Sabtu, 18 April 2015

KURUS SAMPAI BONGKOK

Ramai yang nak KURUS tapi tak ramai yang fikirkan IMPLIKASI yang mereka dapat melalui aktiviti yang mereka lakukan. Apa yang penting pada mereka, asalkan impian untuk kurus tercapai.

Pengalaman saya berjumpa dengan beberapa klien yang berjaya menurunkan berat badan dengan banyak, ada antara postur badan mereka membongkok (kyphosis). Ia terjadi daripada hasil latihan yang tidak teratur dan memberikan kesan postur yang tidak baik kepada diri mereka. Setelah melakukan rawatan, barulah mereka sedar bahawa postur sangat memainkan peranan di dalam kehidupan mereka.

Bayangkan begini, umur anda sudah 30 tahun dan berat anda mencecah 100kg. Selama 30 tahun, anda tidak pernah kisahkan diri anda yang "seksi" dan "comel" itu, tiba-tiba anda nak hilangkan 50kg dalam masa yang singkat. Anda mula berdiet dengan menolak semua nasi dan juga bersenam segila-gilanya sehingga anda mencapai impian anda dalam masa 6 bulan.

TAPI....

Pernah anda terfikir apa yang berlaku terhadap
- postur anda?
- kualiti hidup anda?
- kualiti makanan anda?
- kecederaan yang anda alami?

DAN...

Dalam prinsip latihan, ada satu prinsip dipanggil "reversibility" (kebolehbalikan). Sekiranya anda tidak meneruskan latihan dan diet lagi, anda boleh kembali "LEBIH SEKSI" dan "LEBIH COMEL" daripada sebelumnya. Mengapa perlu terburu-buru MEMBAKAR LEMAK sedangkan anda cukup sabar MENTERNAKNYA..

--> Tips
KURUS adalah satu perkara yang SANGAT MUDAH tapi untuk MENGEKALKANNYA adalah satu perkara yang SANGAT SUKAR!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: