Selasa, 7 April 2015

Ep 3 Hand Phone Posture

Semalam dah cerita bagaimana "Forward Head & Forward Shoulder" berlaku dan hari ni saya nak ceritakan kesan dari sudut kesihatan yang akan berlaku akibat daripada postur ini.

Apabila berlaku masalah postur, satu perkara yang pasti akan berlaku iaitu pernafasan anda menjadi pendek atau dalam bahasa mudahnya nafas anda tidak dalam. Percaya atau tidak, postur dan pernafasan mempunyai kaitan yang sangat rapat cuma anda tidak menyedarinya. Pernafasan bukan sahaja berlaku dibahagian "diaphragm" dan dada sahaja, malah melibatkan otot dibahagian leher. Ok dah masuk bab teknikal, memang sukar untuk anda fahami dan saya terus ke kesannya.

KESAN TERHADAP KESIHATAN
"Forward Head & Forward Shoulder" ini bukan berlaku akibat daripada hand phone sahaja. Ia berlaku dengan pelbagai sebab yang lain seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat, bekerja dihadapan komputer dan banyak lagi.

Berikut adalah perkara yang kebiasaannya berlaku apabila dua masalah postur ini berlaku

- Sakit dibahagian leher atau kepala (migraine). Ingat lagi kaitan antara dua masalah postur ini berkait rapat seperti yang saya ceritakan pada sesi yang lepas?..

- Gabungan dua postur ini menjadikan anda bongkok dan sekaligus akan menyebabkan bahagian atas badan anda ke belakang dan pinggul anda condong ke hadapan yang boleh menyebabkan kesakitan bukan sahaja di kepala, leher dan bahu malah juga berisiko di pertengahan dan bahagian bawah belakang (lower back).

- Secara tidak langsung, organ-organ dalaman anda juga berada dalam keadaan tertekan disebabkan terhimpit (bongkok) dan boleh menjejaskan fungsinya.

- Apabila otot-otot leher terlalu tegang, ia boleh menyebabkan rasa sakit di dada menyerupai kesakitan seperti simptom serangan jantung.

- Bila kawasan dada terlampau tegang, ia juga boleh menekan saraf "brachial plexus" yang boleh mengakibatkan tangan anda mungkin berasa lemah atau kebas dan salah satu simptom yang berkemungkinan berlaku seperti seolah-olah anda menghadapi "carpel tunnel syndrome".

--> Tips
Ramai yang menjalani pembedahan untuk masalah kecederaan atau ERGONOMICS yang mereka alami sedangkan kadang-kadang masalah itu disebabkan daripada POSTUR mereka dan ianya boleh dirawat dengan rawatan manipulatif beserta senaman pemulihan. Inshaa ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: