Jumaat, 31 Julai 2015

TIPS KURUS UNTUK SUPER OBES

Semalam berbual dengan klien, beliau bertanyakan boleh ke orang yang SUPER OBES nak bersenam? Dia kesiankan kawannya kerana banyak pergerakan yang terbatas. Sakit sendi jangan cakaplah, jalan sikit pun penat semacam, tak boleh nak tunduk sebab sakit kat belakang dan macam-macam lagi.

Bagi kes ni, apa yang terbaik bagi orang yang SUPER OBES adalah..

1. Dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memulakan sebarang apa-apa aktiviti

2. Cari trainer yang boleh membimbing anda melakukan latihan kerana mungkin ada sesetengah latihan tidak sesuai untuk anda. JANGAN IKUT KAWAN, YOUTUBE atau BUKU.

3. Lakukan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana mengikut tahap kecergasannya seperti jalan kaki, berenang dan sebagainya

4. Latihan bebanan adalah yang terbaik untuknya kerana dapat meningkatkan muscle mass sekaligus dapat meningkatkan metabolisme

5. Selain itu, ia dapat menguatkan otot, sendi dan ligament agar sakit sendi menjadi kurang (kalau sakit sendi itu disebabkan otot yang tidak kuat, bukan pasal ligament atau meniscus)

6. Meningkatkan keupayaan jantung sekaligus meningkatkan kadar pengambilan oksigen (lemak terbakar dengan kehadiran oksigen)

7. Lakukan senaman secara PROGRES, dari mudah ke sukar, ringan ke berat. Jangan datang-datang terus buat HIIT atau TABATA. Senamrobik pun buat yang low impact

8. Membetulkan postur agar dapat bernafas dan berjalan dengan lebih baik dan juga mengurangkan risiko sakit sendi dan otot

9. Didik pemakanan beliau dengan mengurangkan SEPARUH dari portion harian mereka. Jangan SEKAT makan, confirm mereka akan GAGAL dan kurangkan pengambilan gula atau air manis, berkarbonat, 3 in 1 dan juga makanan segera secara progress.

10. Letakkan KESIHATAN dan KECERGASAN sebagai PRIORITY NUMBER ONE bukan KURUS. Rasionalnya, bila dah FIT, mereka boleh buat aktiviti yang lebih mencabar lagi untuk menjadi kurus.

Apabila anda CERGAS dan SIHAT, anda lebih mudah KURUS berbanding sebaliknya.

GET FIT TO PLAY SPORTS NOT PLAY SPORTS TO GET FIT

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page ini dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: