Isnin, 3 Ogos 2015

15 MINIT JE...

Selalu orang bagi alasan tak nak bersenam..

- takde masa
- takde kasut
- takde duit nak pergi gim

Ok, mai saya belanja 1 program Circuit Training ni. Buatlah ikut kemampuan, kalau tak dapat 3 set, buat 1 set pun boleh. Kalau anda belum pernah buat, jangan sesekali NAK TUNJUK HERO, kang nanti MUNTAH HIJO..

CARA PERLAKSANAAN
Circuit Training adalah latihan yang berstesyen. Anda ada 8 stesyen dan semua senaman boleh dilakukan dengan body weight dan boleh dilakukan serentak!

Lakukan aktiviti 1-8 selama 30 saat setiap stesyen seberapa banyak ulangan yang anda mampu. Selesai habis kesemua stesyen, anda rehat selama 60 saat dan kemudian ulang semula kesemua stesyen tadi bagi melengkapkan set yang kedua dan begitulah seterusnya.

PERINGATAN
Lakukan ikut tahap kecergasan anda. Kalau anda FIT, boleh lakukan sehingga 5 atau 10 set, kalau ada FAT 1 set pun dah kira cukup untuk permulaan dan PASTIKAN ANDA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MELAKUKAN APA-APA AKTIVITI SENAMAN.

--> Tips
Anda boleh lakukan 4 atau 6 atau kesemua aktiviti senaman disetiap stesyen. Ikut kemampuan anda dan cuba cabar diri anda apabila proses adaptasi latihan telah berlaku.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: