Selasa, 14 Julai 2015

KENAPA TAK KURUS-KURUS EH

SOALAN
En Bahagia, saya selalu mengajar kelas senamrobik. Boleh dikatakan saya mengajar senamrobik hari-hari, paling sikit pun sejam. Pada mula saya mengajar dulu, berat saya cepat turun tapi selepas tu saya rasa sama je. STATIK. Takde perubahan. Kenapa eh?

JAWAPAN
Ada banyak sebab, mungkin disebabkan oleh faktor metabolisme, umur dan banyak lagi. Apa yang saya dapat rumuskan daripada masalah klien ini adalah beliau telah mencapai tahap PLATEAU. Plateau bermaksud aktiviti senaman yang dilakukan mula tidak memberikan kesan kerana sistem badan telah menyesuaikan diri dengan keadaan latihan yang dijalankan.

PENYELESAIAN
Badan kita ni harus menerima KEJUTAN didalam latihan. Kita tidak boleh buat perkara yang sama sahaja sepanjang proses penurunan berat badan. Sebab itulah didalam Prinsip Latihan dinyatakan KEPELBAGAIAN LATIHAN.

Bagi kes klien diatas, latihan bebanan adalah yang terbaik untuknya agar sistem badan beliau menerima kejutan dengan sistem latihan ANAEROBIC berbanding dengan sistem latihan AEROBIC yang sering dijalankannya. Tapi kalau MELANTAK MACAM PUAKA, jangan tanya kenapa tak kurus-kurus. Ni nak raya, COMFIRM kuih raya dibedal paling sikit pun 10biji SEHARI. Tak percaya? Percayalah... Huhuhu

--> TIPS
Kepelbagaian latihan sangat penting dalam proses penurunun berat badan. Pengalaman saya, semakin berat intensiti bebanan klien saya, semakin "tone" dan "cutting" fizikal mereka.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: