Khamis, 20 Ogos 2015

PUNCA SAKIT SENDI & OTOT

Tahukah anda?

Pergerakan anda yang terbatas atau terhad adalah salah satu sebab anda mendapat sakit sendi dan otot?

BUKU LALI KE PINGGANG
Apabila anda jatuh terkehel, bahagian buku lali akan membengkak. Sekiranya anda tidak melakukan latihan fleksibiliti dan mobiliti, pergerakannya akan terhad sekaligus merubah gaya jalan anda (sway) apabila pulih nanti.

Hasil perubahan gaya jalan ini berpotensi menjadikan postur dan pergerakan anda berubah dan sekaligus menyebabkan sakit bukan sahaja dibahagian buku lali tapi dibahagian lain seperti lutut, pinggang dan sebagainya.

ISYARAT
Sakit adalah satu ISYARAT yang menyatakan telah berlaku sesuatu kepada sistem tulang dan otot kita dan ianya bagus kerana bertindak sebagai peringatan. Sekiranya anda sakit dipinggang, berkemungkinan PUNCANYA bukan dipinggang tetapi dibahagian-bahagian yang "connected" dengannya.

--> Tips
Merangka latihan adalah satu perkara yang sangat rumit dan kompleks kerana semua individu mengalami masalah yang berlainan. Bukannya nak biceps, bahu dan dada je besar tapi kita perlu pertimbangkan dari sudut postur juga.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: