Menziarahi seorang rakan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan saya tapi disebabkan "kemewahan" menyebabkan beliau terus MEMBESAR BAGAI JOHAN. Pernah saya tegur kepada beliau tapi alasannya "Hidup hanya sekali bro, kita kena enjoy".
Beberapa minggu lepas, beliau dikejarkan dihospital kerana jatuh didalam bilik air. Betapa kalutnya isteri beliau yang kurus itu untuk menguruskan suaminya yang diserang sakit jantung. Nasib ada jiran hulurkan bantuan.
Mujur rakan saya mengambil insuran sebagai perlindungan. Alhamdulillah, proses pembedahan "bypass" dan juga kos rawatan yang lain ditanggung oleh pihak insuran. Saguhati dari pihak insuran dan juga rakan-rakan dapat juga meringankan bebanannya
TAPI
Sebanyak mana pun insuran cover
Sebanyak mana pun sumbangan rakan
Sebanyak mana pun wang tabung simpanan
SEMUANYA AKAN HABIS..
Apa yang anda LABURKAN untuk masa depan anda sekarang?
1. MAKAN
2. MAKAN
3. MAKAN
Pernah anda terfikir perkara ini berlaku kepada anda? Kalau anda GOL (meninggal),takpe lagi. Anda tidak menyusahkan orang lain. Pasangan anda boleh balik kampung atau kahwin lain
TAPI
- bagaimana anak-anak membesar tanpa anda
- bagaimana pasangan anda menguruskan keluarga berseorangan
DAN
Bagaimana pula kalau anda hidup dan tidak berdaya?
- siapa yang memberi nafkah?
- bagaimana kualiti hidup anda?
- kos persekolahan anak-anak?
- kos perbelanjaan dapur, sewa dan rawatan?
Pernah terfikirkan perkara-perkara tersebut? Jadi, anda masih ada alasan untuk TIDAK BERSENAM? Terserah anda! "Jangan cakap abang tak payong"
--> Tips
Jika anda TIADA MASA untuk menjaga kesihatan, SEDIAKAN MASA untuk jatuh sakit!
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan