Khamis, 23 Julai 2015

TIPS JAGA HATI ISTERI

Hari ni saya nak sembang pasal hal rumahtangga pulak! Cerita hari ni khas untuk KAUM ADAM!!..

Berapa ramai antara lelaki diluar sana yang selalu berinteraksi dengan isterinya? Saya rasa tak ramai yang berbuat demikian. Balik rumah je sibuk baca paper, layan whatsapp atau facebook, tengok TV3 cerita pasal 1MDB, main dengan anak atau tidur disebabkan keletihan.

Kali ni saya bagi tips untuk anda bagaimana cara untuk anda berkomunikasi dengan isteri anda..

1. MULAKAN PERBUALAN
Kalau takde idea, anda boleh tanya begini
--> macam mana anak-anak hari ni?
--> macam mana kerja hari ni?
--> awak dah call mak dikampung? Mereka apa kabar?
Apa-apa sahaja yang boleh membuatkan mereka bercerita.

Tatkala soalan pertama anda itu dilemparkan, jangan bimbang.. Isteri anda akan menarik nafas yang panjang dan terus bercerita TANPA HENTI. Apabila anda dah berjaya "trigger" cerita tu, apa lagi.. TADAH TELINGA jek.. Tak perlu menyampuk, tak perlu memberi pandangan atau tak perlu berkata apa-apa. Yang penting TADAH JE TELINGA tu SEHINGGA dia berhenti.

2. AYAT KERAMAT
Ni "trick" yang kedua. Bila dia berhenti, anda kena sambut kembali, jangan dibiarkan MOMENTUM LETERANNYA hilang. Contoh, ayat last dia cenggini, "Saya geram betul dengan GST ni, saya nak shopping pun dah terbatas". Ambil "keyword" yang penting iaitu SHOPPING (kerana shopping dengan wanita berpisah tiada). So, maybe anda boleh tanya kembali dia begini "Awak nak shopping apa?"

Kali ni, saya JAMIN CONFIRM YAKIN MUKTAMAD yang isteri anda akan terus rancak dengan meningkatkan momentumnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan meluahkan segala apa permasalahan yang terpendam hasil daripada respond anda (maknanya dia tak cakap seorang-seorang dan anda bertindak seperti petrol yang menyimbah api yang sedang terbakar)

Dan apa yang perlu anda lakukan?

3. DIAM DAN DENGAR
Anda hanya perlu DENGAR, DENGAR dan DENGAR sahaja.

KAJIAN
Terdapat satu kajian menyatakan bahawa 74% wanita bekerja dan 98% suri rumah telah menyatakan bahawa pasangan mereka kurang berkomunikasi dengan mereka sehingga menyebabkan mereka sangat stress dan merasai diri mereka tidak lagi dihargai oleh pasangan mereka. Isteri hanya perlukan seseorang yang boleh mereka luahkan segala masalah dan perasaan mereka agar mereka dapat mengurangkan stress dan juga bebanan yang ditanggung seharian. Apa yang penting bagi orang SUAMI hanya MENADAH TELINGA dan mendengar apa sahaja luahan yang ingin disampaikan dan jangan sampai isteri anda mula berkongsi cerita dengan LELAKI LAIN!.. (masa cintan cintun dulu, bergayut kat telefon tak hengat!!)

Dan percayalah. Melalui pemerhatian saya sendiri, sesiapa yang dapat melakukan perkara diatas dengan baik sekali, hari itu adalah MALAM JUMAAT baginya walaupun hari tu hari Sabtu. Huhuhu

--> Tips
ISTERI memerlukan seorang SUAMI yang sentiasa berada disisinya untuk menyokong mereka terus KUAT menempuh hari-hari yang mendatang.

Siapa kaum ADAM, sila LIKE dan tulis "SETUJU" diruang komen setelah selesai membaca artikel ni. Kalau rasa ia berguna, tekan butang share agar rakan-rakan anda yang lain juga mendapat manfaatnya. Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: