Rabu, 1 Julai 2015

KISAH TREADMILL

=========================
MULTITASKING MULTITASKING
=========================
Aku sebuah treadmill. Aku diciptakan untuk membantu manusia bersenam. Aku direka khas untuk kegunaan dirumah sahaja, bukan seperti kawan-kawanku yang lain yang bertugas di gim. Boleh dikatakan, aku mampu buat kerja lebih kurang 2 jam sehari, kalau lebih daripada tu aku semput.

Pada satu hari, aku dilamar oleh Puan Feeza. Orangnya boleh tahan "kuh semangat". Aku pun apa lagi, "show off" lah depan beliau tentang kehebatanku. Beliau tertarik dan mengambilku dalam misi kurus beliau.

Aku diletakkan didalam biliknya. Setibanya aku dirumah Puan Feeza, aku dibelek-belek lagi beliau. Kejap tekan tu, kejap tekan ni, maklumlah "semangat baru". Boleh dikatakan hari-hari, sebelum pergi kerja Puan Feeza menggunakan aku secara konsisten paling kurang pun 30 minit. Hubungan kami semakin rapat dan aku cukup bertuah dapat berkhidmat kepada beliau.

Setelah dua minggu, Puan Feeza terlampau sibuk dengan kerja dipejabat. Maklumlah, cukai GST ni memeningkan kepala beliau sebagai seorang akauntan. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Sejak daripada itu, beliau mula "skip" menggunakan aku dan hubungan kami menjadi semakin renggang.

Bulan berganti bulan, aku diabaikan oleh Puan Leeza. Sekarang aku tidak dipandang olehnya lagi. Fungsi aku telah BERUBAH daripada sebuah mesin treadmill kepada TEMPAT SIDAI PAKAIAN DAN TUALA MANDINYA. Aku berasa sangat sedih dan kecewa.

Genap setahun, aku merasakan kehadiran aku ini seperti tidak diperlukan lagi dan aku rasa sangat bersalah kerana tidak dapat membantu Puan Feeza, nampak gayanya beliau semakin hari semakin OHSEM! Aku tidak tahan lagi lalu aku mengambil keputusan dengan membiarkan lipas, tikus menggigitku.

--> Tips
Moral of the story : sekiranya motivasi anda rendah, anda perlu mengambil seorang TRAINER bagi membantu merangka, menyokong, menasihati anda dalam proses penurunan berat badan bukannya EQUIPMENT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

Tiada ulasan: