Sebelum saya menyampaikan berita baik ni, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua diatas kekhilafan penulisan saya sebelum ini yang mungkin mengguris hati dan perasaan anda semua.
Ok, apa berita baik? Duit raya? Mai datang rumah. Hehehe.. Sebelum berita baik ni disampaikan (suspend sikit), berapa biji kutupat, lontong, lemang, burasak, kuih, kek yang anda dah bedal sehari ni? Dan berapa gelas air manis yang anda minum?
Comfirm BANYAK!!! Tak payah nak tipu. Tapi takpe, nama pun hari ni hari raya, hari kemenangan. Jadi, berita baiknya adalah APA YANG ANDA MAKAN HARI NI TIDAK AKAN MENAIKKAN BERAT BADAN ANDA sekiranya anda mula kawal pemakanan anda mulai esok dan seterusnya selama 2 - 3 minggu.
Hari ini boleh dianggap hari CHEAT DAY anda setelah sebulan anda berpuasa. So, tak perlu risau. Enjoy your food. Pada yang dah mula tak boleh nak kawal nafsu makan tu, mulalah berpuasa enam esok. Dapat kawal nafsu dan dapat pahala lagi.
--> Tips
MAKAN BANYAK seharian takkan menggemukkan anda TAPI MAKAN BANYAK HARI-HARI yang menggemukkan anda. Anda kategori yang mana?
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan