Saya dapat beberapa maklumbalas beberapa hari lepas bahawa mereka (wanita) takut mengangkat beban dan mereka lebih gemarkan aktiviti seperti senamrobik. Hmm.. Payah juga nak wujudkan kesedaran ni. Sebenarnya, secara tidak sedar hari-hari anda mengangkat beban. Eh, yeke? Tak perasan juga? Dah tu handbag yang anda bawa kehulu-kehilir tu bukan beban ke? Kalau ditimbang boleh jejak 2kg atau lebih. Bebanlah tu kan.. Hehehe
Sekiranya anda ingin kurus dengan cepat, latihan bebanan sangat membantu dalam proses meningkatkan metabolism, disamping itu membetulkan postur, menguatkan otot, ligamen, tulang dan banyak lagi.
Pengalaman saya melatih beberapa orang instruktor senamrobik. Mereka menjalankan kelas senamrobik boleh dikatakan hari-hari dan memang mereka kurus akan tetapi FLABBY dan ada antara mereka juga yang sakit sendi (disebabkan overuse).
Setelah menjalankan latihan bebanan, badannya yang kurus itu bertukar menjadi lebih FIRM", lebih "TONE" dan lebih "CUTTING". Kalau anda tak percaya, cuba try test dulu latihan bebanan ni selama 4 minggu (3kali seminggu) dan anda lihat kesannya.
Tak perlu angkat sehingga berpuluh-puluh "lbs" atau "kg", cukup ianya "challenging" untuk diri anda, sudah memadai. Semoga berjaya. (Kalau baca je tapi tak praktiskan apa yang dikongsi, ianya satu PEMBAZIRAN)
SAYA MENCABAR ANDA UNTUK MELAKUKAN LATIHAN BEBANAN SELAMA 4 MINGGU DAN LIHAT HASILNYA!!
--> Tips
Aktiviti yang anda lakukan pada satu jangka masa yang panjang menyebabkan anda PLATEAU. Ubah sistem latihan untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan