atau lain-lain lagi. Dari segi fizikal, adakah anda memerlukan makanan tersebut?

Walaupun anda mungkin berasa kenyang, tapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan (makanan), anda masih memakannya walaupun anda telah kenyang. Keinginan untuk makan sesuatu telah menjadi satu habit dan ianya disebabkan oleh faktor psikologi (nafsu)

Kelaparan psikologi bukan disebabkan oleh lapar atau keperluan makanan untuk terus hidup tapi kelaparan psikologi disebabkan oleh keinginan makan yang tinggi, perasaan ingin mencuba makanan, faktor stress atau emosi anda terganggu atau kecewa atau anda rasakan makanan itu sesuatu yang boleh me"released"kan stress anda dan menyeronokkan.

Mengapa ia berlaku? Ini kerana ianya telah diprogramkan diminda anda dengan slogan seperti..

"Makan sampai habis"
"Makan untuk released stress",
"Makan membuatkan anda bahagia"
"Hidup hanya sekali, makan berkali-kali"

dan banyak lagi program yang negatif diminda anda hasil didikan yang diterima daripada keturunan atau orang sekeliling.

--Tips
Cuba anda nasi tengahari ni dengan mengambil separuh pinggan. Anda rasa kenyang sana seperti sepinggan penuh. Cubalah..

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 21 Mac 2015

MELAWAT BABY BARU

Semalam singgah ke rumah rakan seperjuangan saya di dalam bidang kecergasan iaitu Zaki Khan & Diane Sera (Official Fanpage) untuk melawat baby barunya Salsabila.. Atas permintaannya, agar gambar babynya tidak dimuat naik.. So kena hormat permintaan beliau..
Anyway, TAHNIAH dah jadi bapa dan selamat berjaga malam..hehehe

Sedap nama anak mereka tapi masih tak boleh lawan nama anak-anak saya.. Wakakaka...

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Jumaat, 20 Mac 2015

3 GOLONGAN WANITA DI GIM

Mana-mana gim, saya perhatikan terdapat 3 golongan WANITA..

Golongan 1 : BANYAK-BANYAK yang menggunakan mesin seperti treadmill, basikal atau step board. Fokus pada aerobik sahaja.

Golongan 2 : JARANG-JARANG yang angkat weight. Kalau angkat pun secara "geli-geli".

Golongan 3 : SEDIKIT-SEDIKIT daripada mereka yang betul-betul lakukan latihan bebanan.

Golongan 4 : KADANG-KADANG yang nak masuk gim untuk angkat beban. (Yang ni tak masuk dalam list, nak cukupkan macam soalan Ahli Nujum, tapi ia tetap FAKTA!!)

Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang lebih 10 tahun berada dalam industri ini, Golongan 1 dan 2 akan kurus TAPI beserta flabby, sampai satu masa apabila mereka berlari atau melompat, satu badan boleh "gegar" berbanding dengan Golongan 3 yang kurus beserta "tone" dan "cutting"

Jadi mengapa takut dengan latihan bebanan sedangkan anda hari-hari anda membawa bebanan handbag/bagpack lebih daripada 2kg.

--> Tips
Sedar atau tidak, bahu wanita kebanyakannya senget sebelah. Kenapa? Ini kerana mereka membawa handbag/bagpack menggunakan bahagian sebelah sahaja. Tak percaya, bangun dan lihat postur anda dicermin. Kalau YA, sila LIKE. Kita lihat berapa ramai yang "kena" (gaya cakap Cip Ibrahim Pendek)

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ekstra Servis ~Happy Ending~

Dalam program "Personal Training" saya, latihan yang saya jalankan mengikut keadaan semasa klien. Saya selalu berpegang kepada prinsip "Manusia itu sangat kompleks". Jangan nak kejarkan sangat target sehingga lupa yang klien kita ni bukan atlit dan mendedahkan mereka kepada kecederaan.

Apabila saya lihat klien tidak mencapai tahapnya disebabkan faktor stress atau keletihan, saya ringankan intensiti latihan mereka dan yang paling best sekali saya lakukan EXTRA SERVICE = "HAPPY ENDING".

Saya ajar mereka cara urutan yang simple dan lakukan regangan PNF. Dengan gabungan 2 kaedah ini, klien yang memulakan latihan dengan muka yang monyok tadi akan balik dengan penuh keBAHAGIAan. Hehehehe. Apabila mereka kembali pada hari yang berikutnya, mereka akan kembali dengan keadaan yang lebih segar dan bersedia.

--> Tips
Badan perlu dimanjakan sesekali dengan urutan atau apa-apa sahaja kaedah yang dapat memberikan otot-otot anda relaks.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 19 Mac 2015

KENAPA TAK KURUS?..

Senario seperti digambar ini memang lawak tapi itulah realitinya. Kalau ditanya, siapa nak kurus? Mesti ramai yang nak tapi kalau diajak bersenam.. Hmmmm... Boleh dihafal alasan yang bakal diberi.

Jaga anaklah, kerjalah, penatlah dan paling popular adalah takde masa. Tapi adakah anda tahu secara tanpa sedar anda atau rakan-rakan anda telah membelanjakan ribuan ringgit terhadap produk langsing?...

TAPI... Kalau shopping, LAJUU... Kalau test kedai makan, WAJIBBB... Kalau orang belanja makan, RUGIII x pergi... Jual ubat kurus, cepat tulis PM SAYA!!! Huhuhu

Betulkan... Takpe.. Shhyyy... Jangan mengaku kat sini... Diam-diam jek.. Cuma alangkah lebih baik sekiranya anda bersenam dan aktifkan semula sistem jantung anda, otot anda, saraf anda, postur anda dan banyak lagi bagi mengelakkan diri anda daripada mendapat penyakit (seperti yang saya ceritakan entri sebelum ini mengenai Hypertension)..

Saya quote kata-kata ini
"Sekiranya TIADA MASA untuk jaga kesihatan, kena ADA MASA untuk jatuh sakit"

--> Tips
Aktiviti fizikal, senaman dan sukan adalah 3 perkara yang berbeza. Jadi sukan bukanlah konsep senaman yang betul.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SHYY... PEMBUNUH SENYAP Episod 4 - Edisi Tambahan

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hypertension berlaku dengan pelbagai sebab. Salah satu sebabnya adalah berpunca daripada STRESS, sebenarnya anda masih berpeluang untuk dirawat.

Saya bagi perumpamaan, kita ada sebuah kereta, kalau enjin rosak, kita hantar ke mekanik, kalau tayar bocor, adakah kita hantar ke mekanik yang sama? Tentu tidakkan...

Sama juga dengan diri kita. Kalau kita sakit disebabkan oleh STRESS, anda rasa apa rawatan yang terbaik? Dalam program Hybrid FitCamp 2015, ada satu slot dimana sesi rawatan stress ini dilakukan secara PERCUMA kepada peserta.

Hayati gambar yang saya lampirkan mengenai JALAN.

Register di"link" yang disediakan dibawah ini

www.hybridfitnessclub.com/fitcamp2015

Jumpa anda di Eco Resort, Bentong, Pahang pada 1&2 Mei 2015 nanti!!!

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SHYY... PEMBUNUH SENYAP Episod 3 - Akhir

Di dalam fisiologi senaman (exercise physiology), apabila seseorang melakukan senaman, semua sistem otot dan rangka menjadi kuat dan berfungsi dengan baik. Hormon endorphins akan dirembeskan dan anda akan merasa BAHAGIA seperti saya.. hehehe

Ok, bukan itu yang saya nak fokus, fokus saya hari ni kepada ARTERI. Arteri merupakan pembuluh darah yang mempunyai satu lapisan otot licin (smooth muscle). Otot inilah yang menyebabkan arteri bersifat ELASTIK.

Apabila darah dipam keluar dari jantung melalui arteri, ia akan mengembang & luas permukaan arteri jadi lebih besar (rujuk gambar)..

Walaupun plak terbina didinding arteri, rintangan aliran darah dapat dikurangkan & ia masih dapat menyalurkan darah dengan isipadu yang secukupnya untuk keperluan tubuh badan dan ini akan menyebabkan KURANG TEKANAN di jantung.

Sebab itulah senaman dapat MENCEGAH daripada penyakit..

"MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT!!"

"EXERCISE IS MEDICINE"

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SHYY... PEMBUNUH SENYAP Episod 2

Ok, semalam tu mungkin susah nak faham kerana terlalu teknikal. Jadi saya bagi satu analogi mudah untuk lebih mudah kita memahami salah satu faktor berlakunya tekanan darah tinggi

Bayangkan begini
JANTUNG = KEPALA PAIP
ARTERI = PAIP.

Link video boleh klik disini

https://www.dropbox.com/s/noc3fpg54s269bp/Video_20150317094101_by_videoshow.mp4?dl=0

Apabila kita buka air, kepala paip akan mengeluarkan air melalui paip (sama seperti jantung mengepam darah ke seluruh badan melalui arteri)..

Apabila saya tutup separuh dihujung paip, terdapat rintangan semasa air keluar dan dikepala paip juga mengalami tekanan yang tinggi, bayangkan sekiranya saya menutup kesemua dihujung paip, agak-agak anda apa yang berlaku dikepala paip? Tekanan menjadi tinggi dan mungkin paip akan tercabut.

Begitulah satu analogi mudah untuk anda fahami bagaimana tekanan darah tinggi berlaku. Ada pelbagai lagi sebab cuma saya ambil salah satu sebab yang mudah difahami sebagai contoh yang mudah dan ringkas.

Esok saya cerita mengenai bagaimana senaman dapat membantu MENCEGAH daripada berlakunya hypertension.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 16 Mac 2015

SHYY... PEMBUNUH SENYAP Ep 1

Nama bandar : HYPERTENSION
Nama kampung : DARAH TINGGI

Seram bila nampak statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang saya "publish" semalam.. Mana tidaknya.. 5.8 juta rakyat negara ini menghidapinya dan ada seawal usia 18 tahun!!

Hmm.. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan darah tinggi eh?

Terdapat banyak faktor berlakunya tekanan darah tinggi antaranya adalah daripada pemakanan, stress, kurang  bersenam dan banyak lagi.

Secara Patofisiologi:
Darah dipam oleh jantung untuk disalurkan keseluruh badan melalui ARTERI (pembuluh darah). Di dalam arteri pula terdapat plak (lapisan kolestrol atau dikenali sebagai arteriosclerosis) terkumpul pada dinding arteri.

Apabila laluan arteri sempit kerana pengumpulan plak di pembuluh darah, jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk membolehkan darah dipam secukupnya ke seluruh badan. Hal inilah yang mengakibatkan tekanan jantung menjadi tinggi.

Ok, esok saya kongsikan satu analogi mudah (bahasa lebih santai) untuk anda faham dengan lebih lanjut mengenai darah tinggi dan betapa bahayanya penyakit ini kepada diri kita

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 15 Mac 2015

SHYY... PEMBUNUH SENYAP PENGENALAN

OH MALAYSIAKU.. Semakin maju sesebuah negara, semakin sakit rakyatnya. Kenapa saya katakan sedemikian?

Banyak faktor yang menyumbang salah satunya adalah faktor STRESS. STRESS ini adalah pembunuh senyap yang paling jahat sekali. Ia boleh berakhir dengan sakit jantung, stroke, diabetes dan HYPERTENSION. Jangan pandang remeh dengan stress ni. Sebab itu kami di Hybrid menganjurkan program "Hybrid FitCamp 2015" dan kami menawarkan satu sesi RAWATAN STRESS secara PERCUMA bagi yang menyertainya. (boleh register di "link" dibawah ini)

www.hybridfitnessclub.com/fitcamp2015

Berbalik kepada isu HYPERTENSION ini. Saya akan kupas dalam bahasa yang paling mudah untuk anda fahami bagaimana hypertension ini boleh berlaku.

Nantikan episod yang akan datang esok. Teruskan bersama kami..

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

Sabtu, 14 Mac 2015

HAVE A BREAK, HAVE A TEH TARIK

Kalau Zizan dia makan Kit Kat, Bahagia Jemali makan roti jek.

Saya baru balik daripada perpustakaan, dalam proses editing buku Mudahnya Kurus (sebab semalam Susu Sejat dah gegar nak hantar akhir bulan ni)..huhuhu

Dalam perjalanan balik, perut berbunyi pula, nak makan malam terlampau awal sangat. Jadi singgah Osman dok pekena teh tarik dengan roti. Jumlah kalori saya ada minum petang ni tak sampai pun 300kcal. Ok lah tu, hari ni saya tak bersenam sebab lepas ni nak balik kampung sat...

Cuma nak bagitahu, antara makanan minum petang yang top di Malaysia adalah

>> kuih 3 keping seringgit (nilai kalori dalam 300-500kcal)
>> pisang goreng 4 keping seringgit (300-400kcal)
>> roti canai sekeping (150 -300kcal) mesti tak cukup sekeping...
>> roti yang saya makan tadi (175kcal)..

Agak-agak mana yang lagi kenyang dan rendah kalori eh?

-->Tips
Diet itu mudah. Tak perlu BERLAPAR hanya RANCANG makanan anda dan JANGAN SEKAT makanan kegemaran anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

PELUH MEMBAWA MAUT? Ep 4 - Akhir

Situasi 1
"Saya selalu bersenam tapi peluh tak banyak..."

Itu tiada masalah, seperti yang saya nyatakan semalam, peluh bertujuan untuk mengurangkan suhu badan anda. Ada manusia yang liang romanya besar dan ada yang sebaliknya. Kalau liang roma besar, anda memang mudah berpeluh, kalau kecil pula memang susah nak peluh.

Situasi 2
"Saya selalu lari 5km, peluh saya berjurai-jurai, tapi bila tengok jam "Heart Rate Monitor", kalori baru je bakar 300kcal"

Peluh tiada kaitan dengan kalori. Kalori bergantung dengan INTENSITI latihan anda, jadi jangan hairan mengapa seseorang yang berpeluh banyak kadang-kadang kalorinya lebih sikit daripada orang yang kurang berpeluh.

Saya bagi contoh klien saya ini, beliau menjalankan latihan dengan saya dah masuk bulan yang kedua dan beliau kurang berpeluh tapi sekarang badannya semakin "firm" dan semakin "tone". Buat apa pening-pening nak bersenam sampai berpeluh, peluh tu kan BUSUK... Huhuhu

--> Tips
Peluh bagus untuk mengurangkan suhu badan tapi kalau ianya keluar terlampau banyak, kita perlu gantikannya dengan air. Konsep ini sama seperti radiator kereta, apabila enjin panas, radiator perlu diisi dengan air agar suhu akan turun normal semula.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 13 Mac 2015

PELUH MEMBAWA MAUT? Ep 3

Lagi satu senario yang mudah difahami. Selalunya kita workout di Malaysia, dalam 15 minit anda akan berpeluh. Betulkan? Samada suasana tempat anda bersenam itu sejuk atau panas, anda masih mengeluarkan peluh dibumi Malaysia ini (Syukur, Malaysia masih aman).

Sekiranya anda memilih saya sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saya mahu belanja anda ke Kutub (tempat sejuk). Sampai sana kita bersenam. Oleh kerana kepercayaan anda terhadap kaitan PELUH INDIKATOR BERSENAM sangat tinggi, jadi saya akan tunggu sehingga anda mengeluarkan peluh.. Dan saya rasa sehingga esok dan sampai bila-bila pun anda takkan berpeluh. Jadi, anda dah lari macam nak mam... di tempat yang sejuk dan masih tidak berpeluh, adakah masih tidak dikira bersenam? Hmm...

--> Tips
Berpeluh bukan indikator senaman. Indikator senaman yang sebenar adalah "Dose Response Profile"

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 12 Mac 2015

PELUH MEMBAWA MAUT? Ep 2

Semalam kita cerita pasak cerek. Jadi saya terangkan analogi sistem cerek dan (badan) anda bertindakbalas apabila PANAS.

Bayangkan badan anda itu seperti cerek.

Apabila wap (peluh) dikeluarkan bertujuan untuk mengurangkan suhu dalam cerek (badan), anda pula tutup cerek dengan kain (badan) dengan baju hujan/baju panas, agak- agak apa yang berlaku pada cerek (badan)?

MELETOP BOM KABABOM!!!
Ini AUTA.. hehe

Suhu tersebut akan meningkat dan mengganggu sistem tadi. Kalau berlaku pada cerek, air akan berkurangan. Sama juga yang berlaku pada badan kita, apabila air mula berkurangan dan terlampau panas, kita berisiko mengalami STROK HABA yang boleh mengakibatkan MAUT.

Jadi mengapa ingin memakai baju tebal-tebal atau baju hujan atau baju sejuk semasa melakukan senaman? Kita duduk di Malaysia yang iklimnya Khatulistiwa (hujan & panas). Jadi lebih baik pakai baju yang tipis agar pengudaraan berlaku dengan baik. Anda boleh lihat pelari marathon, mereka kalau boleh nak memakai baju yang tipis dan ringan untuk mengelakkan "dehydrate".

Kalau nak pakai juga, anda boleh mula praktis menyanyi lagu Alleycats "Ku Tunggu Mu Di Pintu Syorga..." hehehe

--> Tips
Peluh adalah agen yang bertindak untuk mengurangkan suhu badan dan apabila peluh banyak keluar, badan juga menjadi "dehydrate" (kekurangan air). Apabila dehydrate berlaku, banyak sistem akan terganggu seperti mudah berlaku krem, kecederaan dan banyak lagi.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rabu, 11 Mac 2015

PELUH MEMBAWA MAUT? Ep 1

>>Peluh boleh membakar lemak dengan banyak
>>Peluh menunjukkan saya telah melakukan senaman dengan cukup
>>Barulah "jantan" bile berpeluh

Semua perkara diatas adalah MITOS belaka.

°°°°°°°°°°°
PELUH!
°°°°°°°°°°°

Mengapa kita berpeluh? Ia berlaku disebabkan geseran otot berlaku yang menghasilkan haba dan persekitaran kita yang panas memaksa badan mengeluarkan haba tersebut melalui liang peluh yang bertujuan untuk mengurangkan suhu badan kita.

Anda pernah lihat cerek air lama? Apabila panas, wap akan keluar daripada cerek yang menandakan suhu didalamnya telah maksimum. Cuba anda halang daripada wap tersebut keluar, agak-agak apa berlaku pada cerek tersebut?

Tunggu jawapannya esok!!! ("suspend"kan... hehehe)

--> Tips
Kalau anda perasan, sekarang gim-gim yang komersial semuanya mempunyai penghawa dingin yang bertujuan supaya dapat mengawal suhu klien agar tidak terlampau tinggi untuk mengelakkan komplikasi kesihatan.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 10 Mac 2015

MALAYSIA JUARA!!!

Malaysia memang sangat kreatif dengan menu-menu yang baru. Hasil daripada semangat inovasi ini telah melayakkan negara kita sebagai JUARA ASIA bukan bagi sukan bola sepak tapi bagi pertandingan OBESITI.

Mana tidaknya, semua makanan diletakkan CHEESE. Di Johor Bahru ni terkenal dengan murtabak cheese, baru-baru ni ada popia goreng cheese, keropok lekor cheese dan yang terbaru ni saya jumpa KARIPAP CHEESE.

FORMULA
Cheese sana cheese sini = OBESITI sana sini

Bukan tak boleh makan sesekali tapi saya percaya anda makan bukan SESEKALI tapi BERKALI-KALI. Itu FAKTA!!!

--> Tips
Makan makanan yang kurang minyak, kurang gula dan kurang garam bukan hanya untuk KURUS tapi untuk pencegahan penyakit.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 9 Mac 2015

FITCAMP 2015

Hari Buruh... Apa program anda? Kalau anda tiada program, jom sertai program FitCamp 2015 yang akan dijalankan di Eco Resort, Bentong, Pahang.

Kami menyediakan program santai bersama trainer-trainer yang mempunyai "background" yang pelbagai dengan aktiviti-aktiviti "outdoor" dan berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman. Antara aktiviti yang kami sediakan adalah zumba, jungle trekking dan bermacam lagi dan yang paling teruja sekali adalah "flying fox". Fuiyooo... Bila last anda lakukan aktiviti ini? Masa sekolah atau tidak pernah?

Paling istimewa sekali penampilan khas rakan baik saya iaitu Susu Sejat. Kita sembang santai bersama beliau mengenai PEMAKANAN yang sering menjadi topik hangat.

Bukan itu sahaja, BONUS kepada anda yang STRESS, inshaa ALLAH saya cuba membantu meleraikan segala TEKANAN dan BEBANAN anda dengan izin ALLAH. Adakah anda tahu bahawa salah satu faktor anda tidak KURUS dan PRESTASI TIDAK MENINGKAT adalah disebabkan STRESS?..

Anda dapat 3 dalam 1 dari program ini
1. FITNESS - Pengalaman melakukan aktiviti kecergasan di hutan
2. NUTRITION - Perkongsian mengenai ilmu pemakanan
3. PSIKOLOGI - Rehatkan minda bersama alam semulajafi

Tunggu apa lagi? Register di"link" yang disediakan dibawah ini

www.hybridfitnessclub.com/fitcamp2015

Jumpa anda di Eco Resort, Bentong, Pahang pada 1&2 Mei 2015 nanti!!!

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 8 Mac 2015

KISAH RINDU AMAN

Tahun lepas, saya lepaskan anak saya (Aman, 5 tahun) menyertai program FITNESS CAMP FOR KIDS. Dia merupakan peserta paling kecik sekali dalam kem tu.. Tujuan saya hantar adalah untuk melihat bagaimana dia bawa diri dia dengan orang lain (yang lebih besar). Aman bukanlah seorang budak yang aktif dan lasak sangat, tapi Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, dia pandai bergaul dan berdikari.

Dalam gambar pula, anak ketiga saya Rindu. Seawal usia 3 tahun dah buat aktiviti "flying fox" bersama saya. Alhamdulillah, ALLAH kurniakan keberanian kepada si kecik ni. Sepanjang turun, dia rileks je..

Mengapa saya dedahkan mereka dengan aktiviti sebegini? Semuanya adalah untuk mereka belajar erti KEHIDUPAN YANG SEBENAR. Kecergasan bukan sahaja dilihat dengan aktiviti FIZIKAL tapi dari sudut SOSIAL dan MENTAL juga.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 7 Mac 2015

LEMAKKU SAYANG

Bila seseorang itu menjadi obes, mesti mereka ingat tulang dan ototnya turut menjadi besar. Sebenarnya TIDAK. Rangka tulang tidak membesar pun, yang membesar bagai johan itu adalah LEMAK!!!

Apabila anda makan dan makan dan makan tanpa sedar, anda mewujudkan kalori yang lebih dan kalori-kalori yang lebih ni sekiranya tidak digunakan ianya ditukar dan disimpan didalam stor sebagai LEMAK yang berfungsi sebagai tenaga simpanan. Jadi lemak ni kalau nak digunakan semula, ia tidak boleh dengan digosok-gosok, dicairkan, diurut, digegar dan sebagainya.

Sebagai TENAGA SIMPANAN, lemak akan mengalami proses yang panjang untuk digunakan. Ia perlu menjalani beberapa fasa, kena habiskan dulu kalori yang masuk dan kemudian barulah lemak boleh digunakan sebagai sumber tenaga.

Jadi, sekiranya anda sudah tidak berminat untuk menternak lemak anda lagi, saya sarankan anda bersenamlah dengan cara yang betul untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Kalau masih rasa SEKSI, ya teruskan saja kerana "Sakitnya tuh disini"

--> Tips
Kita boleh KURUS dengan pelbagai cara
1. Diet sahaja
2. Produk dan Supplement
3. Bersenam sahaja
4. Bersenam dan diet
Pertimbangkan kesan yang memberikan JANGKA MASA PANJANG mengenai kesihatan anda, bukan jangka masa singkat

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 6 Mac 2015

CERITA 5 TAHUN LEPAA

Ada seorang klien yang PM saya pada 5 tahun lepas, beliau ingin mempelajari SPORTS MASSAGE secara personal. Saya jarang "offer" kepada public tapi kalau ada yang nak belajar secara personal, inshaa ALLAH boleh.

Sebagai seorang juru terapi urut, apabila melakukan urutan anda harus membayangkan otot-otot yang dipegang dari sudut lekatannya, jalurnya, kedudukannya, bentuknya agar ia lebih memudahkan pemahaman anda apabila anda berurusan dengan orang yang cedera.

Untuk lebih mantap lagi, integrasikan beberapa kemahiran didalam rawatan kerana manusia ini sangat unik dan kompleks. Kadang-kadang STRESS yang tinggi yang menyebabkannya sakit.

--> Tips
Nak mengurut untuk relaksasi otot itu mudah dipelajari tapi apabila melibatkan kecederaan, itu perlukan ilmu yang lebih dalam lagi. Kalau tak, semua orang pun boleh jadi doktor.. betul tak?..hehehe

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 5 Mac 2015

PUNCA SAKIT SENDI

Salah satu berlakunya sakit sendi adalah disebabkan olehb KETIDAK SEIMBANGAN OTOT (Muscle Imbalance). Selalunya saya bagi gambar animasi otot dan sebagainya, tapi hari ini saya dapat satu subjek yang kebetulan mempunyai masalah otot tidak seimbang.

Perhatikan dibahagian betisnya (calf) yang tidak seimbang. Ia menarik otot yang lain dan klien ini berkemungkinan mempunyai sakit dibahagian tapak kaki atau lutut atau pinggang. Kalau pun dia tidak dapat sakit sekarang, beliau sedang "develop" sakit itu untuk masa akan datang (ini yang dihadapi oleh klien saya yang menjalani rawatan)

Sebab-sebab berlakunya ketidak seimbangan otot ini banyak antaranya melakukan pergerakan otot yang sama berulang-ulang kali (kerap) seperti contoh pemain bowling yang "extreme", lengannya lebih besar daripada sebelah.

Anda lihat gambar ini dan kaitkan dengan artikel saya di"link" ini

https://www.facebook.com/828754730530725/photos/a.829845917088273.1073741828.828754730530725/842938492445682/?type=1&theater

Saya harap anda faham mengapa bersenam itu perlu BERGURU.

--> Tips
Senaman ini LUAS PEMANDANGANNYA. Samada anda lihat dari kacamata orang biasa, Jurulatih dan Juru Terapi.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 4 Mac 2015

SIT UP & SAKIT PINGGANG - Ep 3

MAT YO TAK SALAH!!!
Anda masih teringatkan MAT YO? Pernah lihat cara dia berjalan? Boleh dikatakan dia jalan mendada dan punggungnya "tonggek/lentik". Saya ambil contoh beliau kerana beliau dikenali ramai.

Kalau diikutkan, orang seperti itu mempunyai masalah postur disebabkan oleh otot psoas menjadi ketat. Lihat dalam gambar, apabila otot psoas menjadi ketat ia akan menarik bahagian "lumbar" dan menyebabkan perubahan struktur berlaku ditulang belakang. Sebab itulah badan kita perlu dilakukan "alignment" untuk dibetulkan semula

--> Tips
Otot psoas adalah otot yang paling dalam. Jangan ambil mudah dengan senaman yang anda lakukan kerana ia menyebabkan kesan jangka masa panjang pada postur dan kesihatan anda!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Selasa, 3 Mac 2015

SIT UP & SAKIT PINGGANG - Ep 2

Dah hadam dengan gambar semalam? (Nak bagitahu model semalam tu bujang lagi)..hehehe

Ok lihat video dan kita analisis sama-sama..

Link video disini
https://www.facebook.com/pages/Bahagia-Jemali/828754730530725?fref=ts

1. 0:12 - 0:45 menunjukkan sambungan otot iliopsoas
2. 0:46 - 1:03 otot iliopsoas menggerakkan tulang peha (femur)
3. 1:04 - 1:15 pergerakan tulang peha (femur) mengakibatkan tulang belakang (lumbar) melengkung "arch" - semasa ini anda mudah mendapat sakit belakang kerana bahagian lumbar menanggung beban yang tinggi
4. 1:16 - 1:46 otot iliopsoas menggerakkan tulang belakang (lumbar)
5. 1:47 kesan otot iliopsoas menjadi tegang yang menarik tulang belakang (lumbar)

Latihan dirangka bukan IKUT SUKA, IKUT HATI dan IKUT YOUTUBE. Ia perlu memikirkan dari sudut PERGERAKAN, KESAN dan POSTUR. Tak guna kalau anda kurus TAPI menderita sakit diakhirnya.

--> Tips
Otot iliopsoas adalah salah satu otot yang boleh mengakibatkan anda sakit pinggang. Jadi berhati-hati dengannya.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 2 Mac 2015

SIT UP & SAKIT PINGGANG - Ep 1

Perhatikan gambar dibawah. Ini adalah senaman dibahagian perut (abs) yang menjadi kegilaan untuk orang-orang yang mempunyai PJJ (perut jauh kedepan) hehehe

Apa beza SIT UP dan CRUNCHES? Beza banyak bang besar weiii.... Ok just perhatikan gambar model hensem saya dibawah tu dan saya akan kupas videonya esok.

--> Tips
6 pax adalah idaman semua orang dan saya nasihatkan anda HENTIKAN sahaja niat anda kalau tak jaga makan!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

MAKLUMBALAS KLIEN

Klien ni pernah mendapatkan rawatan dengan saya dahulu dan kali ini beliau membawa anaknya. Daripada perbualan, anaknya menghadapi sakit pinggang yang agak teruk juga sehinggakan kalau sakit pinggang tu datang, beliau akan duduk diamkan diri selama 15-30minit tanpa gerak.

Bila diperiksa, saya dapati kakinya sebelah panjang dan pendek dan saya rasakan otot PSOASnya tegang dan beberapa otot yang lain juga tidak bekerja dengan betul. Selepas melakukan rawatan, Alhamdulillah dengan izin ALLAH klien merasakan perubahan sebanyak 70% daripada rawatan yang pertama. Gambar adalah maklum balas dari bapanya sendiri menggunakan whatsapp.

°°°°°°°
(Baca dengan gaya Tok Adi) Hari ni Tok Adi nak ceramah sikit dengan kamu semua. Rawatan perlu dijalankan beberapa kali untuk mendapatkan progress. Tok ni bukannya Bomoh atau Dukun. Buat rawatan sekali je kamu boleh baik. Kamu sakit pun bukannya daripada semalam, sakit kamu tu  daripada sikap kamu sendiri.. DEGIL!! Selalu cakap "Alaa... Takpe.. Sikit je ni.. Nanti sakit baik sendirilah".. Haaa.. Dah tu, lepas  3 tahun baru kamu datang cari Tok.. huhuhu
°°°°°°°

Artikel 3 episod
Hari ini seperti yang dijanjikan iaitu artikel mengenai SIT UP dan CRUNCHES.. Mana lagi efektif...hehehe..Tadi saya ada cakap mengenai otot PSOAS kan.. Tunggu.. Saya akan post tengahari dalam "lunch hour" nanti.. Inshaa ALLAH...

--> Tips
Ikuti 3 episod mengenai SIT UP dan CRUNCHES... Saya ceritakan bagaimana cara-cara melakukan senaman abs, kecederaan dan kesan jangka masa panjang. Jangan lepaskan artikel ini.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SESI FOTOGRAFI - BUKU MUDAHNYA KURUS

Esok saya akan menjalankan satu sesi fotografi cara-cara melakukan senaman untuk buku MUDAHNYA KURUS. Ia bertujuan untuk memberikan kefahaman secara visual (bergambar) kepada klien agar lebih memahami pergerakan senaman dan yang paling penting ianya versi BAHASA MELAYU.

Buku masih dalam deraf lagi dan tinggal 30% lagi untuk diserahkan kepada rakan saya Susu Sejat bagi tujuan "editing"

Teruskan menyokong kami dalam usaha menambah nilai diri masyarakat Malaysia dalam isu membenteras obesiti.
Semoga urusan kami sentiasa dipermudahkan olehNya. Inshaa ALLAH
Aaminnn...

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 1 Mac 2015

SEMINAR DI JOHOR BAHRU - ERGONOMIC POSTURE

Alhamdulillah..

Dapat satu pengesahan untuk menjalankan satu program disatu syarikat agak besar di Johor ni mengenai:-

"ERGONOMIK & MASALAH POSTUR DITEMPAT KERJA DAN AKTIVITI HARIAN"

°°°°°°°°°°°
Sinopsis
°°°°°°°°°°°
Ramai yang mendapat KECEDERAAN ditempat kerja. Ini berlaku samada mereka sedar atau tidak. Mengapa dan bagaimana ianya berlaku?

Saya bagi satu contoh staf yang sering menghabiskan masa dengan bekerja didepan komputer. Apabila mereka melakukan kerja, sedar atau tidak mereka berada didalam postur yang tidak baik. Kepala mula kehadapan, bahu mula membongkok dan menyebabkan otot dibahagian tengkok tegang dan boleh mengakibatkan sakit kepala.

Dalam slot ini, saya hanya berikan pendedahan mengenai kecederaan yang berlaku daripada POSTUR dan menunjukkan "demo" beberapa teknik bagaimana untuk membetulkannya kembali.

Semoga dipermudahkan segala urusan.. Inshaa ALLAH...
Aaminnn

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation