Selasa, 18 Ogos 2015

BAJU LAMA DAH MUAT

Klien ni mengambil masa lebih daripada setahun untuk join PT dengan saya. Ada sahaja rintangan dan halangannya. Beliau tak pernah bersenam seumur hidupnya.

Saya masih ingat lagi, semasa latihan pertama, beliau cepat penat dan banyak rehat semasa menjalankan latihan. Tentang diet, saya tak ajar pun kira kalori kerana saya tahu ianya kurang berkesan kepadanya kerana beliau ni pantang jumpa makanan, bukan pantang makan. Hehehe. Jadi saya lebih guna teknik PSIKOLOGI dalam dietnya.

Ini bulan yang ketiga beliau.. Sekarang dah mula boleh angkat berat sedikit, lari pecut dan rehat sekejap antara set.. Yang seronoknya apabila beliau dah boleh muat baju lama semula. Sekarang barulah mula untuk ajar konsep kiraan kalori kerana beliau sudah bersedia untuk berubah menjadi lebih hensem dan bergaya. Semoga dipermudahkan. Inshaa ALLAH..

Beliau dah mengatasi semua masalah dan rintangan yang menghalang beliau daripada melakukan senaman. Anda bila lagi?... Jom bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih baik.

--> Tips
Dalam merangka latihan, proses adaptasi adalah sangat penting kerana kita tidak mahu klien berakhir dengan kecederaan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: