Jumaat, 14 Ogos 2015

PLATEAU dan RESET

Apa benda dua menatang ni? Sebenarnya dua perkara ni sering terjadi dalam kehidupan kita cuma kita tak tahu "terminologi"nya sahaja. Saya bagi dua contoh, satu contoh dalam kehidupan dan satu lagi dalam senaman.

Kehidupan
Mengapa kita solat? Adakah anda tahu apabila kita bekerja seharian, kita akan merasa stress dengan kerja dan persekitaran kita. Apabila seseorang itu mengambil wudhu', automatik dia akan rasa lebih tenang dan solat itu akan "reset"kan semula stress anda dan juga membuatkan anda bertenaga semula. Ada kajian yang menyatakan apabila kita sujud, organ terpenting iaitu otak akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen, secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit kepala dan migraine.

Senaman
Anda telah mengikuti sesuatu program latihan berterusan selama 4 bulan. 2 bulan pertama, anda dapat lihat progresnya sangat cepat, tapi masuk bulan ketiga dan empat seperti tiada perubahan yang ketara.

Jadi, dengan penjelasan ini harap ianya dapat memberikan pengertian mengapa didalam Prinsip Latihan terdapat Variasi Latihan.

Dalam buku Mudahnya Kurus, tulisan saya dengan susu sejat menerangkan topik ini dengan lebih mendalam. Inshaa ALLAH

--> Tips
Kita boleh RESET banyak perkara dan ianya sangat penting untuk membantu anda lebih bersemangat dan juga membantu meningkatkan prestasi anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: