Rabu, 15 Julai 2015

KISAH DI GIM

Saya kongsikan beberapa perkara PELIK TAPI BENAR yang berlaku di gim kepada anda semua sebab hari ni "last day" saya bertugas. Walaupun begitu, artikel ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

1. MASUK GIM NAK SADO
Tahukah anda badan kita ada 2 genetik yang berbeza? Contoh paling mudah, kita lihat badan PELARI PECUT dengan PELARI JARAK JAUH. Bezakan. Jadi agak susah untuk seorang yang ototnya "slow twitch" (jarak jauh) untuk membina ototnya menjadi besar seperti seorang BODY BUILDER.

2. PAKAR SELFIE
Selalu terjadi dimana-mana gim. Selfie ni ibarat satu fenomena. Lepas je workout, mesti ambil gambar atau video dan POST dimedia sosial. Pastu update "Yes!! Aku dah bakar 2500kcal hari ni. Tak lama lagi KURUS KERING lah aku" kui3x

3. BICEP, CHEST BESAR TAPI BONGKOK
Ni pun perkara biasa. Biarlah badan bongkok atau senget, yang penting SADO KAU JAH.. huhuhu.. GAYA MUTHU KEUNGGULAN mesti ada, kalau sakit belakang kira.

4. GEMUK JADI KURUS JADI TRAINER
Ada sesetengah individu yang terlampau ekstrem melakukan sesuatu diet dan melakukan senaman gila-gila sehingga KURUS tanpa memikirkan KESAN SAMPINGAN. Mereka berjaya kerana badan mereka boleh menerima tekanan seperti itu

TAPI

Mereka terus mengajar orang lain berdasarkan PENGALAMAN yang mereka lalui bukan dari ILMU PENGETAHUAN.
Tahukah anda ada diet yang boleh merosakkan HATI yang diakhiri dengan DIALYSIS?
Ada senaman yang boleh mendatangkan KECEDERAAN yang diakhiri dengan PEMBEDAHAN?

5. MAIN BOLA TAPI TRAINING MACAM HULK
Ramai yang masuk gim tapi tak tahu apa yang mereka lakukan. Kebanyakannya ikut kawan atau ikut youtube. Akhirnya, badan dan tangan berketul-ketul tapi KAKI.. Hmm.. Malas abam nak cakap.. huhuhu

--> Tips
ILMU sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan, PENGALAMAN pula menyokong segala ilmu yang dimiliki.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: