Khamis, 16 Julai 2015

TIPS RAYA

Alhamdulillah syukur, kita telah dapat menjalankan ibadat dibulan RAMADHAN dan kini tiba masa SYAWAL menjelma. (ayat pujangga gittew).. Semasa bulan Ramadhan, kita melatih diri kita untuk MENDIDIK dan MENGAWAL NAFSU (terutama nafsu makan).

TAPI

Bila tiba bulan Syawal, semua NAFSU MEMBUAK-BUAK. Apa yang telah kita latih sebulan dahulu semuanya HILANG DITELAN ARUS...

MENGAPA?
1. Inilah dinamakan DENDAM KESUMAT. Banyak makanan yang anda tidak boleh makan semasa bulan puasa disebabkan KEKANGAN MASA. Selepas buka dah kenyang, pas terawikh dah ngantuk, sahur pulak tak larat. Jadi banyak makanan tak dapat nak makan.

2. STRESS kerana sibuk dengan sambutan raya. Duit dah banyak habis, nak balik raya, nak bagi duit raya, baju raya, kuih raya.. Jadi nak kurangkan STRESS, apa lagi.. MAKAN lah!!! Kan seronok sambil sembang dengan sedara-mara sambil makan.

3. Kepelbagaian menu ni buatkan kita RAMBANG MATA. Kalau rumah tu ada lontong dan ketupat, 1st makan lontong dengan kuah kacang. Pastu lontong kuah pulak. Eh, try pulak makan ketupat dengan rendang. Hmmm.. Lemang dimakan dengan rendang pun sodap!! 

4. Orang zaman sekarang semuanya nak mudah dan lebih mudah menyediakan air berkarbonat. Lebih sedap air tu dihidang bersama ais ketika cuaca panas. Pergghhh.. memang sedap untuk "tambah" kalori harian anda

5. Wajib bagi setiap rumah ada KUIH RAYA. Dengan perasa tambahan dan pewarna tiruan, kerepek-kerepek ni sedap dimakan sambil berbual dan mengumpat (makan macam tak boleh berhentikan). Campur dengan kek lapis sarawak, kuih raya yang confirm tak kurang 10biji sehari anda bedal.

--> Tips
Nak kekalkan DIET pemakanan anda, buatlah PUASA 6 pada minggu awal raya kerana awal minggu ni BESAR DUGAANNYA. Kalau tak, jangan terkejut kalau anda hilang 3kg dibulan Ramadhan dan naik semula 6kg dibulan Syawal.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

Tiada ulasan: