Rabu, 19 Ogos 2015

SAKIT BELAKANG DAN LEHER

Klien ni datang beratus KM untuk mendapatkan rawatan. Kali pertama beberapa minggu lepas. Beliau mencuba Sports Massage.

Kali ni beliau cuba teknik "POSTURE ALIGNMENT" pula. Saya dapat perhatikan dari gaya jalan dan dirinya, beliau mempunyai masalah dibahagian pinggang dan bahu. Bermula dengan pinggang akibat pekerjaan beliau yang selalu memandu jauh.

Anda boleh lihat gambar sebelah kiri, posturnya tidak berada didalam jajaran yang betul dimana pinggangnya menolak perut kehadapan dan punggungnya melentik (bukan macam ziana zain eh). Postur ini yang menyebabkan beliau sakit dibahagian pinggang dan lama kelamaan kesannya terasa kebahagian leher dan tengkok kerana bahagian ini terpaksa menyeimbangkan kembali kedudukannya agar beliau dapat berdiri.

Gambar disebelah kanan adalah gambar setelah rawatan dijalankan. Postur kembali kepada asal dan lebih mudah pergerakannya.

Ubat bagi merawat masalah postur adalah SENAMAN SPESIFIK. Bab ni, ramai yang mengeluh kerana kekangan masa. Pada saya mudah sahaja, "Sekiranya anda TIADA MASA untuk jaga kesihatan, kena ADA MASA untuk jatuh sakit"

--> Tips
Perubahan postur badan disebabkan oleh banyak faktor antaranya cara kerja, aktiviti harian dan stress.

* gambar dimuat naik dengan kebenaran klien bagi tujuan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan postur.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: