Sabtu, 4 April 2015

HEI! SALAH SENAMAN TU!!...

Senaman sangat subjektif untuk dibincangkan. Sebenarnya ia bergantung kepada keperluan dan objektif latihan seseorang itu. Banyak perkara perlu diambil kira antaranya keperluan aktiviti individu tersebut, struktur anatomi, fleksibiliti otot, biomekanik pergerakan dan banyak lagi.

Saya bagi satu contoh, latihan pengurusan berat badan tidak sama dengan atlit bina badan, begitu juga latihan atlit bina badan bersama atlit angkat berat.

Lagi satu contoh, ramai yang cakap "hurdler stretch" (seperti digambar) itu merbahaya kerana memberikan stress yang tinggi terhadap ligamen dibahagian lutut TAPI bagi atlit olahraga (hurdler), ia adalah satu perkara yang penting kerana aktiviti itu meniru / simulasi pergerakan tersebut.

Kecederaan?
Bagi atlit, kecederaan itu umpama "rakan karib" mereka. Semua atlit berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan kerana mereka melakukan aktiviti diluar kemampuan manusia biasa untuk menjadikan mereka antara atlit yang terbaik NAMUN berbeza pula dengan kita orang biasa ni. Atlit profesional dijaga rapi oleh kelab atau agensi sukan. Apabila berlakunya kecederaan, mereka menyediakan program pemulihan agar atlit dapat berada ditahap yang optimum selepas berlakunya kecederaan. Bagaimana pula dengan kita? Setelah berlakunya kecederaan, saya yakin anda akan "biarkan kecederaan itu dengan harapan ia akan sembuh sendiri (magic)" dan meneruskan latihan sambil kecederaan itu menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan prestasi anda.

CARA SQUAT YANG BETUL
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ada yang menyatakan bahawa melakukan squat tidak boleh lebih daripada hujung kaki.  Kalau begitu, ramai yang tidak boleh buang air besar dalam keadaan mencangkung kerana takut berlaku kecederaan tapi bagaimana pula nak buang air besar sambil memastikan lutut tidak lebih daripada hujung kaki? Hehehe

Saya terangkan dengan lebih terperinci dengan bahasa yang mudah.

Pengurusan Berat Badan
Saya percaya apabila seseorang yang berbadan besar dan tidak pernah bersenam, sekiranya lutut melebihi daripada hujung kaki, mereka akan mengalami stress yang tinggi dibahagian ligamen (lutut) dan ini boleh mengakibatkan mereka terdedah kepada risiko kecederaan

Atlit
Atlit angkat berat khususnya, mereka melakukan "deep squat" dan posisi lutut mereka memang akan melepasi hujung kaki bagi tujuan mengimbangi badan TAPI mereka bukan terus melakukan "deep squat" sebaliknya sebelum itu mereka menjalani satu program penyesuaian agar proses adaptasi ligamen dan otot berlaku untuk melakukan aktiviti yang lebih luar biasa lagi

Kesimpulannya, anda perlu lihat apa OBJEKTIF LATIHAN anda. Sekiranya anda ingin menjadi atlit bina badan, memang ada senaman yang diluar jangkauan manusia yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan simetri badan yang cantik TAPI kalau anda untuk mendapatkan "shape" yang cantik dan tidak masuk bertanding, mengapa anda MEMPERTARUHKAN KECEDERAAN sedangkan anda mampu mengubahnya (ala-ala iklan kemalangan jalanraya..hehehe)

--> Tips
Jangan cari penyakit kerana apabila kecederaan berlaku, ia akan "demotivate" anda dan akan menjejaskan prestasi anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: