Ahad, 31 Mei 2015

Ep 5 - MRI @ CT SCAN

Kedua-dua teknik pengimejan kini dianggap sebagai kaedah yang paling tepat untuk mengukur tisu, organ dan seluruh badan termasuk jisim lemak, otot  dan tulang. Kebiasaannya, CT scan dan MRI scan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan.

KELEBIHAN
>> Tepat

>> Membolehkan pengukuran tertentu pada bahagian lemak yang spesifik seperti lemak di bahagian organ (visceral) dan lemak dibahagian bawah kulit  "subcutaneous"

KELEMAHAN
>> Peralatan adalah sangat mahal dan tidak boleh digerakkan

>> Imbasan CT scan tidak boleh digunakan kepada wanita hamil atau kanak-kanak kerana kesan radiasi yang tinggi

>> Beberapa MRI dan CT Scan pengimbas mungkin tidak dapat menampung individu yang mempunyai BMI 35 atau lebih tinggi

Rujukan
1. Hu F. Pengukuran Adiposity dan Badan Kandungan. In: Hu F, ed. Obesiti Epidemiologi. New York City: Oxford University Press, 2008; 53-83.

--> Tips
Sekiranya bacaan BMI anda tidak memuaskan, cuba kaedah WHR. Kalau masih tidak memuaskan juga, cuba kaedah Pinch Test dan sekiranya masih tidak memuaskan juga, anda kena terima yang anda kini telah menjadi "AWESOME"..

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 30 Mei 2015

Ep 4 - B.I.A

Ini satu "marketing tools" yang agak baik untuk menjual PT atau produk. Selalunya klien akan mendapat bacaan peratusan lemak, otot, umur biology dan macam-macam lagi. Bila bacaan lemak dah tinggi, umur dah tua, time tu baru sedap dan BOLEH JUAL produk.. hehehe

Peralatan BIA berfungsi dengan menghantar arus elektrik kecil yang selamat melalui badan dan rintangan pengaliran elektrik akan terjadi apabila melalui lemak berbanding melalui otot dan air.

KELEBIHAN
>> Mudah & selamat

>> Mudah alih

>> Cepat dan mudah

KELEMAHAN
>> Sukar dapat bacaan yang sama setiap kali menimbang dan mahal

>> Nisbah air pada tubuh badan manusia kepada lemak boleh berubah semasa sakit, faktor dehidrasi atau kehilangan berat badan boleh mengurangkan ketepatan bacaan

>> Tidak setepat kaedah lain, terutamanya pada individu yang mempunyai BMI 35 atau lebih tinggi

--> Tips
Kita tidak boleh berharap dengan TIMBANG. Tak percaya? Cuba naik timbang dengan mengambil 3-5 kali bacaan. Mesti setiap bacaannya tidak sama.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 29 Mei 2015

CERGAS dan SIHAT

>> Galah Panjang

>> Baling Selipar

>> Main Guli

Saya percaya sesiapa yang lahir pada era 70 & 80an, mesti berpengalaman melakukan aktiviti seperti ini.

TAPI

Adakah anak-anak anda tahu? Saya yakin mereka lebih tahu game, upin ipin, boboyboi dan lebih expert menggunakan handphone daripada anda sendiri.

LAST CALL!!!
Peluang untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kehidupan diluar bilik darjah disamping membentuk peribadi dan jatidiri mereka yang lebih POSITIF.

Apa tunggu lagi, pastikan anak anda didedahkan dengan program pendidikan luar seperti ini dan boleh terus hubungi

>> EN BAHAGIA  +6013-7277007
>> EN FAIRUZ      +6017-7222430
>> EN SHAM        +6018-7651955

dan book tempat anda SEKARANG

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

Ep 3 - PINCH TEST

Kaedah ini bagus untuk mengetahui peratusan lemak badan. Nak tahu macam mana cara nak akses lemak terutama pada wanita secara manual? Cer angkat tangan kehadapan dan bengkokkan siku 90°. Tanpa perasaan segan dan silu, sila lambaikan tangan anda dan lihat dibahagian bawah lengan, ia juga turut melambai.. hehehe

Dalam kaedah ini, kaliper khas diperlukan untuk mengukur ketebalan lemak dengan mencubit kulit dibahagian-bahagian tertentu pada badan (perut, peha, depan dan belakang lengan dan dibelakang bahu).

KELEBIHAN
>> Mudah dan mudah alih

>> Murah dan selamat

>> Cepat dan mudah (kecuali dalam individu yang mempunyai BMI 35 atau lebih tinggi)

KELEMAHAN
>> Perlu dilakukan berpasangan

>> Tidak berapa tepat bacaan kerana diambil dibeberapa bahagian (bacaan ralat)

>> Sangat sukar untuk mengukur pada individu dengan BMI 35 atau lebih tinggi

--> Tips
Walaupun anda kurus, tidak semestinya peratusan lemak badan anda rendah dan kaedah ini dapat melihat samada latihan yang anda lakukan membakar LEMAK atau OTOT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 28 Mei 2015

Ep 2 - WHR

Ok, kalau anda semua dah kantol dengan BMI, cuba kaedah kedua ni iaitu WAIST TO HIP RATIO (WHR). Kaedah ini mengukur nisbah pinggang-ke-pinggul untuk mengukur obesiti dibahagian abdomen. Ia dikira dengan mengukur bahagian pinggang dan pinggul (pada bahagian punggung) dan kemudian dibahagikan ukuran pinggang dengan ukuran pinggul.

KELEBIHAN
>> Kaedah yang baik untuk melihat ukuran peratusan lemak

>> Murah

>> Kajian menunjukkan nisbah pinggang-ke-pinggul dapat meramalkan perkembangan penyakit dan kematian di kalangan orang dewasa

KELEMAHAN
>> Lebih sukar untuk mengukur bahagian pinggul daripada mengukur bahagian pinggang (boleh menyebabkan ralat kepada bacaan) terutama bagi individu yang mempunyai BMI 35 atau lebih

>> Lebih kompleks untuk mentafsir perubahan lilitan dibahagian pinggang samada berlakunya peningkatan lemak dibahagian abdomen atau penurunan dalam jisim otot tanpa lemak di bahagian pinggang

--> Tips
Kalau anda masuk pertandingan LOSE WEIGHT, cuba cadangkan kepada penganjur agar wujudkan satu lagi kategori iaitu WHR, baru adil. Saya pernah anjurkan dahulu semasa menjalankan program My Body Fit Camp pada tahun lepas bersama Rakoz Penggila Emas

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 27 Mei 2015

Ep 1 - BMI

======================
1. BODY MASS INDEX (BMI)
Episod 1
======================
Body Mass Index (BMI) adalah mengukur "body fat" berdasarkan nisbah berat kepada ketinggian.

KELEBIHAN
>> Mudah untuk diukur

>> Murah

>> Bacaan standard untuk berat badan berlebihan dan obesiti:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
berat badan normal adalah BMI antara 18.5 dan 24.9;

berat badan berlebihan adalah BMI antara 25.0 dan 29.9;

obesiti BMI 30.0 atau lebih tinggi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>> Beratus-ratus kajian menunjukkan bahawa BMI yang tinggi dapat meramalkan risiko yang lebih tinggi penyakit kronik dan kematian awal.

KELEMAHAN
>> Pengukuran tidak langsung dan tidak sempurna kerana tidak membezakan antara LEMAK badan dan jisim OTOT

>> Lebih sesuai digunakan kepada orang dewasa yang lebih muda dan pertengahan umur

>> Tidak adil kepada orang yang rendah

--> Tips
Sazali Samad adalah seorang jaguh bina badan. Jika diambil tinggi dan berat, beliau dalam kumpulan OVERWEIGHT tapi BETUL KE?..

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 26 Mei 2015

PENGENALAN - ANDA OBES?

°° Adakah anda obes?

°° Macam mana nak tahu anda obes?

°° Adakah obes itu AWESOME?

Saya akan kupas secara ringkas dan padat 5 cara yang boleh dilakukan untuk mengukur samada anda obes atau tidak. Ikuti episod 1-5 nanti pada setiap hari dan waktu yang sama dipage Bahagia Jemali. Sekiranya artikel ini membantu, sila share kepada rakan-rakan anda agar mereka juga turut dapat ilmu yang disampaikan ini. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

FITNESS CAMP for KIDS

Ramai yang bertanya mengenai faktor keselamatan FITNESS CAMP for KIDS ini dan aktiviti yang dijalankan.

Untuk pengetahuan semua, pemilik kem ini adalah Prof Madya Dr. Abdul Hafidz bin Haji Omar, Ketua Jabatan di Fakulti Sains Kesihatan dan Biomedikal Engineering, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau seorang yang terkenal didalam bidang Sains Sukan di Malaysia ini. Beliau membina kem ini dengan tujuan untuk memberikan pendidikan luar kepada peserta keluar dari zon selesa agar dapat membina jati diri. Program ini dikendalikan oleh orang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan terdiri daripada pensyarah, guru dan juga pelajar-pelajar UTM dan semestinya LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIUTAMAKAN.

Saya merangka program ini agar ianya dapat mencabar fizikal dan mental peserta supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dan juga bertindak sebagai satu kumpulan. Oleh itu, proses pendidikan sering diterapkan didalam program ini cuma bezanya pendidikan ini dijalankan diluar bilik darjah dan inilah PENDIDIKAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR.

--> Tips
Didik anak dengan kesusahan agar mereka tahu erti SYUKUR dan BERDIKARI

Apa tunggu lagi, pastikan anak anda didedahkan dengan program pendidikan luar seperti ini dan boleh terus hubungi

>> EN BAHAGIA  +6013-7277007
>> EN FAIRUZ      +6017-7222430
>> EN SHAM        +6018-7651955

dan book tempat anda SEKARANG

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#fitnesscampforkids

Isnin, 25 Mei 2015

BERAT TIDAK BERSALAH

Ramai yang risau apabila berat badan tidak turun dan kadang-kadang bertambah walaupun 100gram. Rilekkkk... Dengar apa saya cakap ni

"BERAT TIDAK BERSALAH"

Bila anda melakukan LATIHAN BEBANAN, bersedialah untuk campak timbang anda jauh-jauh.
KOMPOSISI BADAN
Ada empat komponen yang menjadikan berat badan anda iaitu
- lemak
- otot & tulang
- air
- organ, saluran darah dll

Jadi apabila anda melakukan latihan bebanan, KEPADATAN otot dan tulang akan meningkat dan peratusan lemak pula akan BERKURANGAN

UJIKAJI
Anda ceraikan ayam kepada kepada bahagian tulang, daging (otot) dan lemak. Kemudian anda tenggelamkan didalam satu bekas yang penuh berisi air. Agak-agak bahagian mana yang tenggalam dan bahagian mana yang timbul dan kenapa?

--> Tips
Apabila kita melakukan LATIHAN BEBANAN, kayu pengukur yang baik adalah SAIZ badan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert


Ahad, 24 Mei 2015

NO PAIN, NO GAIN

Sesetengah orang berpendapat bahawa memaksa melakukan aktiviti itu bagus untuk mendapatkan kesan latihan. Itu memang benar, TAPI...

Ianya perlu realistik dengan objektif anda. Ingat lagi artikel saya mengenai perbezaan aktiviti fizikal, bersukan dan bersenam? Anda golongan yang mana?...

Saya telah berjumpa dengan pelbagai orang yang mendapatkan rawatan sakit sendi dan otot. Ada yang dapat kecederaan disebabkan oleh sukan kerana beliau mewakili daerah/negeri/negara dan ada juga yang mendapat kecederaan disebabkan bersukan untuk kurus. Adakah anda sedar dengan berlakunya kecederaan akan memperlahankan proses kurus anda dan kos meningkat (rawatan)?

Sebab itulah anda perlu bezakan aktiviti fizikal, bersenam dan bersukan agar anda dapat mengelakkan daripada kecederaan dan kesakitan yang dialami selepas latihan (DOMS) dan tidak menjejaskan prestasi anda!

--> Tips
Get FIT to play SPORTS not play SPORTS to get FIT

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 23 Mei 2015

TIPS KEMPISKAN PERUT...

Come on!!! 8.. 9.. last one, come on, PUSH!! 10.. Yeahh...
Haaa.. Rasakan kat perut. Rasa tak? Tak lama lagi keciklah tu..
(Dialog popular PT bagi "encourage" klien workout.)

LEG RAISE adalah satu aktiviti yang popular di gim bagi yang ingin dapatkan perut yang cantik.

TAPI

Adakah anda tahu yang rasa diperut tu bukan hanya dibahagian abs sahaja? Secara biomekaniknya, apabila anda melibatkan pergerakan dibahagian tulang femur (peha), otot Iliopsoas terlibat dalam senaman ini dan risiko untuk mendapat sakit belakang/pinggang adalah sangat tinggi. Sekiranya anda masih ingin melakukan senaman dibahagian "lower abs" juga, REVERSE CRUNCHES adalah yang paling sesuai.

Dan kalau anda melakukan untuk tujuan mendapatkan "flat abs", lupakan sahajalah. (Rujuk artikel semalam)

--> Tips
Merangka senaman perlulah mengikut KONDISI, OBJEKTIF dan KEPERLUAN badan, bukan ikut BUKU, YOUTUBE atau KAWAN

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 22 Mei 2015

TIPS LURUSKAN PERUT SAHAJA (SPOT REDUCTION)

Sepanjang saya berada di gim, soalan ini agak TOP bagi kaum Adam & Hawa. Hari ni saya nak dedahkan TIPS bagaimana nak kuruskan bahagian perut.

TAPI

Sebelum saya bagi tips tersebut, saya ingin bertanya kepada anda. Bolehkah anda makan dan kawal lemak supaya tidak bertumpu dibahagian perut? Kalau tak boleh, begitu jugalah dengan lemak tersebut.

Beberapa faktor yang mempengaruhi pembakaran lemak di seluruh badan seperti  faktor genetik, jantina (hormon), metabolisma dan umur.

Saya bagi contoh anda bersenam bersama seorang rakan anda yang sebaya dan saiz lebih kurang sama. Cukup 2 atau 3 minggu, rakan anda mungkin mukanya kelihatan cengkung dan anda pula mungkin kecil dibahagian lengan sedikit. Apa yang nak disampaikan adalah tindak balas pembakaran lemak tidak sama kepada setiap individu.

Jadi TIPSnya adalah SABAR kerana lemak akan dibakar mengikut kawasan yang sensitif dahulu. Kebiasaannya perut adalah kawasan lemak yang lambat dibakar oleh lelaki manakala perempuan dibahagian punggung. Teruskan latihan secara konsisten dan jangan berputus asa!!!

--> Tips
Banyak kajian yang tidak menyokong mengenai SPOT REDUCTION.. Kalau dulu anda cukup SABAR untuk MEMBESAR, begitu juga proses KURUS.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 21 Mei 2015

CARI PENYAKIT & BERPENYAKIT

Manusia sering lupa kepada PENCIPTA.

Buktinya banyak..
-- Tidak Bersyukur
-- Tidak Berserah
-- Tidak Puas Hati
-- Tidak Bergantung
-- Salahkan Orang Lain
dan banyak lagi perkara negatif

Manusia sering fikir yang mereka HEBAT dan boleh lakukannya apa sahaja dengan sendiri dan inilah antara faktor yang membuatkan manusia SAKIT bukan pada HATInya sahaja tapi kepada DIRInya juga.

Kalau faham bagus, x faham pun bagus kerana kata-kata ini dizahirkan hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya merawat klien.

-- Tips
Peristiwa Isra' & Mikraj, Nabi Muhammad saw diBERSIHkan HATInya sebelum bertemu dengan PENCIPTA!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 20 Mei 2015

EXERCISE IS MEDICINE

Kebanyakkan klien yang mendapatkan rawatan, apabila dinasihatkan untuk melakukan beberapa senaman dirumah atau mengikuti program senaman, ramai yang memberikan alasan TIADA MASA.

Sekiranya mereka memahami sistem dan fungsi tubah badan manusia, pasti mereka akan melakukan senaman kerana tahu kelebihan yang diterima.

Fungsi sistem badan hampir sama seperti kereta. Saya bagi satu analogi mudah, kereta kita dah berumur 10 tahun dan mempunyai banyak sistem yang perlu diperbaiki. Oleh kerana kita nak jalan jauh, kita hanya tukar tayarnya sahaja, adakah itu mencukupi?

RAWATAN hanya melegakan pergerakan sendi dan otot manakala SENAMAN adalah ubat atau penawarnya.

--> Tips
Nak SADO? Nak KURUS? Sakit SENDI?
Lepas PEMBEDAHAN? Nak FIT?
Semua jawapannya adalah GIM!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 19 Mei 2015

IMPIAN SAYA & TQ SIFU

Alhamdulillah syukur kerana beberapa minggu yang lepas, berlaku banyak perkara penting dalam mengejar impian saya. Impian saya adalah

i - mendidik masyarakat mengenai aktiviti senaman yang dapat mencegah penyakit seperti "Hyypo-Kinetic Disease" (penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi)

ii - mendidik masyarakat terutama wanita bahawa penggunaan gim tidak terhad hanya kepada BINA BADAN atau PENGURUSAN BERAT BADAN sahaja.

iii - membantu mana-mana organisasi atau syarikat menubuhkan gim mereka sendiri sebagai langkah pencegahan kepada kakitangannya daripada menghidapi penyakit "Hypo-Kinetic Disease"

Dan Alhamdulillah, sekali lagi saya panjatkan syukur kepada ALLAH kerana ada satu syarikat telah bersetuju untuk membina sebuah gim untuk kakitangan mereka menjalankan program pencegahan tersebut. Beberapa program telah selamat dijalankan antaranya

>> Dilantik sebagai konsultan untuk mewujudkan gim yang berkonsepkan kecergasan dan kesihatan.

>> Memberi khidmat nasihat mengenai susun atur gim dan keperluan peralatan yang bersesuaian

>> Menyampaikan taklimat "Kepentingan dan Penggunaan Gimnasium Terhadap Kecergasan dan Kesihatan" kepada Pegawai-Pegawai Tinggi mereka.

Saya sangat bersyukur kerana setelah lebih 10 tahun dalam bidang kecergasan ini, saya hampir berputus asa kerana setiap kali saya berusaha untuk mendidik masyarakat mengenai cara senaman yang betul, ada antara mereka mengabaikannya dan hanya memikirkan dari sudut kosmetik (kurus) sahaja tanpa mengambil kira dari sudut postur, pergerakan, pencegahan kecederaan dan banyak lagi.

Alhamdulillah.. kali ini ALLAH telah menyuntik satu semangat baru kepada diri saya untuk terus mendidik masyarakat ke arah gaya hidup yang sihat dengan penubuhan gim ini.

Saya dedikasikan semua kerja keras saya ini kepada Allahyarham Mohd Yusoff b Hj Abdul Sattar (orang yang mula membawa saya ke bidang kecergasan ini)

--> Tips
KURUS vs SIHAT. Ramai yang pilih KURUS sedangkan SIHAT lebih penting dari segala-galanya dan SIHAT juga adalah KUNCI kepada KURUS

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai penubuhan gim di organisasi atau syarikat anda, boleh hubungi saya atau whatsapp ditalian 013 7277007

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 18 Mei 2015

FITNESS CAMP for KIDS - KEROHANIAN SEIRING KECERGASAN

Tahun lepas, ada satu perkara yang paling menarik berlaku berkenaan adik Jeffrey ini. Di awal pagi, semua peserta dikejutkan pada jam 5am untuk persiapan Solat Subuh. Kemudian, saya meminta adik Jeffrey menjadi Imam.

Semasa ini adik Jeffrey berusia 9 tahun dan mengimami Solat Subuh pada pagi itu. Walaupun bacaannya tidak begitu lancar tapi sekurang-kurangnya dia berani tampil ke depan. Kalau kita disuruh jadi Imam Subuh, mahunya PITAM! Hehehe..

Program ini adalah PENDIDIKAN LUAR. Kita mengaplikasikan segala yang diajar dibilik darjah untuk digunakan dengan kehidupan seharian kita. Tak guna juga dapat semua "A" tapi LEMAH dalam kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran komunikasi dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi, pastikan anak anda didedahkan dengan program pendidikan luar seperti ini dan boleh terus hubungi

>> EN BAHAGIA  +6013-7277007
>> EN FAIRUZ      +6017-7222430
>> EN SHAM        +6018-7651955

dan book tempat anda SEKARANG

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

AKTIVITI FIZIKAL, BERSUKAN & BERSENAM - Ep 4

SENAMAN
Bab ini berbeza daripada bab yang lain. Bersenam membakar kalori cuma bezanya ia adalah satu program aktiviti fizikal yang terancang, berstruktur dan dilakukan berulang-ulang kali untuk mencapai matlamat atau penjagaan kecergasan jasmani. Ia tidak berkonsepkan pertandingan dan tidak terikat dengan apa-apa undang-undang permainan.

Ia lebih merujuk kepada pembangunan Kecergasan  Fizikal sama ada BERASASKAN KESIHATAN atau BERASASKAN KEMAHIRAN.

KEBAIKAN
Menguatkan sistem otot dan tulang, meningkatkan kecergasan menyeluruh dan proses kurus menjadi mudah dan cepat

KEBURUKAN
Sekiranya dilakukan secara tidak tersusun, tidak mengikut biomekanik pergerakan yang betul atau melebihi daripada intensiti yang sepatutnya, kecederaan juga mudah berlaku.

--> Tips
Tugas ARKITEK adalah merangka binaan dengan cantik luar dan dalam, begitu juga dengan senaman. Sekiranya anda melatih satu bahagian dan mengabaikan bahagian yang lain, anda menjadi satu binaan yang HODOH dan TIDAK KUKUH!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 17 Mei 2015

FITNESS CAMP for KIDS - KELUAR DARI ZON SELESA

Proses perkembangan kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti fizikal agar tubuh dan minda mereka berhubung dengan baik. ZON SELESA adalah dimana semuanya dilakukan oleh anak-anak kita dengan aktiviti yang sama. Kini, banyak kajian yang mendedahkan kesan buruk mengenai aktiviti "GADGET" (handphone/ipad).

Pada pendapat anda, adakah bagus selamanya kanak-kanak berada di dalam ZON SELESA?

Apabila seseorang itu meninggalkan zon selesa mereka, mod survivor akan diaktifkan. Mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan kadang-kadang perkara luar biasa boleh berlaku.

PENGALAMAN SAYA
Ini berlaku kepada anak saya sendiri, tahun lepas anak saya berumur 5 tahun dan saya lepaskannya di kem sendirian bersama kawan-kawannya. Apa yang menakjubkan, dia pandai sidai tuala, kumpul baju kotor dalam plastik dan basuh pinggan sendiri. Walaupun itu perkara yang biasa pada sesetengah orang, tapi pada saya ia adalah satu perubahan POSITIF pada diri dia dan sampai sekarang pun sibuk nak basuh pinggan sendiri.

Itulah kesannya apabila seseorag meninggalkan zon selesa mereka. Ia membuatkan mereka lebih berkembang dan berpeluang menerokai kebolehan mereka yang paling dalam.

--> Tips
KEHIDUPAN SEBENAR BERMULA DI AKHIR ZON SELESA ANDA

Apa tunggu lagi, pastikan anak anda didedahkan dengan program pendidikan luar seperti ini dan boleh terus hubungi

>> EN BAHAGIA  +6013-7277007
>> EN FAIRUZ      +6017-7222430
>> EN SHAM        +6018-7651955

dan book tempat anda SEKARANG

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

AKTIVITI FIZIKAL, BERSUKAN & BERSENAM Ep 3

AKTIVITI NI BERSENAM KE TAK EH
Episod 3

SUKAN
Sukan pula boleh ditakrifkan sama juga dengan aktiviti fizikal cuma bezanya, aktiviti sukan menggunakan tenaga yang lebih daripada kebiasaan, ia mempunyai peraturan permainan dan juga berkonsepkan pertandingan secara individu mahupun berkumpulan.

Secara amnya, aktiviti sukan ini perlu menjalani latihan yang spesifik untuk mencapai matlamat mereka dan cemerlang dalam kemahiran tertentu

KELEBIHAN
Sistem jantung dan otot menjadi kuat dan badan menjadi semakin cergas

KEBURUKAN
Berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan kerana pergerakan sukan yang memerlukan dayatahan dan kekuatan fizikal yang sukar dijangka. Seperti contoh sukan futsal. Ramai yang mengalami kecederaan buku lali dan lutut.

--> Tips
Get FIT to play SPORTS not play SPORTS to get FIT

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert



Sabtu, 16 Mei 2015

AKTIVITI FIZIKAL, BERSUKAN & BERSENAM Ep 2

AKTIVITI FIZIKAL, SUKAN dan SENAMAN adalah istilah yang menggambarkan konsep yang berbeza. Walau bagaimanapun, mereka sering keliru antara satu sama lain dan terma ini kadang-kadang digunakan silih berganti.

AKTIVITI FIZIKAL
Ia bermaksud dan ditakrifkan sebagai mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot dan rangka yang menghasilkan tenaga. Penggunaan tenaga boleh diukur dalam kilokalori. Aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian boleh dikategorikan  seperti memasak, naik tangga, menyangkul, basuh kereta atau aktiviti-aktiviti lain yang santai.

KEBAIKAN
Apabila anda melakukan aktiviti fizikal ini, anda tetap membakar kalori. Lagi banyak aktiviti yang anda lakukan, lagi banyak kalori dibakar

KEBURUKAN
Apabila hari-hari anda melakukan perkara yang sama, badan anda mula menyesuaikan diri dan kesan untuk menguruskan badan anda mula berkurangan.

--> Tips
Aktiviti fizikal yang selalu dilakukan dipanggil sebagai RUTIN HARIAN bukan SENAMAN

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

Selamat Hari Guru juga kepada semua guru sekolah rendah dan menengah saya, semua jurulatih saya, guru saya, mentor saya, sifu saya, master saya, doktor saya dan semua sekali yang pernah mengajar diri saya ini.

Saya doakan kalian semua dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diperbanyakkan lagi ilmu supaya dapat dikembangkan lagi kepada orang lain.

Semua guru-guru saya HEBAT BELAKA!!

Ikhlas dari
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 15 Mei 2015

FITNESS CAMP for KIDS - TUJUAN DAN MATLAMAT

====================
TUJUAN FITNESS CAMP
====================
FITNESS CAMP for KIDS ini dirangka khas untuk kanak-kanak agar mereka sentiasa aktif sesuai dengan perkembangan tumbesaran mereka

KES
Sebagai seorang Exercise Therapist, saya dapati ramai kanak-kanak sekarang yang pasif dan tidak pandai berdikari. Mereka dimewahkan dengan "gadjet" dan makanan segera sehingga mereka obes.

KEKANGAN
Disekolah - kanak-kanak tidak boleh bermain semasa rehat dikhuatiri mengalami kecederaan dan pihak sekolah tidak mahu menanggung risiko kerana ramai ibu bapa yang sering serang sekolah apabila sesuatu perkara yang berlaku kepada anaknya

Dirumah - kesibukan ibu bapa yang kepenatan bekerja seharian dan ingin berehat dihujung minggu, anak-anak dibekalkan dengan "gadjet" agar mereka boleh bermain sendiri tanpa gangguan

Persekitaran - faktor keselamatan seperti kemalangan, kes culik, ragut yang membuatkan ibu bapa tidak membenarkan mereka bermain diluar

TUJUAN FITNESS CAMP
Memberikan pengalaman kepada anak-anak berada dizon yang tidak selesa, belajar berdikari, bekerjasama, sukakan aktiviti fizikal, menyelesaikan masalah, berani, memupuk sifat kepimpinan dan banyak lagi.

SOALAN..
>> Adakah kita mempunyai masa  untuk melakukan semua ini?

>> Adakah kita mahu anak-anak kita lebih berjaya?

>> Adakah kita fikirkan keadaan mereka 10-15 tahun yang akan datang dari aspek FIZIKAL, MENTAL & SPIRITUAL?

--> Tips
JUTAWAN didunia ini bukan tergolong dalam golongan orang yang pandai dalam AKADEMIK sahaja, mereka orang yang pandai MEREBUT PELUANG & banyak NETWORKING.

Apa tunggu lagi? Hubungi kami untuk pendaftaran..

>> EN BAHAGIA  +6013-7277007
>> EN FAIRUZ      +6017-7222430
>> EN SHAM        +6018-7651955

dan book tempat anda SEKARANG

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

AKTIVITI FIZIKAL, BERSUKAN & BERSENAM

Dalam salah satu kursus yang dijalankan, ada beberapa wanita bertanya,

"Saya selalu jaga anak saya, basuh baju, memasak, sapu rumah sampai berpeluh-peluh tapi tak kurus-kurus pun"

Nak huraikan panjang, jadi saya pendekkan info kali ni. Perkara ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:
I - aktiviti fizikal
ii - sukan
iii - bersenam

Saya kupas satu persatu dalam episod akan datang. Sebelum tu, sesiapa yang nak memberikan jawapan sangat dialu-alukan.

--> Tips
Ramai yang mendapat kecederaan daripada aktiviti yang mereka lakukan dalam proses penurunan berat badan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 14 Mei 2015

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bila kali terakhir anda melakukan pemeriksaan kesihatan (Medical Check Up)? Penting ke melakukannya?

Saya percaya ramai yang tidak mengendahkan kepentingan pemeriksaan kesihatan ini. Rata-rata beranggapan mereka sihat walau pun badan mereka "selim-melim". Jangan begitu.. INGAT INI

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
KESIHATAN TIDAK BERSANDARKAN
PADA SEJARAH!!!
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Maksudnya, kalau dulu anda seorang atlit negara atau legend bagi sesuatu sukan dan kini anda TIDAK MELAKUKAN apa-apa aktiviti fizikal, saiz badan anda dah tidak seperti atlit lagi, kondisi anda juga seperti kereta semput.. Adakah anda masih cergas dan sihat?

Ramai orang kita berbangga dengan sejarah pencapaian mereka yang lepas tanpa melihat kondisi yang terkini. Inilah kepentingan pemeriksaan kesihatan agar anda dapat memantau tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah, kolestrol dan banyak lagi.

--> Tips
Badan manusia akan sentiasa menyesuaikan diri dengan apa sahaja yang aktiviti yang dilakukan. Sekiranya kita terus bersenam, maka kita akan menjadi semakin kuat walaupun usia bertambah manakala sekiranya kita kurang bersenam, sakit juga akan datang dengan cepat walaupun diusia muda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

FITNESS CAMP FOR KIDS - JADI SPIDERMAN

Antara aktiviti Fitness Camp kali ini adalah aktiviti WALL CLIMBING. Peserta akan diuji daya tahan dan kekuatan mereka untuk memanjat temboh tersebut.

Adakah anda tahu dengan memanjat dinding ini dapat membina keberanian, kekuatan dan dayatahan sekaligus memberikan tubuh badan dan fizikal yang cantik? Lihat sahaja badan remaja yang terlibat dengan aktiviti "calisthenics" atau bar (palang).

Banyak lagi aktiviti menarik yang akan dijalankan didalam program FITNESS CAMP FOR KIDS nanti.

Apa tunggu lagi, daftarkan diri anda atau anak anda dalam program ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi

>> EN BAHAGIA  +6013-7277007
>> EN FAIRUZ      +6017-7222430
>> EN SHAM         +6018-7651955

dan book tempat anda SEKARANG

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

Rabu, 13 Mei 2015

Ep 4 CORRECTIVE EXERCISE - Testimoni Klien

Masih ingat post saya 2 hari lepas? (Kalau terlepas boleh baca semula sebanyak 3 episod).

Beliau seorang yang obes pada satu masa dahulu (gambarnya takde disini) dan beliau mengikuti program latihan berkumpulan selama hampir 3 bulan. Alhamdulillah, beliau berjaya menurunkan berat badannya dengan banyak.

TAPI

Adakah beliau KURUS dengan normal? Pada pandangan saya, beliau kurus tapi posture nya tidak normal. Ini dinamakan "KYPHOSIS" (membongkok).

Setelah menjalani rawatan manipulatif dan juga mengukiti program latihan khas di gim, postur beliau mula berubah menjadi lebih tegak berbanding sebelumnya. Terbukti, masalah postur dapat dibantu dengan dua kaedah ini.

--> Tips
Seperti yang saya nyatakan dahulu, bersenam di gim bukan sahaja untuk jadi SADO atau KURUS sahaja, ada banyak kebaikan dan fungsi gim kepada setiap individu diluar sana.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 12 Mei 2015

FLASHBACK - ERGONOMICS AND POSTURAL PROBLEMS

Beberapa minggu lepas, saya telah dijemput sebagai Speaker untuk menerangkan mengenai Cara Kerja dan Masalah Postur ditempat kerja dan kehidupan seharian.  Ini disebabkan kerana ramai antara mereka yang mengadu sakit sendi walaupun diusia muda. Sebenarnya, banyak faktor yang menyumbang kepada kecederaan dan kali ini saya lebih fokuskan kecederaan yang sinonim dengan wanita.

Seperti biasa, bengkel saya diakhiri dengan 'Demo' bagaimana rawatan manipulatif membantu meregangkan (released) otot yang ketat dan sekaligus anda dapat merasakan perubahan dari sudut postur dan pernafasan anda.  Alhamdulillah, diakhir program ini banyak sesi soal jawab sampai saya tak boleh nak balik. Heheheh..

Saya berharap agar mereka jelas dan peka terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada kecederaan.

--> Tips
Kebiasaannya, kecederaan berlaku daripada gaya hidup, cara kerja yang tidak betul dan juga senaman yang tidak mengikut prinsip-prinsip latihan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat untuk konsultansi mengenai kecederaan dipejabat atau aktiviti kecergasan, boleh hubungi saya ditalian 013 7277007

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 11 Mei 2015

Ep 3 CORRECTIVE EXERCISE

Postur yang tidak seimbang boleh dibetulkan semula. Ia perlu melalui beberapa proses. Di dalam kaedah Terapi Senaman (Exercise Therapy), rawatan manipulasi otot perlu dilakukan dan disusuli latihan pembetulan (Corrective Exercise).

Ramai yang beranggapan dengan menjalani satu atau dua sesi rawatan, semuanya akan kembali pulih. Adakah logik apabila sistem otot dan rangka yang tidak berfungsi dengan baik setelah sekian lama boleh dibaiki dengan hanya satu atau dua sesi sahaja? Ia perlukan rawatan susulan untuk memastikan sistem tubuh badan kita  berfungsi dengan lebih efisyen.

KESIMPULAN
Rawatan manipulatif otot membantu meregangkan (released) otot yang tegang

manakala

"Corrective Exercise" pula memperbetulkan postur, dan juga sistem tulang dan otot

--> Tips
Pencegahan lebih baik daripada merawat kerana banyak perkara boleh dicegah lebih awal.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 10 Mei 2015

Ep 2 CORRECTIVE EXERCISE

Ade beberapa orang bertanya dan PM saya mengenai aktiviti Cubaan 1-3 semalam dan memberikan respond mereka. Ada yang masih samar-samar apa yang sepatutnya berlaku. Saya jelaskan dalam episod ini.

Rujuk gambar..
Cubaan 1
Apabila anda duduk dalam keadaan lutut diluruskan dan anda tunduk ke bawah, anda akan rasa tegang dibahagian belakang peha (hamstring)

Cubaan 2
Dalam posisi yang sama, apabila anda naikkan jari-jemari kaki anda ke atas, anda akan rasa dibahagian belakang peha dan betis

Cubaan 3
Posisi sama seperti cubaan 2 dan kali ini anda tunduk kepada anda ke lutut dan anda akan rasa dibahagian belakang pinggang (ada yang rasa sehingga leher), belakang peha dan juga belakang betis.

APA TUJUAN CUBAAN INI?
Otot kita disambung melepasi sendi. Apabila sesuatu sendi bekerja, otot dibahagian tersebut diaktifkan dan tak mustahil sekiranya anda sakit pinggang, kadang-kadang ianya bukan berpunca daripada pinggang. Berkemungkinan sakit pinggang anda berpunca daripada otot dibahagian kaki kerana otot kita "inter connected" (berhubung antara satu dengan lain).

--> Tips
Anda bayangkan sekiranya anda bermaij badminton, tenis dan sebagainya, perubahan fizikal akan berlaku dimana tangan anda akan besar sebelah. Agak-agak ia menjejaskan postur atau tidak?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 9 Mei 2015

Ep 1 CORRECTIVE EXERCISE

"Corrective Exercise" adalah satu pendekatan saintifik yang melibatkan penggunaan senaman dalam membetulkan kembali kedudukan postur. Seperti yang kita ketahui, otot ada bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan yang dipanggil "agonist" dan "antagonist".

Program latihan perlulah mengambil kira semua aspek ini agar ketidak keseimbangan otot (muscle imbalance) berlaku. Seperti contoh, ramai yang "skip leg day" kerana sakit tapi adakah anda tahu, otot dibahagian kaki ini menyokong semua pergerakan anda yang lain?

Saya bagi satu contoh dan anda WAJIB cuba ini

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Cubaan 1
Duduk, luruskan kaki ke hadapan dan bongkok

Cubaan 2
Duduk, luruskan kaki ke hadapan dan pastikan jari-jemari kaki anda mengadap ke atas, kemudian anda bongkok

Cubaan 3
Duduk, luruskan kaki ke hadapan dan pastikan jari-jemari kaki anda mengadap ke atas dan kepala tundukkan kebawah, kemudian anda bongkok
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Saya pasti anda akan merasakan ketegangan ditempat-tempat yang berbeza bagi setiap cubaan.

Sila komen dan respond bahagian yang anda rasa dari CUBAAN 1-3 dan saya akan kupas mengenainya lebih lanjut esok. Inshaa ALLAH.

--> Tips
Ketidak seimbangan otot boleh berlaku bukan sahaja dari sudut senaman tapi gaya hidup dan stress juga boleh menjadi salah satu faktor mempengaruhinya.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

PRA PENDAFTARAN

Cuti sekolah hampir tiba. Anda ada apa-apa program untuk anak anda? Anda mahukan mereka aktif dan bersikap lebih positif di dalam hidup mereka?

Sekiranya anda masih mencari program untuk anak anda, saya sarankan anda sertai program ini kerana

--> mereka belajar berdikari.
--> EQ & IQ mereka akan diuji.
--> dilatih berkomunikasi dan bergaul dengan rakan sebaya yang tidak dikenali (dalam bisnes dipanggil "networking")

FAKTA
Orang yang berjaya sekarang bukanlah bergantung kepada faktor AKADEMIK sahaja, mereka menguasai KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI, "NETWORKING", MEREBUT PELUANG dan TIDAK PUTUS ASA.

Saya akan bekerjasama dengan My Bodywork akan menganjurkan satu program tahunan iaitu FITNESS CAMP for KIDS (Batch 4) yang akan dijalankan di Johor pada 2-4 Jun ini. Program yang memberikan kesan dan impak yang positif kepada anak-anak anda membantu meningkatkan potensi diri mereka dari segi pergaulan, penyelesaian masalah, kemampuan fizikal dan juga aspek kerohanian.

Untuk pra pendaftaran, anda boleh hubungi 017 7222 430 (Fairuz) atau 018 7651 955 (Sham) untuk keterangan lanjut

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#fitnesscampforkids

Jumaat, 8 Mei 2015

MACAM MANA NAK KEKAL DIET

Sebelum kupas lebih dalam, saya jelaskan apa itu DIET. DIET adalah MERANCANG MENU MAKANAN bukan MENYEKAT MAKANAN.

KENAPA DIET GAGAL
Saya kaitkan dengan faktor PSIKOLOGI. Sejak daripada kecil apabila anda berkelakuan baik, menyambut hari jadi, mendapat keputusan yang baik mesti anda akan menerima ganjaran. Tak pernah pula dengar makan sandwich masa sambut birthday atau makan ikan salmon bila dapat nombor 1 dalam kelas. Kepci dan Mek D adalah antaa tempat pilihan utama. Anda telah di"set"kan seperti itu daripada kecil lagi dan tiba-tiba dah besar ni anda terus sekat makanan-makanan ini secara drastik.

NAFSU MAKAN
Nafsu tidak boleh dibuang tapi boleh dididik. Didik diri anda untuk makan sedikit dan mengikut kuota kalori harian anda. Kalau tak, anda takkan dapat menikmati cheese cake, chicken chop, kepci dan sebagainya. Jadi diet yang baik adalah MERANCANG MENU MAKANAN ANDA SEHARIAN MENGIKUT BUDAYA PEMAKANAN PERSEKITARAN ANDA. Makan ikut cara kita bukan cara barat.

--> Tips
Makanan ruji orang barat, eropah, timur semuanya tidak sama. Jadi adakah diet juga sama?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 7 Mei 2015

PENILAIAN STRESS (Ep 3)

Untuk mengurangkan stress, teknik pernafasan ini perlu dilakukan agar habit menyedut dan menghembus oksigen anda kembali normal.

TEKNIK PERNAFASAN
Apabila melakukan pernafasan, perkara yang paling penting anda perlu kawal adalah dibahagian perut. Pastikan perut anda dikembangkan semasa bernafas dan mengempiskannya kembali semasa mengeluarkannya. Ia bertujuan untuk memberikan ruang kepada paru-paru untuk mengambil lebih banyak oksigen (rujuk gambar)

KESAN
Dengan cara pernafasan seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah,  memudahkan gangguan yang berkaitan dengan tekanan dan kebimbangan dan banyak lagi.

CARA PERNAFASAN
1. Duduk atau baring (ikut keadaan yang selesa). Letakkan sebelah tangan dibahagian perut dan satu lagi pada bahagian atas dada anda.
2. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan perut anda menolak kehadapan 
3. Anda menghembus nafas melalui bibir dengan mengempiskan perut anda
4. Sepanjang pernafasan, pastikan tangan anda terus kekal di dada dan perut. Fokus lebih kepada pergerakan diperut anda.
5. Lakukan senaman pernafasan ini dua atau tiga kali sehari selama 5-10 minit, kemudian beransur-ansur meningkatkan jumlah masa tersebut.
6. Dengan latihan yang cukup, anda boleh bernafas dengan cara ini secara automatik dan secara tidak langsung stress, kebimbingan dan kesakitan anda mula berkurangan.

--> Tips
Badan manusia terdiri daripada banyak sel dan oksigen sangat penting bagi memastikan sel-sel itu terus hidup dan aktif.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 5 Mei 2015

PENILAIAN STRESS

Ade beberapa orang yang tanya, macam mana nak tahu seseorang itu sedang stress?..

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
»» Ada yang STRESS terus MOODY
»» Ada yang STRESS tapi TAK MAHU MAKAN
»» Ada yang STRESS dan NAFSU MAKAN membuak-buak

Yang ni lagi best,
»» Ada yang TAK TAHU dia tengah STRESS... Hehehe
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Senang je, pertama sekali anda cek pernafasan anda. Bagaimana cara anda tarik nafas?

a. Tarik nafas sambil kembangkan dada
b. Tarik nafas sambil kembungkan perut

Sila tulis jawapan anda dibawah..

--> Tips
Anda dapat jawab dengan tepat, mudah anda mengawal stress anda. Ini adalah KUNCI utama

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert



PENYAKIT ZAMAN MODEN

Inilah realiti didunia sekarang ini..

Mananya tak OBES..
Mananya tak SAKIT...
Mananya tak STRESS..

Apabila "gadget" berubah menjadi perkara yang lebih penting, semua perkara mula diabaikan... Kita menjadi HAMBA kepadanya

Pergerakan fizikal mula berkurangan, berat mulai naik, sakit mula datang perlahan-lahan, postur mula berubah, sendi mula sakit dan macam-macam lagi..

Lebih baik kurangkan penggunaan "gadget" ini dan lebihkan aktiviti fizikal SEKARANG!! Sedarlah yang anda kini KETAGIH...

--> Tips
Pergerakan fizikal dan senaman adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kecergasan dan kesihatan anda sentiasa berada ditahap yang optimum

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 4 Mei 2015

GEMUK IS AWESOME

Masih ingat tagline "GEMUK IS AWESOME"?

Cuba anda lihat betul-betul. Awesome ke?

--> Tips
Mencegah lebih baik daripada mengalami kerana bila dah obes, banyak kerja yang perlu dilakukan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert