Rabu, 1 April 2015

KEKAL AWET MUDA

Johor Bahru - Hujan lebat sejak tiga hari lepas telah mengakibatkan keuntungan terlajak laris kepada warung-warung pisang goreng. Dilaporkan pisang goreng di Johor Bahru telah habis cepat seperti "pisang goreng panas" (nasib pisang goreng tak kena gst.. hehehe)

Tapi tidak untuk empat wanita ini. Mereka tetap gila meneruskan latihan "Circuit Training" mereka seperti biasa. Kerana apa? Hmmm...

Beberapa hari lepas ada seorang PM saya bertanyakan mengapa setelah beliau berehat beberapa bulan, badannya kembali "gebu" dan sakit sendinya datang kembali.

Ini adalah kesan daripada DETRAINING (atau DECONDITIONING).

Proses DETRAINING ini berlaku apabila anda berhenti bersenam dan bukan sahaja bergantung dengan faktor umur anda, tahap cergas anda dan berapa lama anda telah bersenam, tetapi juga faktor jenis senaman yang anda lakukan dan tahap intensitinya.

Apabila anda berhenti bersenam, perubahan fisiologi akan berlaku seperti mula kehilangan daya tahan kardiovaskular (aerobik atau lebih difahami dengan perkataan PANCIT.) Selain daripada itu, kekuatan anda perlahan-lahan hilang, postur badan anda juga berubah dan ketumpatan otot anda akan berkurangan.

Oleh itu, mereka ini CEKAL menjalani latihan dengan saya secara berkumpulan selama dua kali seminggu untuk mengelakkan DETRAINING berlaku.

Harap artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami peranan gim dengan lebih luas lagi. Share kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan mereka dan like laju-laju page Bahagia Jemali. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: