Saya sekeluarga pergi makan di Der' Cabin Bistro, Kempas. Kat situ servis cepat, makanan pun boleh tahan sedap juga. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal makanan tapi pasal waitress nya (gambar diatas)
Semasa kami makan, kami terdengar perbualan waitress dengan pelanggan disebelah meja (semuanya anak dara). Waitress tu memaklumkan kepada geng tersebut bahawa dimeja sebelah (meja saya) ada baby. Tak berapa sesuai nak hisap shisha. Semasa waitress tu cuba mengingatkan kepada mereka, wife saya pun beritahu salah seorang dari geng tersebut menjeling ke arahnya.
Walau apa pun, kredit dan terima kasih diucapkan kepada waitress yang "alert" dengan baby. Harap majikannya dapat berikan "reward" atau apa-apa yang patut atas tindakan beraninya mempertahankan hak baby!.
Saya BAHAGIA JEMALI tidak pernah merokok, hisap shisha atau apa sahaja seumur hidup saya. Jadi harap kepada perokok, peviper, peshisha atau apa-apa sahaja, kalau nak hisap tu toleh lah kiri kanan anda dahulu. Setiap asap yang dikeluarkan dari mulut anda itu memberi kesan kepada orang lain. Bayangkan anda bukan perokok lalu ada orang merokok dan asap rokoknya menuju ke baby anda.
*ralat : saya tanya wife, perempuan mana yang jeling dia, tapi wife saya ni penyabar. "Takpelah, diorang tu budak-budak lagi." katanya. Nasib baik dia tak beritahu, kalau tak... saya nak jeling balik kat dia.. huhuhu
~BAHAGIA JEMALI~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan