Rabu, 5 Ogos 2015

INFOGRAFIK LATIHAN 02

====================
INFOGRAFIK LATIHAN 02
====================
Adakah anda perasan, ketika anda angkat tangan dan melambai, ada satu bahagian lagi yang turut melambai? Tak percaya? Cuba anda try lambai dan cek dibahagian bawah lengan tu.. "Melambai" juga kan.. Hehehe

Ok, hari ni saya nak cerita mengenai kawan si BICEPS iaitu TRICEPS. Kalau BICEPS terbahagi kepada dua otot, TRICEPS pula terbahagi kepada tiga sebab tu bunyinya TRI (TRAI kalau dibunyikan).

Jadi, apa-apa senaman yang MELURUSKAN SIKU anda, bermakna otot triceps sedang bekerja dan salah satu cara untuk menghilangkan "lambaian maut" dibahagian lengan, anda boleh melakukan dengan senaman-senaman yang dilampirkan digrafik.

--> Tips
Otot bekerja secara berpasangan. Otot biceps bekerja dengan siku dibengkokkan dan otot triceps akan relaks dan membenarkan pergerakan tersebut. Cuba bayangkan dua-dua otot degil dan saling tarik menarik. Apa yang akan berlaku?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: