Alhamdulillah syukur kerana beberapa minggu yang lepas, berlaku banyak perkara penting dalam mengejar impian saya. Impian saya adalah
i - mendidik masyarakat mengenai aktiviti senaman yang dapat mencegah penyakit seperti "Hyypo-Kinetic Disease" (penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi)
ii - mendidik masyarakat terutama wanita bahawa penggunaan gim tidak terhad hanya kepada BINA BADAN atau PENGURUSAN BERAT BADAN sahaja.
iii - membantu mana-mana organisasi atau syarikat menubuhkan gim mereka sendiri sebagai langkah pencegahan kepada kakitangannya daripada menghidapi penyakit "Hypo-Kinetic Disease"
Dan Alhamdulillah, sekali lagi saya panjatkan syukur kepada ALLAH kerana ada satu syarikat telah bersetuju untuk membina sebuah gim untuk kakitangan mereka menjalankan program pencegahan tersebut. Beberapa program telah selamat dijalankan antaranya
>> Dilantik sebagai konsultan untuk mewujudkan gim yang berkonsepkan kecergasan dan kesihatan.
>> Memberi khidmat nasihat mengenai susun atur gim dan keperluan peralatan yang bersesuaian
>> Menyampaikan taklimat "Kepentingan dan Penggunaan Gimnasium Terhadap Kecergasan dan Kesihatan" kepada Pegawai-Pegawai Tinggi mereka.
Saya sangat bersyukur kerana setelah lebih 10 tahun dalam bidang kecergasan ini, saya hampir berputus asa kerana setiap kali saya berusaha untuk mendidik masyarakat mengenai cara senaman yang betul, ada antara mereka mengabaikannya dan hanya memikirkan dari sudut kosmetik (kurus) sahaja tanpa mengambil kira dari sudut postur, pergerakan, pencegahan kecederaan dan banyak lagi.
Alhamdulillah.. kali ini ALLAH telah menyuntik satu semangat baru kepada diri saya untuk terus mendidik masyarakat ke arah gaya hidup yang sihat dengan penubuhan gim ini.
Saya dedikasikan semua kerja keras saya ini kepada Allahyarham Mohd Yusoff b Hj Abdul Sattar (orang yang mula membawa saya ke bidang kecergasan ini)
--> Tips
KURUS vs SIHAT. Ramai yang pilih KURUS sedangkan SIHAT lebih penting dari segala-galanya dan SIHAT juga adalah KUNCI kepada KURUS
Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai penubuhan gim di organisasi atau syarikat anda, boleh hubungi saya atau whatsapp ditalian 013 7277007
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan