Lemak dan Otot adalah dua perkara yang sangat berbeza. Dari sudut fisiologi, ia sangat mustahil untuk dua komponen ini boleh bertukar.
OTOT terdiri daripada tisu yang aktif dan bertindak menggerakkan anda melakukan aktiviti fizikal melalui penguncupan otot dan terdiri daripada protein
LEMAK pula adalah tisu yang tidak aktif, ia hasil daripada lebihan tenaga yang tidak digunakan (adipose tissue) dan disimpan sebagai "spare tyre"
Dua komponen ini umpama seperti
--> Isi dan kuku
--> Aur dengan tebing
--> Irama dan lagu
TAPI ada satu persamaan antara otot dan lemak iaitu
Otot boleh DIBINA dan MENYUSUT begitu juga lemak.
TAPI, ADA ORANG CAKAP LEMAK BOLEH BERTUKAR MENJADI OTOT?
Kebanyakkan orang salah faham apabila mereka menjalankan latihan kardio dan latihan bebanan, badan mereka menjadi lebih "firm" dan "tone", mereka beranggapan bahagian yang lembik dan "flabby" tersebut bertukar menjadi lebih tegang disebabkan "lemak bertukar menjadi otot."
Ia berlaku disebabkan komposisi badan berubah dimana otot anda terbina (sekaligus meningkatkan metabolisma badan untuk pembakaran kalori yang lebih banyak) dan secara tidak langsung peratusan lemak anda menjadi kecil.
--> Tips
LEMAK adalah lebihan tenaga yang menunggu untuk digunakan semula. Kalau anda nak KURUS memang kena BERDIET dan BERSENAM dan gunakan kembali apa yang disimpan, bukan dengan gosok, goyang gerudi ataupun pil ajaib!
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan