Rabu, 22 Julai 2015

PRODUK KURUS BULAN SYAWAL

Saya percaya tak lama lagi akan keluar beberapa produk pelangsingan badan dipasaran. Maklumlah, setelah berjaya menternak LEMAK dibulan Syawal ni, mesti akan ada antara produk tersebut yang boleh digosok, yang perlu diminum, yang kena balut dan bermacam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif utama iaitu KURUS. Kerana dimana ada PERMINTAAN disitulah peluang PERNIAGAAN.

Saya tidak mengatakan produk tu BAGUS atau TIDAK BAGUS, ianya bergantung kepada KEPERCAYAAN dan KOCEK anda, cuma saya nak pesan satu perkara..

- balutlah ketat mana pun,
- gosoklah bagaimanapun,
- minumlah macam mana pun..

JANGAN LUPA MELAKUKAN SENAMAN!!

KENAPA KENA BERSENAM?
1. Meningkatkan dayatahan jantung
2. Meningkatkan dayatahan dan kekuatan otot
3. Membetulkan postur badan
4. Mengurangkan stress
5. Melambatkan proses penuaan
6. Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease) seperti diabetes, hypertension, stroke
7. Mengurangkan sakit sendi
8. Meningkatkan keyakinan diri
9. "Tone" dan "firm"kan badan anda
10. Membuat anda KURUS atau SADO

--> Tips
Senaman dipercayai dapat merangsang kembali sistem dalam badan untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Sekiranya anda ingin kurus, pastikan ianya bukan dari sudut KOSMETIK sahaja, tapi lihat dari sudut KESIHATAN juga.

Jangan lupe hashtag ni #5kepingkuihsehari

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

1 ulasan:

Nurul Aini berkata...

Nice blog with nice sharing :-)