Seperti saya cerita dahulu, pelbagai kaedah diet dan senaman yang boleh dilakukan dalam proses nak KURUS ni. Saya tidak nafikan kaedah-kaedah seperti
- diet tak makan nasi
- diet tinggi protein
- diet kira kalori
- tak diet, tapi gosok-gosok sampai slim
- ubat kurus sampai ke tandas
- supplement
- balut pinggang sampai jadi kerengga
- "bakar lemak" dalam sauna
Semua ni boleh dijelaskan dari sudut FISIOLOGI tubuh badan mengenai respond badan terhadap rangsangan yang diberikan hasi daripada kaedah yang diatas
TAPI
Adakah semua manusia sama? Pernah terfikir dari segi PSIKOLOGI?
- berapa orang mampu buang habit mereka
- berapa orang yang poket tebal untuk maintain supplement
- berapa orang mampu "bakar duit" untuk KURUS daripada MAKAN?
- berapa orang yang stress dalam proses penurunan berat badan?
- berapa orang yang dah diet dan gagal setengah jalan
Inilah dinamakan PSIKOLOGI. Kita berurusan dengan tingkah laku manusia. Dalam program saya, saya suka "tackle" mereka dengan perkara-perkara yang lebih mudah. Walau bagaimana pun, saya tetap juga ajar perkara asas seperti konsep kira kalori, tapi saya lebih gemar manipulasi minda mereka agar tidak serabut dengan "ini tak boleh, itu tak boleh"
Baca respond klien saya ini apabila dia mengikut coach baru beliau. Bukan untuk menjatuhkan coach tersebut, apa yang coach ni buat memang betul untuk membantunya mencapai TARGET, tapi pandangan saya sebagai EXERCISE THERAPY dan PT pula berlainan kerana saya berfikiran lebih jauh seperti faktor kecederaan, psikologi, sosio ekonomi dan banyak lagi.
--> Tips
Tidak ada semua perkara yang BETUL dalam dunia ni kecuali ALLAH! Apa pun, berdoa dan lakukan yang terbaik untuk diri kita untuk kesan jangkamasa yang panjang.
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.
~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
Tiada ulasan:
Catat Ulasan