Selasa, 4 Ogos 2015

LATIHAN

Inshaa ALLAH, minggu ni saya akan berkongsi mengenai jenis-jenis senaman mengikut anggota badan yang spesifik.

Hari ni nak cerita pasal BICEPS. Otot ni adalah otot yang paling popular didalam dunia. Sebelum saya belajar anatomy dahulu, 2 otot yang saya tahu adalah BICEPS dan TRICEPS.

Otot biceps terdiri daripada 2 otot, sebab itulah namanya BI (bunyinya BAI - bermaksud dua) dan apa-apa pergerakan yang membengkokkan siku adalah hasil daripada otot biceps.

Saya sengaja bagi 6 contoh senaman agar anda semua kenal senaman untuk biceps. Yang lain boleh cari sendiri.

--> Tips
Otot biceps ni bukan hanya dilengan. Terdapat satu lagi otot BICEPS FEMORIS dibahagian belakang peha (hamstring).

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: