Ramai yang terfikir, kenapa mereka boleh GEMUK semula selepas raya setelah senaman dan diet telah dilakukan sebelum bermulanya bulan Ramadhan lagi.
Jom kita tengok infografik yang saya lakarkan.
3 BULAN SEBELUM PUASA.
Mula melakukan senaman, masa ni perut boroi sikit, metabolism pun rendah. Jalan sikit mengah. Start diet dan bersenam, pastu susutlah badan tu sikit.
SEMASA PUASA
Masa ni adalah masa terbaik untuk kurus. Pengambilan kalori semakin berkurang dan selera pun mula terkawal. Masih konsisten menjalani latihan dan semakin kurus
SEMASA RAYA
Cuti seminggu dikampung. Jumpa masakan mak, memang tak boleh handle. Seminggu raya meriah dengan makanan berminyak, kuih raya, air manis dan sebagainya. Eh, berlanjutan pula dengan "open house" sana sini. Bila dah cuti seminggu, nak senam? Hhmm.. nanti dululah.. Nak diet? Hmm.. Open house rumah Ahmad ni, nasi goreng dia sedap, esoklah start diet.
SELEPAS RAYA
ALAMAK!!! Macam mana boleh GEMUK ni? Aku tak makan banyak, aku rasa aku makan sikit je. Huhuhu.. Masa tu, nak menyesal pun tak guna.
--> Tips
Bagi yang dah mulakan program diet dan senaman sebelum puasa lagi, SAYANGILAH usaha anda.
Bagi yang belum mula, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan langkah awal, bukan hanya untuk kurus sahaja tapi untuk kesihatan diri anda dan orang sekeliling anda.
Saya akan kupas bagaimana proses anda daripada BESAR ke KECIL ke BESAR semula mengenai TEORI SEL LEMAK
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan