Rabu, 29 April 2015

TAHAP KECERGASAN

Adakah anda tahu, Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai satu program yang dipanggil SEGAK. Ini bukan memilih murid yang hensem dan segak seperti saya, tapi ia adalah singkatan bagi PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN.

TUJUAN...
Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti dan mengamalkan aktiviti kecergasan. Ujian ini dilakukan untuk menilai tahap kecergasan murid-murid tersebut agar sentiasa peka dengan tahap kesihatan dan kecergasan mereka.

Program ini sangat bagus cuma pada pandangan peribadi saya, ia hanya satu program yang "melepaskan batuk ditangga" kerana apa yang saya difahamkan, mereka dinilai dua kali setahun dan hasil daripada penilaian itu hanya direkodkan dan di"simpan".

KESAN?
Murid yang obes menjadi semakin obes
Murid yang kurang cergas masih tidak cergas

CONTOH..
Saya difahamkan negara jiran, mereka juga ada menjalankan program seperti ini dan mana-mana murid yang tidak cergas dan obes akan ditahan dan dilatih oleh Jurulatih Kecergasan (bukan guru) bagi memastikan tahap kecergasan mereka berada ditahap yang sepatutnya.

--> Tips
Program pendedahan seperti ini adalah SANGAT PENTING untuk semua agar kita tahu status kesihatan dan kecergasan. KESIHATAN TIDAK BERSANDARKAN PADA SEJARAH LALU

Sekiranya organisasi anda ingin menganjurkan program-program seperti ini bagi mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan pekerja, boleh hubungi saya atau whatsapp ditalian 013 7277007

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 28 April 2015

NAK KUAT DAN SIHAT?

Sebelum mula artikel hari ini, saya nak quote kata-kata daripada Hippocrates

"That which is used develops, and that which is not used wastes away"

Untuk pengetahuan anda, Hipprocrates adalah adalah seorang pakar perubatan Yunani Zaman Pericles (Greece klasik), dan dianggap salah seorang tokoh yang paling cemerlang dalam sejarah perubatan. Dia digelar sebagai "Bapa Perubatan Barat"

Artikel ini berdasarkan pengalaman saya sepanjang melakukan rawatan terhadap golongan warga emas. Beberapa hari lepas, ada seorang "warga emas" datang mendapatkan rawatan. Beliau komplen sakit bahagian "hip" semasa hendak bangun daripada duduk dan bahagian lutut. Dalam perbualan itu, saya difahamkan beliau seorang imam dan kadang-kadang rasa tidak selesa disebabkan oleh kesakitan beliau.

Daripada penilaian pergerakan "movement assessment analysis" saya dapati, pergerakan otot beliau tidak mengikut susunan dan ada beberapa bahagian otot yang lemah dan tidak kuat.

Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan, sakitnya kurang 80% dan pergerakannya juga semakin baik. Bangun daripada duduk pun dah semakin mudah. Saya memberikan beberapa senaman pemulihan agar dapat membantu ototnya menjadi lebih kuat untuk memudahkan pergerakannya.

Kita dapat lihat betapa pentingnya OTOT didalam kehidupan kita. Semakin berumur, semakin penting otot dalam memastikan kualiti hidup kita

--> Tips
Otot yang digunakan (senaman) menjadi lebih kuat, bila dibiarkan (tidak bersenam) ia menjadi lemah. Begitu juga proses kurus. Nak jadi kurus, anda kena jaga makan dan bersenam, sekiranya anda tidak mengamalkannya, semuanya kembali asal (obes dan sakit)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 27 April 2015

TAK SABAR NAK KURUS

Saya selalu pesan dengan klien saya "Masa dulu SAABAARRR je nak besar tapi bila nak kecik TAK SABAR-SABAR"

Sebenarnya masih ramai yang tak faham mengenai proses nak kurus. Apa yang mereka faham adalah

1. Peluh banyak - dah bakar lemak
2. Bersenam berjam-jam - kalori banyak dibakar
3. Tak makan nasi - cepat kurus
4. Buat cardio - cepat kurus
5. Angkat beban - badan jadi ketul-ketul
6. Senam hari-hari - makin fit dan cepat kurus
7. Pakai bengkung - kurus cepat
8. Buat sit up - dapat six pack
9. Supplement - cepat kurus
10. Masuk sauna - cepat kurus

Sebelum KURUS, anda perlu melalui 3 fasa iaitu OBESE, TRAINING & MAINTENANCE. Agak-agak fasa mana yang paling sukar?

Sekiranya artikel ini membantu, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

--> Tips
KURUS boleh dicapai dengan pelbagai cara. Pilihlah cara yang paling BERKESAN dan SELAMAT dan fikirkan kesan jangkamasa panjang.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 26 April 2015

KUALITI HIDUP EMAS

Klien saya yang berusia EMAS ini mempunyai KUALITI HIDUP EMAS.

APA KUALITI HIDUP EMAS?
Ramai yang ingin dan sentiasa berdoa agar panjang umurnya. Semua mengidamkan agar dapat melihat kejayaan anak-anak mereka, perkahwinan anak mereka dan yang paling "best" sekali apabila dapat menimang cucu.

Tapi, pernahkah kita terfikir, bagaimanakah keadaan dan kondisi kesihatan dan kecergasan diri kita diwaktu itu?.. Apakah persediaan yang dilakukan selain daripada membeli pelbagai insuran perlindungan dan simpanan?

Klien saya ini sudah hampir 10 tahun menjalani latihan fizikal dan KINI beliau merasa lebih kuat dan sihat berbanding dahulu. Apa yang penting pada beliau adalah kondisi kesihatan seperti diabetes dan hypertension (darah tinggi) semuanya terkawal.

--> Tips
Latihan fizikal juga adalah satu "INVESTMENT" pada hari tua anda!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 25 April 2015

SELESAI ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH..

Selesai satu program ad-hoc di Pagoh. Penerangan mengenai proses merangka senaman dan pembakaran lemak dari pelbagai sudut. Banyak perkara yang dapat dikongsi.

Semoga mereka semua dapat meneruskan gaya hidup sihat dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sekiranya ingin menganjurkan kursus atau bengkel kesihatan, kecergasan, kecederaan, boleh hubungi saya di 013 7377007

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Jumaat, 24 April 2015

LEG THROW & BACK PAIN

Di dalam gim, saya perhatikan bahawa ramai klien yang melakukan senaman "Leg Throw" ini. Mereka beranggapan kalau perut rasa "panas" tu kira dah nak jadilah tu. Bila ditegur, mereka cakap dah buat lama tak sakit pun.

Anda pernah dengar tak PENCEGAHAN atau PREVENTION? Semua yang saya kongsikan adalah hasil pengalaman saya memantau klien didalam gim dan semasa menjalankan rawatan. Bila dah sakit, menyesal pun tak guna bang mat dan kak semah ooiiiii..

Soalan saya.. Adakah anda tahu apabila senaman ini dilakukan oleh "newbies" atau orang yang belum mencapai tahap kondisi akan meningkatkan risiko kecederaan dibahagian "lower back" mereka?

Senaman dirangka bukan sahaja semata-mata untuk kurus, anda perlu lihat dengan skop yang lebih luas. Selalu saya membebel

KURUS DENGAN SIHAT
bukan
KURUS DENGAN KECEDERAAN

Apabila anda melakukan senaman "Leg Throw" ini, otot yang utama bekerja adalah otot yang dipanggil "hip flexor" lebih spesifik lagi otot "psoas" (saya pernah kupas topik ini sebanyak 3 episod mengenai crunches). Ini kerana otot "psoas" melekat diantara tulang belakang ke tulang peha. Kalau anda perasan, semasa melakukan senaman ini, apabila kaki dibuang ke bawah, posisi belakang badan anda akan melengkung (ini bermakna otot "psoas" anda menarik tulang belakang dan secara tidak langsung satu tekanan yang tinggi berlaku dibahagian "lower back" tersebut.

KESAN BURUK
Pergerakan ini juga mampu membuatkan "hip flexor" anda menjadi kuat dan ketat sehingga menyebabkan perubahan postur dibahagian pelvik (pinggul)

Risiko kecederaan dibahagian belakang sangat tinggi

--> Tips
Saya melihat senaman ini dari sudut yang luas seperti postur, kesihatan, kecergasan, keselamatan dan bukan hanya KURUS semata-mata.

We are ARCHITECTS of HUMAN BODY

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

JOURNEY OF LOSING FAT

Alhamdulillah.. Ini adalah antara program AD-HOC yang pernah saya diterima. Penganjur call dan bagi confirmation dalam masa seminggu.

Inshaa ALLAH esok saya berada di Pagoh. Ade sesiapa orang Pagoh atau yang berdekatan nak join? Boleh PM saya.

Sekiranya anda berminat untuk menganjurkan program kecergasan, pemakanan, senaman, kecederaan dan sebagainya boleh hubungi atau whatsapp saya 013 7277007

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 23 April 2015

SAKITNYA TUH DISINI

Situasi bersama klien yang tak pernah bersenam.

"En Bahagia, kaki saya sakitlah. Nak jalan pun susah."

Saya hanya tersenyum sahaja. Agak-agak kenapa eh...

Inilah yang dinamakan dengan DOMS (Delay Onset Muscle Soreness). Kebiasaannya berlaku apabila seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikal yang luar daripada kebiasaannya. Anda yang tidak bersenam juga boleh dapat DOMS seperti contoh mengemas rumah. Keesokan harinya mesti badan anda akan terasa sakit.

MENGAPA IA BERLAKU?
DOMS disebabkan berpunca daripada koyakan kecil dibahagian otot (jangan serius sangat, bukan koyak sampai tahap cedera..) Tahap DOMS bergantung kepada jumlah tisu yang koyak dan tahap aktiviti yang dijalankan

Jangan risau, walau bagaimanapun kesakitan yang dialami akan pulih dalam masa 48-72jam dan semasa itu proses penyesuaian dan adaptasi latihan akan berlaku.

BERITA BAIK!!!
Selepas beberapa fasa atau sesi latihan telah dijalankan, anda menjadi semakin kuat dan kecergasan anda meningkat apabila melalui proses "recovery". Selepas itu, senaman atau aktiviti yang anda lakukan tadi sudah tidak mempunyai kesan kepada aktiviti harian anda dan menyebabkan anda menjadi lebih kuat dan cergas daripada sebelumnya.

--> Tips
Di dalam program KURUSkan badan, REHAT adalah sangat penting untuk memberi masa kepada otot pulih "recover" agar dapat mengurangkan risiko kecederaan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert






Rabu, 22 April 2015

LAT PULLDOWN PENYEBAB SAKIT BAHU

Lat Pulldown (Behind Neck) adalah salah satu senaman yang sering dilakukan di gim. Kadang-kadang wanita juga turut melakukannya tanpa mengetahui risiko-risiko yang bakal mereka terima (main ikut sahaja).

Untuk pengetahuan anda, sendi bahu ini sangat unik dan kompleks. Sendi bahu hanya diperbuat daripada ligamen dan "connective tissue" dan tiada ligamen yang mengikatnya (jadi ia mudah untuk terkeluar/tercabut - dislocated).

MENGAPA SENAMAN INI BAHAYA?
1. Cuba anda angkat kedua tangan anda lurus ke atas dan bawa kedua tangan anda jauh kebelakang. Anda rasa stress kan dibahagian bahu dan mungkin juga ada antaranya rasa dibahagian pinggang.

2. Apabila anda menarik bebanan kebelakang tengkok, tulang humerus (tulang lengan) berubah kedudukan dan semasa bebanan ditarik kebawah, bebanan dibahagian bahu berada dalam tekanan yang sangat tinggi

3. Senaman ini bukan sahaja fokus dibahagian otot "latissimus dorsi" (lebih dikenali sebagai kepak) tapi ia juga melibatkan juga otot dibahagian "rotator cuff" (bahu). Otot "rotator cuff" yang kecil dan tidak kuat itu terpaksa membantu mengangkat beban yang berat.

4. Otot dibahagian leher anda menjadi tegang kerana posisi kepala anda berubah kehadapan untuk memberi laluan "bar" ke bahagian tengkok dan ini boleh menggalakkan perubahan postur seperti "Forward Head".

--> Tips
Senaman untuk KURUS, SADO, KUAT sangat berbeza. Pastikan latihan yang anda lakukan adalah latihan yang SESUAI DENGAN KONDISI ANDA.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 21 April 2015

PENYAKIT KEDEKUT!!

Beberapa hari lepas, saya berjumpa dengan seorang klien yang menghadapi sakit pinggang. Dari jalannya sahaja saya dapat melihat beliau sedang menahan kesakitan. Saya dimaklumkan bahawa sakitnya datang apabila dia memandu terlalu lama. Adakah anda sedar apabila anda duduk semasa memandu, anda tidak berada didalam postur/posisi yang betul?

Selepas melakukan rawatan, saya sarankan kepada beliau agar melakukan senaman NAMUN faktor kekangan masa menjadi alasan beliau.

Jadi, saya sarankan pula untuk beli alat ini (saya bukan jual produk, tapi meminta beliau mencari produk ini di Tesco), sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan tekanan semasa beliau memandu. Alasannya kali ni benda ni mahal dan mengarut.

Apa lagi yang boleh saya katakan...

"Sekiranya anda TIADA MASA untuk menjaga kesihatan anda, sila sediakan MASA untuk jatuh sakit"

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

--> Tips
Kalau anda sayangkan duit anda untuk membuat rawatan dan pencegahan, sila sediakan duit anda untuk kos rawatan dihospital atau kos pembedahan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 20 April 2015

SIAPA SEBENARNYA WARGA EMAS?

Dasar Warga Tua Negara: Tua adalah mereka yang berumur melebihi 60 tahun. Golongan ini kebiasaannya sudah berpencen atau berehat. Antara risiko yang bakal mereka hadapi adalah PENYAKIT.

TAPI

Itu hanyalah umur kalender sahaja. Percaya atau tidak ramai orang diluar sana yang umur kalendernya muda (contohnya 25 tahun) tetapi sistem biologi tubuh badan sudah seperti orang tua yang berumur lebih daripada 50 tahun. Jadi tidak mustahil diusia 20an, ada antara rakan anda telah menghidapi DIABETES, HYPERTENSION dan malah ada yang sudah kena MINOR STROKE.

MENGAPA IA BERLAKU
Cuba anda kaji semula gaya hidup yang anda amalkan sekarang. Adakah ia satu perkara yang boleh menjamin kesihatan anda dalam jangka masa 10 atau 20 ataupun 30 tahun yang akan datang? Makanan segera berlambakkan, asap rokok mencemari ruangan udara, faktor kemodenan yang merembat semua aktiviti fizikal, pembangunan pesat menghancurkan bakat-bakat sukan dan banyak lagi (dah macam sasterawan negara pulak..heheheh). Jadi, siapa yang sebenarnya WARGA EMAS sekarang ni?

Walaupun anda sihat sekarang, belum tentu anda sihat pada masa akan datang. KESIHATAN TIDAK  BERSANDARKAN KEPADA SEJARAH!!

--> Tips
Gaya hidup sihat seperti senaman dan diet dapat membantu meningkatkan kualiti hidup anda tidak kira usia.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 19 April 2015

STRESS SILENT KILLER

Sepanjang saya menjalankan rawatan, ada klien yang sakitnya datang daripada STRESS. Saya pernah berjumpa dengan seorang yang mempunyai simptom "Vertigo" (kepala rasa berpusing yang amat dahsyat dan rasa nak pitam).

Apabila ditanya, beliau mempunyai masalah rumah tangga yang dipendam selama ini. Tidak pernah diluahkan kepada sesiapa termasuk ibu bapanya sendiri. Apabila perasaan itu membuku dihati, emosi menjadi tidak stabil dan secara tidak langsung hormon kortisol dirembeskan dan berkumpul dengan banyak. Yang menakjubkan, selepas semua perasaan dendam dan marah itu dilepaskan, Alhamdulillah dengan izin ALLAH, sakit kepalanya telah hilang.

Semua manusia tidak terkecuali. Dengan kos sara hidup yang tinggi, bermacam-macam perkara yang dihadapi samada masalah diri sendiri, rumah tangga, keluarga dan rakan-rakan yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada diri kita. Percaya atau tidak, semakin anda menyimpan perasaan marah, dendam, iri hati, bimbang dan apa-apa sahaja yang negatif, selagi itu anda berada di dalam kesakitan.

--> Tips
Sentiasa kekal positif walaupun ianya menyakitkan. Berusaha dan serah segalanya kepada ALLAH dan ALLAH memudahkan segala urusan kita. Inshaa ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 18 April 2015

KURUS SAMPAI BONGKOK

Ramai yang nak KURUS tapi tak ramai yang fikirkan IMPLIKASI yang mereka dapat melalui aktiviti yang mereka lakukan. Apa yang penting pada mereka, asalkan impian untuk kurus tercapai.

Pengalaman saya berjumpa dengan beberapa klien yang berjaya menurunkan berat badan dengan banyak, ada antara postur badan mereka membongkok (kyphosis). Ia terjadi daripada hasil latihan yang tidak teratur dan memberikan kesan postur yang tidak baik kepada diri mereka. Setelah melakukan rawatan, barulah mereka sedar bahawa postur sangat memainkan peranan di dalam kehidupan mereka.

Bayangkan begini, umur anda sudah 30 tahun dan berat anda mencecah 100kg. Selama 30 tahun, anda tidak pernah kisahkan diri anda yang "seksi" dan "comel" itu, tiba-tiba anda nak hilangkan 50kg dalam masa yang singkat. Anda mula berdiet dengan menolak semua nasi dan juga bersenam segila-gilanya sehingga anda mencapai impian anda dalam masa 6 bulan.

TAPI....

Pernah anda terfikir apa yang berlaku terhadap
- postur anda?
- kualiti hidup anda?
- kualiti makanan anda?
- kecederaan yang anda alami?

DAN...

Dalam prinsip latihan, ada satu prinsip dipanggil "reversibility" (kebolehbalikan). Sekiranya anda tidak meneruskan latihan dan diet lagi, anda boleh kembali "LEBIH SEKSI" dan "LEBIH COMEL" daripada sebelumnya. Mengapa perlu terburu-buru MEMBAKAR LEMAK sedangkan anda cukup sabar MENTERNAKNYA..

--> Tips
KURUS adalah satu perkara yang SANGAT MUDAH tapi untuk MENGEKALKANNYA adalah satu perkara yang SANGAT SUKAR!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 17 April 2015

LEMAK TUKAR JADI OTOT?!!

Lemak dan Otot adalah dua perkara yang sangat berbeza. Dari sudut fisiologi, ia sangat mustahil untuk dua komponen ini boleh bertukar.

OTOT terdiri daripada tisu yang aktif dan bertindak menggerakkan anda melakukan aktiviti fizikal melalui penguncupan otot dan terdiri daripada protein

LEMAK pula adalah tisu yang tidak aktif, ia hasil daripada lebihan tenaga yang tidak digunakan (adipose tissue) dan disimpan sebagai "spare tyre"

Dua komponen ini umpama seperti

--> Isi dan kuku
--> Aur dengan tebing
--> Irama dan lagu

TAPI ada satu persamaan antara otot dan lemak iaitu

Otot boleh DIBINA dan MENYUSUT begitu juga lemak.

TAPI, ADA ORANG CAKAP LEMAK BOLEH BERTUKAR MENJADI OTOT?
Kebanyakkan orang salah faham apabila mereka menjalankan latihan kardio dan latihan bebanan, badan mereka menjadi lebih "firm" dan "tone", mereka beranggapan bahagian yang lembik dan "flabby" tersebut bertukar menjadi lebih tegang disebabkan "lemak bertukar menjadi otot."

Ia berlaku disebabkan komposisi badan berubah dimana otot anda terbina (sekaligus meningkatkan metabolisma badan untuk pembakaran kalori yang lebih banyak) dan secara tidak langsung peratusan lemak anda  menjadi kecil.

--> Tips
LEMAK adalah lebihan tenaga yang menunggu untuk digunakan semula. Kalau anda nak KURUS memang kena BERDIET dan BERSENAM dan gunakan kembali apa yang disimpan, bukan dengan gosok, goyang gerudi ataupun pil ajaib!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 16 April 2015

MANA YANG CEPAT KURUS?...

Beberapa hari lepas saya menerima mesej ini:

"En Bahagia, saya pernah pakai girdle masa nak kurus dulu, sekarang ni pinggang saya dah kecik TAPI saya rasa pinggang saya selalu sakit lepas tak gunakannya dan perut saya flabby."

Fokus saya mengenai artikel kali ini adalah penggunaan "Girdle" atau "Corset" didalam proses untuk mendapatkan badan idaman sahaja. Ia adalah satu alat yang membantu seseorang untuk mendapatkan pinggang yang ramping. Betul tu.. Pinggang yang ramping macam kerengga. Ia berfungsi dengan mengecutkan otot dan lemak dengan menghimpit dibahagian tertentu agar ianya mengikut "shape" badan. Selain daripada itu, "girdle" juga mampu mengawal pemakanan anda (akibat daripada tekanan dibahagian perut). Ada pelbagai jenis "girdle" antaranya yang mempunyai haba dan mereka "claim" bahawa dengan menggunakan bengkung, anda tidak perlu bersenam dan pinggang anda mampu mengecil sebanyak 4inci.

AKAN TETAPI....

BAGAIMANA KESAN JANGKA MASA PANJANG?
Pemakaian "girdle" memang mempunyai kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Walaupun anda boleh kelihatan cantik, adakah anda sanggup mempertaruhkan kesihatan dan masa depan anda?

Salah satu keburukannya adalah ia boleh menyebabkan anda flabby, kekurangan aliran darah ke organ-organ dan menghimpit organ ke dalam kedudukan yang tidak normal. Selain itu, "girdle" juga boleh menyebabkan pemampatan saraf, membuatkan anda stress disebabkan pernafasan anda tidak teratur, melemahkan otot-otot kecil dibahagian "core" sehingga boleh membuatkan anda sakit pinggang setelah tidak menggunakannya dan banyak lagi.

Jadi, mana yang anda mahu?

GUNA GIRDLE
Pinggang ramping - kesan sampingan kesihatan - flabby - sakit

BERSENAM & DIET
Pinggang ramping - awet muda - lebih cergas - sihat

--> Tips
Tiada jalan mudah nak KURUS kerana masa nak GEMUK pun susah juga.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 15 April 2015

GEMOK ITU SEKSI?

Baru-baru ni ada terbaca satu ungkapan di facebook rakan-rakan tentang satu tajuk yang agak lawak tapi pada saya ianya SERIUS. 

"Suami yang GEMUK adalah suami yang ROMANTIK"

Aauwww.. Geli betul mendengarnya. Pada saya GEMUK ITU SEKSA!! Ok, mari baca mengapa saya cakap sedemikian.

1. Merubah Center of Gravity (COG) semasa berdiri dan mengakibatkan stress dibahagian belakang (dapat back pain)

2. Merubah kedudukan tulang pinggul (pelvic - mengubah postur badan menjadi bongkok-kyphosis)

3. Kedudukan tapak kaki pun akan menjadi lateral rotation - lebih terbuka keluar (cenderung dpt sakit lutut dan tapak kaki)

4. Ritma pergerakan semasa berjalan terganggu (otot tidak bekerja dengan urutan yang betul - gait cycle)

5. Otot2 dibahagian tulang selangka (ribs cage) menjadi tegang dan pernafasan kurang efisyen (boleh mengakibatkan pelbagai penyakit datang)

Anda masih ingin menjadi SEKSI... Buncitkan perut anda dan nikmatilah KUALITI HIDUP yang SEKSA.

--> Tips
Walaupun anda tidak menghadapi apa-apa penyakit PADA MASA SEKARANG, anda sedang wujudkan SAKIT PADA MASA AKAN DATANG.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 14 April 2015

INDUSTRI SUKAN

Alhamdulillah, Malaysia kini ke arah menjadikan sukan sebagai satu industri. Ini boleh dilihat di dalam sukan Bola Sepak, gaji pemain tempatan kini mencecah 5 angka.

Di dalam bidang kecergasan pula, kita dapat lihat ramai trainer yang menjalankan program. Berilah sokongan kepada mereka. Program-program samada latihan individu, latihan berkumpulan dan kursus-kursus yang dianjurkan menjadikan industri ini lebih maju ke hadapan.

Sokongan anda semua di dalam industri ini sangat-sangat diperlukan demi merealisasikan hasrat Menteri Belia dan Sukan kita untuk menjadikan Malaysia sebagai SUKAN SEBAGAI SATU INDUSTRI. Jadi generasi yang baru ini sekiranya mereka berminat dan mempunyai pengalaman didalam industri kecergasan, mereka juga boleh "cari makan" di dalam industri ini.

--> Tips
KADAR BAYARAN sesuatu program selalunya mengikut pengalaman dan kualifikasi seseorang. Ianya perlu untuk menjadikan industri ini lebih PROFESIONAL.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 13 April 2015

LATIHAN KARDIO vs LATIHAN BEBANAN

Saya dapat beberapa maklumbalas beberapa hari lepas bahawa mereka (wanita) takut mengangkat beban dan mereka lebih gemarkan aktiviti seperti senamrobik. Hmm.. Payah juga nak wujudkan kesedaran ni. Sebenarnya, secara tidak sedar hari-hari anda mengangkat beban. Eh, yeke? Tak perasan juga? Dah tu handbag yang anda bawa kehulu-kehilir tu bukan beban ke? Kalau ditimbang boleh jejak 2kg atau lebih. Bebanlah tu kan.. Hehehe

Sekiranya anda ingin kurus dengan cepat, latihan bebanan sangat membantu dalam proses meningkatkan metabolism, disamping itu membetulkan postur, menguatkan otot, ligamen, tulang dan banyak lagi.

Pengalaman saya melatih beberapa orang instruktor senamrobik. Mereka menjalankan kelas senamrobik boleh dikatakan hari-hari dan memang mereka kurus akan tetapi FLABBY dan ada antara mereka juga yang sakit sendi (disebabkan overuse).

Setelah menjalankan latihan bebanan, badannya yang kurus itu bertukar menjadi lebih FIRM", lebih "TONE" dan lebih "CUTTING". Kalau anda tak percaya, cuba try test dulu latihan bebanan ni selama 4 minggu (3kali seminggu) dan anda lihat kesannya.

Tak perlu angkat sehingga berpuluh-puluh "lbs" atau "kg", cukup ianya "challenging" untuk diri anda, sudah memadai.  Semoga berjaya. (Kalau baca je tapi tak praktiskan apa yang dikongsi, ianya satu PEMBAZIRAN)

SAYA MENCABAR ANDA UNTUK MELAKUKAN LATIHAN BEBANAN SELAMA 4 MINGGU DAN LIHAT HASILNYA!!

--> Tips
Aktiviti yang anda lakukan pada satu jangka masa yang panjang menyebabkan anda PLATEAU. Ubah sistem latihan untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 12 April 2015

RAHSIA LATIHAN PT DIDEDAHKAN

Seperti yang dijanjikan, saya membuka rahsia semua PT berkenaan merangka senaman. Sebelum saya terangkan lebih jauh, pandangan setiap orang terhadap senaman itu berbeza dan fokus saya hanya untuk NEWBIES dan latihan dalam gim sahaja. Oleh kerana saya adalah seorang PT dan Exercise Therapist, saya bukan sahaja mengejar objektif klien untuk  KURUS malah memandang dari aspek pencegahan KECEDERAAN juga. Jadi kalau anda rasakan senaman saya kurang sesuai, saya tiada masalah dengan anda kerana pendapat Tun M dan DS Najib pun bercanggah apakan lagi Menteri yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni iaitu YB Ahmad Maslan.

Pertama sekali, saya percaya wanita diluar sana bingung bila masuk ke dalam gim. Apa yang anda perlu lakukan, anda rangka dahulu senaman sebelum memulakan latihan. Nasihat saya lakukan FULL BODY WORKOUT walaupun lemak anda banyak dibahagian punggung, kaki, lengan atau pun perut. NO SPOT REDUCTION!!

MERANGKA SENAMAN
2 hari lepas, saya ada post artikel mengenai aktiviti kardio dan selepas itu anda boleh merangka 6 senaman bebanan. Cadangan saya adalah
1. Bahagian atas - biceps
2. Bahagian tengah - perut
3. Bahagian bawah - peha
4. Bahagian atas - triceps
5. Bahagian tengah - pinggang
6. Bahagian bawah - peha

MENGAPA FULL BODY WORKOUT?
Dalam sistem otot dan rangka, kita mempunyai 600 lebih otot dan 206 tulang dan untuk seseorang yang baru, lebih baik anda aktifkan keseluruhan anggota badan anda. Ini dapat menggalakkan peredaran darah ke seluruh badan dan secara tidak langsung "activate" otot anda untuk mengubah postur anda menjadi lebih baik.

Saya sertakan contoh "exercise log" yang saya rangka untuk klien dalam program PT yang saya jalankan untuk rujukan anda.

--> Tips
Ini adalah senaman yang paling ringkas yang saya boleh kongsikan kepada anda. Semoga ianya bermanfaat.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 11 April 2015

KHIDMAT PERSONAL TRAINER

Dua hari lepas dah cover bab kardio dan makan sebelum bersenam. Hari ni nak cerita topik bersenam.

Selalunya wanita diluar sana COMFIRM "blur" apa yang mereka nak buat di dalam gim. Saya nasihatkan anda agar mencari Personal Trainer (PT) kerana ianya penting untuk anda mengetahui bagaimana cara-cara menggunakan mesin dan melakukan senaman.

Dalam program Personal Training yang saya jalankan, saya anggap ianya sebagai satu kursus pendek secara praktikal dan klien didedahkan mengenai senaman-senaman yang dijalankan. Saya lebih suka mendidik dan membimbing mereka bagaimana untuk merangka senaman dengan harapan mereka boleh melakukan senaman dengan baik dimana-mana.

PEMILIHAN PT
Ramai sekarang PT di dalam gim. Ada yang bagus dan ada yang sebaliknya. Jadi anda kena bijak memilih PT agar ianya boleh menjaga anda dan yang paling penting bukan MENDERA anda tapi MEMBIMBING anda untuk mencapai objektif anda

Sekiranya anda tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat PT, saya cuba membimbing dengan tips-tips ringkas untuk membantu anda.

--> Tips
Merangka senaman sangat penting. Ramai yang tersasar daripada objektif dengan latihan-latihan yang merbahaya.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 10 April 2015

MUNTAH JIN...

Masih ingat cerita dongeng melayu "Si Badang"?. Beliau menjadi kuat selepas makan muntah jin. Sepanjang saya bertugas di Gim, ada beberapa klien yang main sendiri muntah disebabkan beberapa perkara dan saya hanya fokus kepada satu perkara sahaja iaitu PEMAKANAN (tiada kaitan dengan jin eh..hehehe)

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut suka saya mengingatkan kepada anda bahawa anda perlu makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bersenam.

Satu petang yang indah pada bulan APRIL...
Satu hari, Gee makan bersama Es dan Tee pada jam 4.00 pm dan 30 minit selepas itu Gee ada workout appointment di gim bersama "The Best Trainer" (3 pointer) iaitu En Ahmad. Semasa melakukan senaman Gee rasa nak muntah, kenapa? (watak diatas ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)

MENGAPA IANYA BERLAKU?
Selepas anda makan, darah semua bertumpu ke kawasan perut untuk mengangkut tenaga untuk diagihkan keseluruh badan. Apabila anda bersenam, darah yang sedang menjalankan proses penghadaman itu dipanggil ke otot untuk menyediakan tenaga dan ini mengakibatkan proses penghadaman terganggu lalu anda pun MUNTAH (bukan nak jadi JIN tau.. hehehe)

--> Tips
Makan selewat-lewatnya 2 jam sebelum bersenam dan sekiranya anda lapar juga, ambil buah untuk alas perut.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 9 April 2015

TIPS NEWBIES KE GIM

Saya ada menerima satu mesej daripada salah seorang peserta kursus Bengkel Mudahnya Kurus. Beliau meminta saya menerangkan bagaimana cara-cara melakukan latihan di gim. Kadang-kadang bila dah masuk gim, tak tahu nak buat apa.
Ok, mula-mula sebelum masuk gim lagi, anda perlu rancang apa yang anda ingin lakukan. Saya percaya anda sangat "expert" dengan alatan kardio seperti treadmill, bicycle, elliptical trainer, rowing, skipping dan banyak lagi.

Jadi, untuk proses pengurusan berat badan atau dalam bahasa yang lebih mudah "anda pilih sahaja apa-apa aktiviti yang boleh anda lakukan berterusan sekurang-kurangnya 20minit TANPA HENTI"

KENAPA PERLU 20minit?
Secara teorinya, ia berkenaan sistem tenaga. Nak bakar lemak ni melalui proses yang panjang begitu juga nak simpan lemak.

Dan

Pastikan semasa melakukan aktiviti kardio tersebut, ada kehadiran oksigen. Maknanya anda boleh berjalan atau berlari anak atau berbasikal sambil menyanyi lagu Faizal Tahir (Assalamualaikum dunia.. Bangunlah semua... bla bla bla)..

Kalau anda nyanyi sampai semput dan tercungap-cungap, itu tandanya oksigen kurang masuk dan sistem tenaga yang anda gunakan tidak membakar lemak dan kalau anda boleh menyanyi dengan senang sangat, ia tidak sampai intensiti latihan untuk pembakaran lemak. Kalau anda nyanyi sumbang, baik anda nyanyi A B C sahaja.. Hahahaha..

Jadi, lakukanlah apa-apa sahaja latihan kardio dengan intensiti (bebanan kerja) yang sederhana.

Saya akan kongsikan tips-tips lain berkaitan "newbies" untuk masuk ke gim.

--> Tips
Latihan kardio adalah "favorite" kepada wanita TAPI ada latihan yang lebih HEBAT KESANNYA daripada ini.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rabu, 8 April 2015

STRESS SAMPAI DARAH TINGGI

Beberapa hari lepas, ada satu nombor yang tidak dikenali tiba-tiba mesej kepada saya sebelum saya tidur. Beliau sangat stress dan meminta saya menasihatkan kepada wanita diluar sana.

Ini adalah antara perbualan kami dan sebenarnya ianya lebih panjang lagi. Masalah klien ini sangat "complicated" dan saya tidak boleh huraikan disini atas perjanjian saya dengan beliau.

Apa yang saya boleh kongsikan disini, beliau telah melalui satu ujian yang besar dalam hidupnya dan beliau sangat stress dengan ujian tersebut sehingga mengidap Tekanan Darah Tinggi. Beliau tidak pandai untuk mengawal stress sehingga jatuh sakit. (perkara ini pernah saya kupas dalam artikel saya sebelumnya dalam topik STRESS sebanyak 3 episod)

Sebenarnya ada beberapa orang lagi yang PM untuk meminta khidmat saya untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi dan semuanya saya simpan sebagai PnC tetapi mesej ini lain daripada yang lain kerana tuan badan sendiri yang meminta supaya saya menasihati mereka diluar sana yang sedang stress..

Jadi, apa yang saya ingin simpulkan disini adalah STRESS adalah PEMBUNUH SENYAP. Jangan abaikan stress anda, carilah rawatan dan terapi yang sesuai untuk diri anda agar anda menikmati hidup yang lebih BAHAGIA.. Inshaa ALLAH

--> Tips
Atasi stress anda sebelum ia memudharatkan. Stress juga boleh membuatkan anda sakit sendi atau sakit lain-lain dan ia dikenali sebagai  "EMOTIONAL PAIN".

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 7 April 2015

Ep 3 Hand Phone Posture

Semalam dah cerita bagaimana "Forward Head & Forward Shoulder" berlaku dan hari ni saya nak ceritakan kesan dari sudut kesihatan yang akan berlaku akibat daripada postur ini.

Apabila berlaku masalah postur, satu perkara yang pasti akan berlaku iaitu pernafasan anda menjadi pendek atau dalam bahasa mudahnya nafas anda tidak dalam. Percaya atau tidak, postur dan pernafasan mempunyai kaitan yang sangat rapat cuma anda tidak menyedarinya. Pernafasan bukan sahaja berlaku dibahagian "diaphragm" dan dada sahaja, malah melibatkan otot dibahagian leher. Ok dah masuk bab teknikal, memang sukar untuk anda fahami dan saya terus ke kesannya.

KESAN TERHADAP KESIHATAN
"Forward Head & Forward Shoulder" ini bukan berlaku akibat daripada hand phone sahaja. Ia berlaku dengan pelbagai sebab yang lain seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat, bekerja dihadapan komputer dan banyak lagi.

Berikut adalah perkara yang kebiasaannya berlaku apabila dua masalah postur ini berlaku

- Sakit dibahagian leher atau kepala (migraine). Ingat lagi kaitan antara dua masalah postur ini berkait rapat seperti yang saya ceritakan pada sesi yang lepas?..

- Gabungan dua postur ini menjadikan anda bongkok dan sekaligus akan menyebabkan bahagian atas badan anda ke belakang dan pinggul anda condong ke hadapan yang boleh menyebabkan kesakitan bukan sahaja di kepala, leher dan bahu malah juga berisiko di pertengahan dan bahagian bawah belakang (lower back).

- Secara tidak langsung, organ-organ dalaman anda juga berada dalam keadaan tertekan disebabkan terhimpit (bongkok) dan boleh menjejaskan fungsinya.

- Apabila otot-otot leher terlalu tegang, ia boleh menyebabkan rasa sakit di dada menyerupai kesakitan seperti simptom serangan jantung.

- Bila kawasan dada terlampau tegang, ia juga boleh menekan saraf "brachial plexus" yang boleh mengakibatkan tangan anda mungkin berasa lemah atau kebas dan salah satu simptom yang berkemungkinan berlaku seperti seolah-olah anda menghadapi "carpel tunnel syndrome".

--> Tips
Ramai yang menjalani pembedahan untuk masalah kecederaan atau ERGONOMICS yang mereka alami sedangkan kadang-kadang masalah itu disebabkan daripada POSTUR mereka dan ianya boleh dirawat dengan rawatan manipulatif beserta senaman pemulihan. Inshaa ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 5 April 2015

Ep 2 HAND PHONE POSTURE

Hand phone sangat penting dalam kehidupan kita. Terdapat banyak fungsi hand phone samada ianya positif dan negatif. Yang positifnya, anda dapat ketahui kadar perbezaan GST diseluruh dunia (sedang hangat diperkatakan sekarang hehehe) manakala yang negatif pula anda asyik melihat berapa ramai yang LIKE post anda di FB yang baru di"hapload" tadi dan tak lupa juga anda boleh "bersosial" dengan bermain game.

Kalau anda perasan, semalam saya post gambar sekumpulan orang sedang menggunakan hand phone. Gambar tersebut menceritakan bagaimana keadaan realiti seseorang yang sedang asyik dengan hand phonenya

Gambar ini pula menunjukkan bagaimana postur seseorang yang sedang menaip di hand phone. Kita boleh lihat di dalam gambar tersebut, semakin tunduk seseorang itu melihat hand phonenya semakin tinggi tekanan dibahagian tengkoknya.

Sebelum saya pergi lebih jauh, adakah anda tahu tulang belakang kita berbentuk lengkung "S"?
Apabila berlaku "Forward Head", kepala anda akan condong kehadapan dan secara tidak langsung, bahu anda juga membongkok kehadapan, otot dibahagian dada anda menjadi lebih ketat dan membuatkan postur anda lebih bongkok lagi yang mengakibatkan anda menghadapi "Forward Shoulder". Jadi dua postur ini saling berkait.

Kenapa Bahagia Jemali sibuk sangat pasal postur ni? Esok saya kupas pula apa yang berlaku sekiranya berlaku "Forward Head & Forward Shoulder" (bukan syampoo Head & Shoulder eh)

--> Tips
ALLAH menciptakan sistem manusia itu cukup sempurna. Jagalah kesempurnaannya dengan sebaiknya atau anda menderita kerana kegagalan sistem itu berfungsi.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ep 1 HAND PHONE POSTURE

Dunia sekarang bukan seperti zaman kita dahulu. Kalau ibu bapa kita dahulu banyak menghabiskan masa dengan kita, keluar makan bersama, berjalan bersama, bermain bersama, berbual bersama TAPI situasi ini telah bertukar sekarang. Cuba lihat disekeliling anda. Semua orang memiliki "gadget" mereka sendiri samada hand phone, tab, game dan sebagainya.

Ada antara ibu bapa memberi "gadjet" ini kepada anak supaya mereka duduk diam dan yang lebih teruk lagi ada segelintir ibu atau bapa yang ralit dengan game, whatsapp group di hand phone sehingga mengabaikan anak-anak mereka.

Aktiviti sosial sekarang sudah berubah, anda boleh lihat sekumpulan remaja atau dewasa (seperti di dalam gambar) yang berkumpul dengan rakan-rakan mereka dan mereka kurang berkomunikasi malah tidak lepas dengan "gadjet" mereka masing-masing. Begitu kuatnya pengaruh gadget didalam kehidupan kita.

Sedar atau tidak manusia mengalami satu revolusi yang baru. Disebabkan gadget inilah manusia menerima satu perubahan dari sudut postur. Pada zaman dahulu, masalah "Forward Head & Forward Shoulder" ini kurang berlaku TAPI kini, kebanyakkan orang sekeliling kita menghadapinya dan salah satu sebab adalah HAND PHONE.

Bagaimana hand phone dapat merubah postur ini? Tunggu artikel seterusnya.

--> Tips
Zaman sekarang, kebanyakan penyakit DICIPTA oleh kita sendiri.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 4 April 2015

HEI! SALAH SENAMAN TU!!...

Senaman sangat subjektif untuk dibincangkan. Sebenarnya ia bergantung kepada keperluan dan objektif latihan seseorang itu. Banyak perkara perlu diambil kira antaranya keperluan aktiviti individu tersebut, struktur anatomi, fleksibiliti otot, biomekanik pergerakan dan banyak lagi.

Saya bagi satu contoh, latihan pengurusan berat badan tidak sama dengan atlit bina badan, begitu juga latihan atlit bina badan bersama atlit angkat berat.

Lagi satu contoh, ramai yang cakap "hurdler stretch" (seperti digambar) itu merbahaya kerana memberikan stress yang tinggi terhadap ligamen dibahagian lutut TAPI bagi atlit olahraga (hurdler), ia adalah satu perkara yang penting kerana aktiviti itu meniru / simulasi pergerakan tersebut.

Kecederaan?
Bagi atlit, kecederaan itu umpama "rakan karib" mereka. Semua atlit berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan kerana mereka melakukan aktiviti diluar kemampuan manusia biasa untuk menjadikan mereka antara atlit yang terbaik NAMUN berbeza pula dengan kita orang biasa ni. Atlit profesional dijaga rapi oleh kelab atau agensi sukan. Apabila berlakunya kecederaan, mereka menyediakan program pemulihan agar atlit dapat berada ditahap yang optimum selepas berlakunya kecederaan. Bagaimana pula dengan kita? Setelah berlakunya kecederaan, saya yakin anda akan "biarkan kecederaan itu dengan harapan ia akan sembuh sendiri (magic)" dan meneruskan latihan sambil kecederaan itu menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan prestasi anda.

CARA SQUAT YANG BETUL
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ada yang menyatakan bahawa melakukan squat tidak boleh lebih daripada hujung kaki.  Kalau begitu, ramai yang tidak boleh buang air besar dalam keadaan mencangkung kerana takut berlaku kecederaan tapi bagaimana pula nak buang air besar sambil memastikan lutut tidak lebih daripada hujung kaki? Hehehe

Saya terangkan dengan lebih terperinci dengan bahasa yang mudah.

Pengurusan Berat Badan
Saya percaya apabila seseorang yang berbadan besar dan tidak pernah bersenam, sekiranya lutut melebihi daripada hujung kaki, mereka akan mengalami stress yang tinggi dibahagian ligamen (lutut) dan ini boleh mengakibatkan mereka terdedah kepada risiko kecederaan

Atlit
Atlit angkat berat khususnya, mereka melakukan "deep squat" dan posisi lutut mereka memang akan melepasi hujung kaki bagi tujuan mengimbangi badan TAPI mereka bukan terus melakukan "deep squat" sebaliknya sebelum itu mereka menjalani satu program penyesuaian agar proses adaptasi ligamen dan otot berlaku untuk melakukan aktiviti yang lebih luar biasa lagi

Kesimpulannya, anda perlu lihat apa OBJEKTIF LATIHAN anda. Sekiranya anda ingin menjadi atlit bina badan, memang ada senaman yang diluar jangkauan manusia yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan simetri badan yang cantik TAPI kalau anda untuk mendapatkan "shape" yang cantik dan tidak masuk bertanding, mengapa anda MEMPERTARUHKAN KECEDERAAN sedangkan anda mampu mengubahnya (ala-ala iklan kemalangan jalanraya..hehehe)

--> Tips
Jangan cari penyakit kerana apabila kecederaan berlaku, ia akan "demotivate" anda dan akan menjejaskan prestasi anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 1 April 2015

KEKAL AWET MUDA

Johor Bahru - Hujan lebat sejak tiga hari lepas telah mengakibatkan keuntungan terlajak laris kepada warung-warung pisang goreng. Dilaporkan pisang goreng di Johor Bahru telah habis cepat seperti "pisang goreng panas" (nasib pisang goreng tak kena gst.. hehehe)

Tapi tidak untuk empat wanita ini. Mereka tetap gila meneruskan latihan "Circuit Training" mereka seperti biasa. Kerana apa? Hmmm...

Beberapa hari lepas ada seorang PM saya bertanyakan mengapa setelah beliau berehat beberapa bulan, badannya kembali "gebu" dan sakit sendinya datang kembali.

Ini adalah kesan daripada DETRAINING (atau DECONDITIONING).

Proses DETRAINING ini berlaku apabila anda berhenti bersenam dan bukan sahaja bergantung dengan faktor umur anda, tahap cergas anda dan berapa lama anda telah bersenam, tetapi juga faktor jenis senaman yang anda lakukan dan tahap intensitinya.

Apabila anda berhenti bersenam, perubahan fisiologi akan berlaku seperti mula kehilangan daya tahan kardiovaskular (aerobik atau lebih difahami dengan perkataan PANCIT.) Selain daripada itu, kekuatan anda perlahan-lahan hilang, postur badan anda juga berubah dan ketumpatan otot anda akan berkurangan.

Oleh itu, mereka ini CEKAL menjalani latihan dengan saya secara berkumpulan selama dua kali seminggu untuk mengelakkan DETRAINING berlaku.

Harap artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami peranan gim dengan lebih luas lagi. Share kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan mereka dan like laju-laju page Bahagia Jemali. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert