Beberapa minggu lepas, saya telah dijemput sebagai Speaker untuk menerangkan mengenai Cara Kerja dan Masalah Postur ditempat kerja dan kehidupan seharian. Ini disebabkan kerana ramai antara mereka yang mengadu sakit sendi walaupun diusia muda. Sebenarnya, banyak faktor yang menyumbang kepada kecederaan dan kali ini saya lebih fokuskan kecederaan yang sinonim dengan wanita.
Seperti biasa, bengkel saya diakhiri dengan 'Demo' bagaimana rawatan manipulatif membantu meregangkan (released) otot yang ketat dan sekaligus anda dapat merasakan perubahan dari sudut postur dan pernafasan anda. Alhamdulillah, diakhir program ini banyak sesi soal jawab sampai saya tak boleh nak balik. Heheheh..
Saya berharap agar mereka jelas dan peka terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada kecederaan.
--> Tips
Kebiasaannya, kecederaan berlaku daripada gaya hidup, cara kerja yang tidak betul dan juga senaman yang tidak mengikut prinsip-prinsip latihan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat untuk konsultansi mengenai kecederaan dipejabat atau aktiviti kecergasan, boleh hubungi saya ditalian 013 7277007
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan