Sabtu, 22 Ogos 2015

BUKAN LEHER SEBAB SAKIT LEHER

Klien ni mengadu sakit dibahagian lehernya sejak beberapa hari. Saya melihat dari posturnya, bahu beliau tinggi sebelah dan menjadikan tangannya "pendek" sebelah (rujuk gambar sebelah kiri-sebelum rawatan)

Masih ingat dengan post saya 2 hari lepas berkaitan dengan "kinetic chain?". Sakit leher beliau bukan disebabkan oleh leher tapi dibahagian lain yang tegang, kesan daripada ketidakseimbangan otot. Ini membuatkan pergerakan beliau sangat ketat dan mula mengalami sakit pinggang kerana penglibatannya dalam sukan sofbol dan bola baling (menggunakan sebelah tangan yang dominan).

Selepas sesi rawatan, sakit beliau bukan sahaja berkurangan malah pergerakannya juga mula menjadi mudah dan longgar. Posturnya juga berubah sedikit dan tangannya kembali normal semula (gambar kanan)

--> Tips
Punca sakit sendi dan otot perlu dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan ditempat yang sakit sahaja.

* gambar dimuatnaik dengan izin klien

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: