Ahad, 9 Ogos 2015

INFOGRAFIK LATIHAN 06

Hari ni saya bagi TIPS untuk mendapatkan badan "HOUR GLASS"

Wanita untuk kelihatan lebih cantik dan seksi, anda perlu melatih bahagian bahu anda. Ia akan membuatkan badan anda berbentuk "hour glas" (itu pun kalau pinggang ramping.. hehehe). Cuba bayangkan kalau pinggang ramping dan "bahu ramping".. Tak terbayangkan oleh akal ku.

Selain daripada itu, dengan gabungan latihan dibahagian belakang (back) ia mampu merubah struktur postur anda menjadi lebih tegak dan mendada (saya cerita nanti dibab lain)

Wanita perlu melatih otot bahu kerana anda sering menggunakan otot bahu anda setiap hari tanpa sedar seperti mencapai sesuatu barang di rak yang tinggi, cuci tingkap, pasang langsir dan banyak agi. Kesemuanya aktiviti ini menggunakan otot bahu sebagai otot utama atau otot yang membantu pergerakan.

--> Tips
Jangan abaikan otot bahu anda. Kecederaan dibahagian bahu boleh membuatkan pergerakan tangan anda terbatas dan aktiviti juga terbatas. Frozen Shoulder adalah salah satu contoh sakit bahu.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: