Jumaat, 31 Julai 2015

TIPS KURUS UNTUK SUPER OBES

Semalam berbual dengan klien, beliau bertanyakan boleh ke orang yang SUPER OBES nak bersenam? Dia kesiankan kawannya kerana banyak pergerakan yang terbatas. Sakit sendi jangan cakaplah, jalan sikit pun penat semacam, tak boleh nak tunduk sebab sakit kat belakang dan macam-macam lagi.

Bagi kes ni, apa yang terbaik bagi orang yang SUPER OBES adalah..

1. Dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memulakan sebarang apa-apa aktiviti

2. Cari trainer yang boleh membimbing anda melakukan latihan kerana mungkin ada sesetengah latihan tidak sesuai untuk anda. JANGAN IKUT KAWAN, YOUTUBE atau BUKU.

3. Lakukan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana mengikut tahap kecergasannya seperti jalan kaki, berenang dan sebagainya

4. Latihan bebanan adalah yang terbaik untuknya kerana dapat meningkatkan muscle mass sekaligus dapat meningkatkan metabolisme

5. Selain itu, ia dapat menguatkan otot, sendi dan ligament agar sakit sendi menjadi kurang (kalau sakit sendi itu disebabkan otot yang tidak kuat, bukan pasal ligament atau meniscus)

6. Meningkatkan keupayaan jantung sekaligus meningkatkan kadar pengambilan oksigen (lemak terbakar dengan kehadiran oksigen)

7. Lakukan senaman secara PROGRES, dari mudah ke sukar, ringan ke berat. Jangan datang-datang terus buat HIIT atau TABATA. Senamrobik pun buat yang low impact

8. Membetulkan postur agar dapat bernafas dan berjalan dengan lebih baik dan juga mengurangkan risiko sakit sendi dan otot

9. Didik pemakanan beliau dengan mengurangkan SEPARUH dari portion harian mereka. Jangan SEKAT makan, confirm mereka akan GAGAL dan kurangkan pengambilan gula atau air manis, berkarbonat, 3 in 1 dan juga makanan segera secara progress.

10. Letakkan KESIHATAN dan KECERGASAN sebagai PRIORITY NUMBER ONE bukan KURUS. Rasionalnya, bila dah FIT, mereka boleh buat aktiviti yang lebih mencabar lagi untuk menjadi kurus.

Apabila anda CERGAS dan SIHAT, anda lebih mudah KURUS berbanding sebaliknya.

GET FIT TO PLAY SPORTS NOT PLAY SPORTS TO GET FIT

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page ini dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 30 Julai 2015

PILIHAN BIJAK

Setiap manusia mempunyai pilihan. Bukan hanya nak jimat daripada GST dengan buat nasi goreng GST sahaja atau tak suka dengan Politik Malaysia, keluar dari Malaysia tapi nak KURUS pun kita mempunyai pilihan.

Saya sering ingatkan, ada pelbagai kaedah yang boleh dipilih untuk kurus. Dalam infografik ni, kita boleh pilih samada nak kurus dengan cara berdiet, bersenam atau menggunakan supplement. Ketiga-tiga kaedah ini berkesan untuk anda kurus DAN ketiga-tiga kaedah ini juga mempunyai kesan "rebound" (besar semula) apabila anda berhenti lakukan atau gunakan

TAPI

Adakah anda fikir KESAN MASA PANJANG terhadap KESIHATAN & KECERGASAN anda?

--> Tips
SENAMAN dapat menguatkan otot, jantung, sendi, postur, mengurangkan stress, meningkatkan keyakinan diri dan banyak lagi berbanding dengan DIET & SUPPLEMENT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

RAHSIA DIET BERKEKALAN

Antara tanggapan-tanggapan yang salah dalam diet adalah

- berlapar
- semua tak boleh makan
- makan makanan yang sama @ tak biasa makan

Diet akan kekal dan berjaya apabila ianya menjadi GAYA HIDUP.

Sekiranya dahulu anda suka makan dengan pinggan yang penuh, kini DIDIKLAH diri anda dengan mengurangkan "portion" makanan anda. Mulakan perlahan-lahan sehinggalah anda dapat menyesuaikan diri anda dan ianya menjadi GAYA HIDUP anda.

--> Tips
Setiap perubahan perlulah dilakukan secara PROGRES agar proses ADAPTASI berlaku untuk merubah tabiat atau tingkahlaku. KEGAGALAN sesuatu perubahan kerana ia dilakukan secara DRASTIK!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rabu, 29 Julai 2015

PROGRAM BARU - "KURUS CEPAT"

Tahukah anda kata-kata "MIND AND BODY CONNECTION" itu memang benar-benar wujud? Mungkin segelintir daripada anda berfikiran ianya satu kata-kata motivasi atau "mind setting"

Tapi

Sebenarnya ia lebih daripada itu. Di dalam program ini, anda mengalami satu program latihan yang LAIN DARIPADA YANG LAIN.

APA KEUNIKAN PROGRAM INI?
Otak manusia mempunyai kemampuan yang luar biasa tapi malangnya kita hanya menggunakan 12% daripadanya sahaja. Apa yang akan terjadi apabila otak anda diaktifkan lebih daripada 12%? Pernah lihat filem LUCY? Filem itu menceritakan segala-galanya apabila otak digunakan lebih dari biasa.

TAK PERLU DIET
Di dalam program ni, saya BELANJA anda 1 sesi yang dipanggil RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER (RPH) dimana anda mampu mengawal nafsu makan anda dengan sendirinya TANPA paksaan kerana kegagalan sesuatu diet adalah disebabkan oleh NAFSU MAKAN. Secara tidak langsung, anda telah wujudkan "calorie deficit"

REBUT PELUANG
Peluang hanya dibuka kepada 10 orang di Johor Bahru.. Saya ulang, TERHAD kepada 10 orang sahaja, promosi sempena Hari Raya!! Jangan lepaskan peluang ini. Rasai apa yang dikatakan "The POWER of BODY n MIND CONNECTION".

Sekiranya anda berminat, boleh hubungi seperti yang tertera di poster.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

--> Tips
Program ini berbeza dengan program PT yang lain kerana ia menggunakan kekuatan MINDA anda untuk mencapai impian anda.
ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIR

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Selasa, 28 Julai 2015

KURUS

Banyak cara anda boleh kurus.

Makan pil kurus
Tak makan (diet)
Ikat perut ketat-ketat
Pergi pusat kecantikan
Gosok-gosok pinggang

TAPI

Adakah anda BERSENAM?

Lakukanlah senaman sekarang kerana apa yang anda lakuhkan ini adalah PELABURAN anda untuk masa hadapan.

--> Tips
Senaman bukan sahaja dapat menguruskan anda TAPI menguatkan otot dan jantung anda agar dapat mengelakkan daripada penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

MUTIARA KATA

"Di dalam perniagaan, kita tidak perlu menjadi orang yang paling bijak. Kita hanya perlu mengumpul kesemua orang bijak dibawah satu bumbung untuk berjaya"
~ Jessica Alba~

Kata-kata ini memberikan saya dan rakan-rakan saya satu semangat yang baru. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Inshaa ALLAH.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Isnin, 27 Julai 2015

KAWAL NAFSU MAKAN

Saya dalam proses membuat ebook mengenai RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER, cuma belum sampai masa untuk diterbitkan lagi. Masih dalam proses terakhir.

Tiba-tiba, seorang klien lama whatsapp dan mengadu yang nafsu makannya semakin membuak-buak. Nak dibantu, dia tinggal jauh. So saya share draft ebook saya ni kepada beliau dan HASILNYA...

Bacalah perbualan kami di whatsapp.

PROMOSI
Khas untuk orang JOHOR BAHRU!
Ikuti program PERSONAL TRAINING bersama saya (8 sesi) dan saya beri anda SATU SESI RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER secara PERCUMA!

- tak perlu berdiet
- tak perlu berlapar
- tak perlu kira kalori
- tak perlu makan produk

Promosi sah sehingga 15 Ogos 2015 (30 Syawal 1436H)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 26 Julai 2015

BIAR GAMBAR BERBICARA

Sebelum puasa, bekerja keras bersenam dan diet untuk kelihatan cantik di Hari Raya.

Semasa puasa pun begitu juga semata-mata nak berkebaya di Hari Raya

TAPI MALANGNYA

Selepas raya makan macam puaka..
Segala saka bagai dipuja..
Membesar semula seperti sediakala..
Comel seperti Kungfu Panda..

Jadi...
Mahu jadi apa?
Mahu jadi hantu
Mahu besar semula?...

--> Tips
Nak kurus tu bukan kerja mudah. Yang bertambah besar tu, jangan menyesal tak sudah.

Penyakit moden "silent killer" menanti anda dan ingatilah orang-orang yang anda sayangi samada suami, isteri, anak atau ibu bapa anda sekiranya berlaku sesuatu kepada diri anda. Anda mampu mengubahnya!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 24 Julai 2015

SAKIT SEBAB POSTUR

Saya percaya ramai orang yang mempunyai masalah postur tapi mereka mengabaikannya atau tidak tahu kesan jangka masa panjang yang bakal dihadapi. Camnilah, saya bagi satu soalan dan anda jawab dalam masa 10saat (macam periksa pulak.. hehehe)

Kalau kaki anda terseliuh dan bengkak, bagaimana postur anda ketika berdiri?
a. Berdiri tegak
b. Berdiri senget
c. Berdiri dengan hensem
d. Semua yang diatas

Ini gambar klien saya. Sebelum memulakan rawatan, daripada jalannya sahaja saya dapati beliau menghadapi sakit pinggang disebabkan jalannya yang tempang.

Akibat stress dengan kerja, kerap kali menggunakan otot yang sama dan juga faktor tidak cukup rehat menjadi punca posturnya berubah sebegitu.

Alhamdulillah, setelah selesai menjalani rawatan yang pertama, beliau "released" sebanyak 80% dan dapat dilihat posturnya juga berubah hampir tegak.

--> Tips
Setiap kecederaan boleh dirawat cuma ianya mengambil masa samada cepat atau lambat. Untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan, latihan fizikal (corrective exercise) perlu dijalankan.

*gambar dimuat naik dgn kebenaran klien

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Khamis, 23 Julai 2015

TIPS JAGA HATI ISTERI

Hari ni saya nak sembang pasal hal rumahtangga pulak! Cerita hari ni khas untuk KAUM ADAM!!..

Berapa ramai antara lelaki diluar sana yang selalu berinteraksi dengan isterinya? Saya rasa tak ramai yang berbuat demikian. Balik rumah je sibuk baca paper, layan whatsapp atau facebook, tengok TV3 cerita pasal 1MDB, main dengan anak atau tidur disebabkan keletihan.

Kali ni saya bagi tips untuk anda bagaimana cara untuk anda berkomunikasi dengan isteri anda..

1. MULAKAN PERBUALAN
Kalau takde idea, anda boleh tanya begini
--> macam mana anak-anak hari ni?
--> macam mana kerja hari ni?
--> awak dah call mak dikampung? Mereka apa kabar?
Apa-apa sahaja yang boleh membuatkan mereka bercerita.

Tatkala soalan pertama anda itu dilemparkan, jangan bimbang.. Isteri anda akan menarik nafas yang panjang dan terus bercerita TANPA HENTI. Apabila anda dah berjaya "trigger" cerita tu, apa lagi.. TADAH TELINGA jek.. Tak perlu menyampuk, tak perlu memberi pandangan atau tak perlu berkata apa-apa. Yang penting TADAH JE TELINGA tu SEHINGGA dia berhenti.

2. AYAT KERAMAT
Ni "trick" yang kedua. Bila dia berhenti, anda kena sambut kembali, jangan dibiarkan MOMENTUM LETERANNYA hilang. Contoh, ayat last dia cenggini, "Saya geram betul dengan GST ni, saya nak shopping pun dah terbatas". Ambil "keyword" yang penting iaitu SHOPPING (kerana shopping dengan wanita berpisah tiada). So, maybe anda boleh tanya kembali dia begini "Awak nak shopping apa?"

Kali ni, saya JAMIN CONFIRM YAKIN MUKTAMAD yang isteri anda akan terus rancak dengan meningkatkan momentumnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan meluahkan segala apa permasalahan yang terpendam hasil daripada respond anda (maknanya dia tak cakap seorang-seorang dan anda bertindak seperti petrol yang menyimbah api yang sedang terbakar)

Dan apa yang perlu anda lakukan?

3. DIAM DAN DENGAR
Anda hanya perlu DENGAR, DENGAR dan DENGAR sahaja.

KAJIAN
Terdapat satu kajian menyatakan bahawa 74% wanita bekerja dan 98% suri rumah telah menyatakan bahawa pasangan mereka kurang berkomunikasi dengan mereka sehingga menyebabkan mereka sangat stress dan merasai diri mereka tidak lagi dihargai oleh pasangan mereka. Isteri hanya perlukan seseorang yang boleh mereka luahkan segala masalah dan perasaan mereka agar mereka dapat mengurangkan stress dan juga bebanan yang ditanggung seharian. Apa yang penting bagi orang SUAMI hanya MENADAH TELINGA dan mendengar apa sahaja luahan yang ingin disampaikan dan jangan sampai isteri anda mula berkongsi cerita dengan LELAKI LAIN!.. (masa cintan cintun dulu, bergayut kat telefon tak hengat!!)

Dan percayalah. Melalui pemerhatian saya sendiri, sesiapa yang dapat melakukan perkara diatas dengan baik sekali, hari itu adalah MALAM JUMAAT baginya walaupun hari tu hari Sabtu. Huhuhu

--> Tips
ISTERI memerlukan seorang SUAMI yang sentiasa berada disisinya untuk menyokong mereka terus KUAT menempuh hari-hari yang mendatang.

Siapa kaum ADAM, sila LIKE dan tulis "SETUJU" diruang komen setelah selesai membaca artikel ni. Kalau rasa ia berguna, tekan butang share agar rakan-rakan anda yang lain juga mendapat manfaatnya. Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 22 Julai 2015

PRODUK KURUS BULAN SYAWAL

Saya percaya tak lama lagi akan keluar beberapa produk pelangsingan badan dipasaran. Maklumlah, setelah berjaya menternak LEMAK dibulan Syawal ni, mesti akan ada antara produk tersebut yang boleh digosok, yang perlu diminum, yang kena balut dan bermacam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif utama iaitu KURUS. Kerana dimana ada PERMINTAAN disitulah peluang PERNIAGAAN.

Saya tidak mengatakan produk tu BAGUS atau TIDAK BAGUS, ianya bergantung kepada KEPERCAYAAN dan KOCEK anda, cuma saya nak pesan satu perkara..

- balutlah ketat mana pun,
- gosoklah bagaimanapun,
- minumlah macam mana pun..

JANGAN LUPA MELAKUKAN SENAMAN!!

KENAPA KENA BERSENAM?
1. Meningkatkan dayatahan jantung
2. Meningkatkan dayatahan dan kekuatan otot
3. Membetulkan postur badan
4. Mengurangkan stress
5. Melambatkan proses penuaan
6. Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease) seperti diabetes, hypertension, stroke
7. Mengurangkan sakit sendi
8. Meningkatkan keyakinan diri
9. "Tone" dan "firm"kan badan anda
10. Membuat anda KURUS atau SADO

--> Tips
Senaman dipercayai dapat merangsang kembali sistem dalam badan untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Sekiranya anda ingin kurus, pastikan ianya bukan dari sudut KOSMETIK sahaja, tapi lihat dari sudut KESIHATAN juga.

Jangan lupe hashtag ni #5kepingkuihsehari

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 21 Julai 2015

VIRALKAN KEMPEN INI

Jom kita viralkan kempen ni. Dari pemerhatian saya, rakyat Malaysia akan makan beraya lebih daripada 5 keping kuih atau 5 potong kek disetiap rumah.

Cuba bayangkan begini..

°°°°°°°°
Average kuih dalam 40kcal
Darab dengan 5 kuih satu rumah
Katakan kita beraya 10 buah rumah

40kcal x 5 kuih = 200kcal
Kalau 10buah rumah?
Dah 2000kcal sehari
Hanya KUIH SAHAJA!!! (Belum air manis lagi)
°°°°°°°°°

Jadi, mari kita hadkan pengambilan kalori harian kita memandangkan hari ni dah raya kelima agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

--> Tips
MENCEGAH lebih mudah daripada MENGATASI.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Isnin, 20 Julai 2015

TRANSFORMASI PERLUKAN MASA

BAHAGIA JEMALI nak pesan sikit kat anda semua.. Masihkah and ingat satu asa dahulu?..

Masa anda nak BESAR dulu, anda cukup SABAR je mengumpul lemak

TAPI

Masa nak KECIL, TAK SABAR-SABAR pulak nak turun!!

Adil ke? Hehehe

--> Tips

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 19 Julai 2015

EDISI RAYA 2 - KENAPA GEMUK SELEPAS RAYA

Siapa yang terlepas episod 1 semalam, boleh baca dipage Bahagia Jemali kerana ianya berkait rapat dengan cerita hari ni.

GEMUK - KURUS - GEMUK SEMULA
Adakah anda tahu?!! Perkara yang PALING SUKAR dalam proses penurunan berat badan "MAINTENANCE".

TEORI SEL LEMAK
Sel lemak sangat unik. Ramai yang ingat bila BAKAR LEMAK tu, macam bakar kertas. Silap tu beb. Sebenarnya cenggini..

°°°°°°°°
JUMLAH SEL LEMAK --> boleh bertambah dan tidak boleh berkurang

SAIZ LEMAK --> boleh mengecil dan membesar (seperti belon)
°°°°°°°°

Lihat grafik yang disediakan, bila anda kurus SAIZ SEL LEMAK anda yang MENGECIL tapi JUMLAH sel lemak tetap sama.

RESULT NOT PERMANENT
Gerun dengar "statement" ni. Memang betul, bila dah KURUS, kalau tak jaga makan dan tak bersenam berkemungkinan akan menjadi BESAR atau LEBIH BESAR semula. Sama juga sekiranya anda menggunakan apa-apa produk pelangsingan. MAINTENANCE PART adalah yang paling sukar sekali.

--> Tips
Dah tahu TEORI SEL LEMAK ini, pastikan generasi anda yang seterusnya TIDAK GEMUK sejak kecil lagi agar  jumlah pembiakan SEL LEMAK tersebut dapat dikawal.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 18 Julai 2015

EDISI RAYA 1 - KENAPA GEMUK SELEPAS RAYA?

Ramai yang terfikir, kenapa mereka boleh GEMUK semula selepas raya setelah senaman dan diet telah dilakukan sebelum bermulanya bulan Ramadhan lagi.

Jom kita tengok infografik yang saya lakarkan.

3 BULAN SEBELUM PUASA.
Mula melakukan senaman, masa ni perut boroi sikit, metabolism pun rendah. Jalan sikit mengah. Start diet dan bersenam, pastu susutlah badan tu sikit.

SEMASA PUASA
Masa ni adalah masa terbaik untuk kurus. Pengambilan kalori semakin berkurang dan selera pun mula terkawal. Masih konsisten menjalani latihan dan semakin kurus

SEMASA RAYA
Cuti seminggu dikampung. Jumpa masakan mak, memang tak boleh handle. Seminggu raya meriah dengan makanan berminyak, kuih raya, air manis dan sebagainya. Eh, berlanjutan pula dengan "open house" sana sini. Bila dah cuti seminggu, nak senam? Hhmm.. nanti dululah.. Nak diet? Hmm.. Open house rumah Ahmad ni, nasi goreng dia sedap, esoklah start diet.

SELEPAS RAYA
ALAMAK!!! Macam mana boleh GEMUK ni? Aku tak makan banyak, aku rasa aku makan sikit je. Huhuhu.. Masa tu, nak menyesal pun tak guna.

--> Tips
Bagi yang dah mulakan program diet dan senaman sebelum puasa lagi, SAYANGILAH usaha anda.

Bagi yang belum mula, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan langkah awal, bukan hanya untuk kurus sahaja tapi untuk kesihatan diri anda dan orang sekeliling anda.

Saya akan kupas bagaimana proses anda daripada BESAR ke KECIL ke BESAR semula mengenai TEORI SEL LEMAK

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 17 Julai 2015

BERITA BAIK

Sebelum saya menyampaikan berita baik ni, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua diatas kekhilafan penulisan saya sebelum ini yang mungkin mengguris hati dan perasaan anda semua.

Ok, apa berita baik? Duit raya? Mai datang rumah. Hehehe.. Sebelum berita baik ni disampaikan (suspend sikit), berapa biji kutupat, lontong, lemang, burasak, kuih, kek yang anda dah bedal sehari ni? Dan berapa gelas air manis yang anda minum?

Comfirm BANYAK!!! Tak payah nak tipu. Tapi takpe, nama pun hari ni hari raya, hari kemenangan. Jadi, berita baiknya adalah APA YANG ANDA MAKAN HARI NI TIDAK AKAN MENAIKKAN BERAT BADAN ANDA sekiranya anda mula kawal pemakanan anda mulai esok dan seterusnya selama 2 - 3 minggu.

Hari ini boleh dianggap hari CHEAT DAY anda setelah sebulan anda berpuasa. So, tak perlu risau. Enjoy your food. Pada yang dah mula tak boleh nak kawal nafsu makan tu, mulalah berpuasa enam esok. Dapat kawal nafsu dan dapat pahala lagi.

--> Tips
MAKAN BANYAK seharian takkan menggemukkan anda TAPI MAKAN BANYAK HARI-HARI yang menggemukkan anda. Anda kategori yang mana?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

UCAPAN RAYA

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Saya menyusun 10 jari kemaafan sekiranya ada penulisan saya selama ini yang menyinggung atau mengguris hati dan perasaan anda.

Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan amalan Ramadhan diterima olehNya. Aaminn..

Ikhlas dari KELUARGA BAHAGIA

MARYATI RINDU AMAN BAHAGIA KASIH SAYANG

Khamis, 16 Julai 2015

TIPS RAYA

Alhamdulillah syukur, kita telah dapat menjalankan ibadat dibulan RAMADHAN dan kini tiba masa SYAWAL menjelma. (ayat pujangga gittew).. Semasa bulan Ramadhan, kita melatih diri kita untuk MENDIDIK dan MENGAWAL NAFSU (terutama nafsu makan).

TAPI

Bila tiba bulan Syawal, semua NAFSU MEMBUAK-BUAK. Apa yang telah kita latih sebulan dahulu semuanya HILANG DITELAN ARUS...

MENGAPA?
1. Inilah dinamakan DENDAM KESUMAT. Banyak makanan yang anda tidak boleh makan semasa bulan puasa disebabkan KEKANGAN MASA. Selepas buka dah kenyang, pas terawikh dah ngantuk, sahur pulak tak larat. Jadi banyak makanan tak dapat nak makan.

2. STRESS kerana sibuk dengan sambutan raya. Duit dah banyak habis, nak balik raya, nak bagi duit raya, baju raya, kuih raya.. Jadi nak kurangkan STRESS, apa lagi.. MAKAN lah!!! Kan seronok sambil sembang dengan sedara-mara sambil makan.

3. Kepelbagaian menu ni buatkan kita RAMBANG MATA. Kalau rumah tu ada lontong dan ketupat, 1st makan lontong dengan kuah kacang. Pastu lontong kuah pulak. Eh, try pulak makan ketupat dengan rendang. Hmmm.. Lemang dimakan dengan rendang pun sodap!! 

4. Orang zaman sekarang semuanya nak mudah dan lebih mudah menyediakan air berkarbonat. Lebih sedap air tu dihidang bersama ais ketika cuaca panas. Pergghhh.. memang sedap untuk "tambah" kalori harian anda

5. Wajib bagi setiap rumah ada KUIH RAYA. Dengan perasa tambahan dan pewarna tiruan, kerepek-kerepek ni sedap dimakan sambil berbual dan mengumpat (makan macam tak boleh berhentikan). Campur dengan kek lapis sarawak, kuih raya yang confirm tak kurang 10biji sehari anda bedal.

--> Tips
Nak kekalkan DIET pemakanan anda, buatlah PUASA 6 pada minggu awal raya kerana awal minggu ni BESAR DUGAANNYA. Kalau tak, jangan terkejut kalau anda hilang 3kg dibulan Ramadhan dan naik semula 6kg dibulan Syawal.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation

Rabu, 15 Julai 2015

KISAH DI GIM

Saya kongsikan beberapa perkara PELIK TAPI BENAR yang berlaku di gim kepada anda semua sebab hari ni "last day" saya bertugas. Walaupun begitu, artikel ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

1. MASUK GIM NAK SADO
Tahukah anda badan kita ada 2 genetik yang berbeza? Contoh paling mudah, kita lihat badan PELARI PECUT dengan PELARI JARAK JAUH. Bezakan. Jadi agak susah untuk seorang yang ototnya "slow twitch" (jarak jauh) untuk membina ototnya menjadi besar seperti seorang BODY BUILDER.

2. PAKAR SELFIE
Selalu terjadi dimana-mana gim. Selfie ni ibarat satu fenomena. Lepas je workout, mesti ambil gambar atau video dan POST dimedia sosial. Pastu update "Yes!! Aku dah bakar 2500kcal hari ni. Tak lama lagi KURUS KERING lah aku" kui3x

3. BICEP, CHEST BESAR TAPI BONGKOK
Ni pun perkara biasa. Biarlah badan bongkok atau senget, yang penting SADO KAU JAH.. huhuhu.. GAYA MUTHU KEUNGGULAN mesti ada, kalau sakit belakang kira.

4. GEMUK JADI KURUS JADI TRAINER
Ada sesetengah individu yang terlampau ekstrem melakukan sesuatu diet dan melakukan senaman gila-gila sehingga KURUS tanpa memikirkan KESAN SAMPINGAN. Mereka berjaya kerana badan mereka boleh menerima tekanan seperti itu

TAPI

Mereka terus mengajar orang lain berdasarkan PENGALAMAN yang mereka lalui bukan dari ILMU PENGETAHUAN.
Tahukah anda ada diet yang boleh merosakkan HATI yang diakhiri dengan DIALYSIS?
Ada senaman yang boleh mendatangkan KECEDERAAN yang diakhiri dengan PEMBEDAHAN?

5. MAIN BOLA TAPI TRAINING MACAM HULK
Ramai yang masuk gim tapi tak tahu apa yang mereka lakukan. Kebanyakannya ikut kawan atau ikut youtube. Akhirnya, badan dan tangan berketul-ketul tapi KAKI.. Hmm.. Malas abam nak cakap.. huhuhu

--> Tips
ILMU sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan, PENGALAMAN pula menyokong segala ilmu yang dimiliki.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 14 Julai 2015

KENAPA TAK KURUS-KURUS EH

SOALAN
En Bahagia, saya selalu mengajar kelas senamrobik. Boleh dikatakan saya mengajar senamrobik hari-hari, paling sikit pun sejam. Pada mula saya mengajar dulu, berat saya cepat turun tapi selepas tu saya rasa sama je. STATIK. Takde perubahan. Kenapa eh?

JAWAPAN
Ada banyak sebab, mungkin disebabkan oleh faktor metabolisme, umur dan banyak lagi. Apa yang saya dapat rumuskan daripada masalah klien ini adalah beliau telah mencapai tahap PLATEAU. Plateau bermaksud aktiviti senaman yang dilakukan mula tidak memberikan kesan kerana sistem badan telah menyesuaikan diri dengan keadaan latihan yang dijalankan.

PENYELESAIAN
Badan kita ni harus menerima KEJUTAN didalam latihan. Kita tidak boleh buat perkara yang sama sahaja sepanjang proses penurunan berat badan. Sebab itulah didalam Prinsip Latihan dinyatakan KEPELBAGAIAN LATIHAN.

Bagi kes klien diatas, latihan bebanan adalah yang terbaik untuknya agar sistem badan beliau menerima kejutan dengan sistem latihan ANAEROBIC berbanding dengan sistem latihan AEROBIC yang sering dijalankannya. Tapi kalau MELANTAK MACAM PUAKA, jangan tanya kenapa tak kurus-kurus. Ni nak raya, COMFIRM kuih raya dibedal paling sikit pun 10biji SEHARI. Tak percaya? Percayalah... Huhuhu

--> TIPS
Kepelbagaian latihan sangat penting dalam proses penurunun berat badan. Pengalaman saya, semakin berat intensiti bebanan klien saya, semakin "tone" dan "cutting" fizikal mereka.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SAMPUL RAYA SUSU SEJAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni saya nak promote kan produk rakan :Susu Sejat (pakar pemakanan dan senaman) iaitu SAMPUL DUIT RAYA.

Uniknya sampul ni ade maklumat-maklumat diet yang boleh dijadikan panduan anda. Selain daripada anda memberi "nilai" wang kepada yang tersayang, anda juga memberi "nilai" pendidikan mengenai diet dan pemakanan.

Sekiranya anda ingin mendapatkannya, boleh huhubungi beliau atau saya. Saya SUDAH anda BILA lagi?...

Cepat sebelum ianya habis...

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 13 Julai 2015

GENERASI NEGARA

Ramai yang suka bila tengok baby yang COMEL. Sangat cute dan sedap dipeluk.

TAPI

Pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi kepada mereka 15-20 tahun yang akan datang?

PENGALAMAN
Saya pernah berjumpa dengan beberapa kanak-kanak OBES yang disahkan mengidap DIABETES. Comel lagi mereka ketika itu?

--> Tips
Didikan pemakanan bermula dari awal. Kenalkan makanan yang memberi manafaat kepada mereka agar mereka FAHAM kepentingan makanan adalah untuk KEPERLUAN HIDUP, bukan HIDUP UNTUK MAKAN

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 12 Julai 2015

TIADA ALASAN!

Apa lagi alasan untuk anda tidak bersenam. YA, memang betul ada banyak produk KURUS yang boleh digosok-gosok, disapu-sapu, digegar-gegar, dimakan dan diminum diluar sana yang MAMPU MENGURUSKAN ANDA..

TAPI

Adakah anda ingin KURUS sahaja dan membiarkan lemak anda menggelebeh atau apabila anda melompat, habis gegar satu badan?

ATAU

Anda ingin KURUS, FIRM, TONE dan FIT? Jalan tak mengah, sendi tak sakit, postur lebih baik dan stress terkawal secara SEMUJADI?

°°°°°°°°
PILIHAN DITANGAN ANDA!..
> Makan PRODUK untuk kurus dan sihat
ATAU
> Melakukan SENAMAN untuk kurus dan sihat.
°°°°°°°°

Baca je? Daripada dulu pun asyik baca je post saya TAPI masih tak buat apa-apa. So? Tunggu apa lagi? BERTINDAK SEKARANG!!!!

--> Tips
Senaman tak perlu dilakukan hari-hari. Cukuplah sekadar 3x - 5x seminggu, ikut kesesuaian masa anda dan paling penting anda ENJOY!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 11 Julai 2015

MAKAN SEPARUH

Rasullah s.a.w bersabda,
"MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG"

Kita pulak, "MAKAN SAMPAI HABIS, IBARAT SEBUTIR BERAS IBARAT SETITIK PELUH PETANI"

--> Tips
Makan hanya untuk KEPERLUAN bukan NAFSU

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 10 Julai 2015

MALAYSIA JOHAN ASIA

Statistik ni MENYERAMKAN, MENAKUTKAN dan MEMBIMBANGKAN. Kenapa? Mai Bahagia Jemali nak cerita..

1. Penyumbang penyakit
Kebiasaannya orang yang obes mengalami risiko lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung

2. Kualiti hidup
Kebiasaan orang-orang yang obes akan cepat penat...
Nak main dengan anak
Nak main dengan kawan-kawan
Nak main dengan kejar-kejar dengan pasangan (think positive eh) huhu

3. Sakit sendi
Pendek cerita, agak-agak LORI guna tayar KANCIL.. Ok ke tak? Jadi kebarangkalian nak sakit sendi terutama sendi lutut sangat tinggi

4. Postur berubah
Kalau dah perut besar, postur pun berubah. Pinggang akan menolak ke hadapan sedikit untuk mengimbangi diri dan tekanan ini akan menyebabkan sakit pinggang

5. Kurang keyakinan diri
Mana-mana kita pergi akan digelar "BOB" atau "MOK". Nak lalu tempat sempit pun tak lepas. Duduk kat bas seorang-seorang dan banyak lagi

BAGAIMANA NAK ATASI?
Nak tahu bagaimana cara untuk KURUS? Saya kongsikan satu RAHSIA BESAR untuk anda kurus. Jangan bagitau sesiapa.. Shhyyyy.. Rahsianya DIET & SENAM

So apa lagi, jangan baca je. Sebarkan dan MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA!!!!

--> Tips
Kepada yang baru nak OBES, ambillah langkah PENCEGAHAN.
Kepada yang OBES, buatlah sesuatu kerana masih belum terlambat
"AMBIL TINDAKAN, AMBIL PEDULI"

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 9 Julai 2015

LEADING THE ORGANIZATION

Mentadbir satu organisasi adalah satu perkara yang MUDAH sekiranya ahli-ahli didalamnya faham peranan individu dan kumpulan.

Yang menyukarkan adalah EGO, KEPENTINGAN DIRI dan TIDAK BEKERJASAMA

~BAHAGIA JEMALI~
#YourBeautyPhysicalExpert

MOTIVATION QUOTE

Rabu, 8 Julai 2015

RAMADHAN PERSONAL TRAINING

Squat Exercise
80lbs weight
5 reps x 5 sets
Rest in between 60 second

Cukuplah untuk bulan Ramadhan ni. Ni pun klien dapat increase strength, dulu 60lbs jek. Badan pun dah makin "shape" & "tone".

--> Tips
Train untuk elakkan muscle loss (catabolic)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 7 Julai 2015

NAK MAKAN? FIKIR DAHULU

Nak cerita pasal Kira KALORI, pasti ramai yang MALASkan... Tapi, adakah anda tahu kita boleh manipulasinya melalui kaedah PSIKOLOGI?

Ni salah satu tips saya kepada "kaki makan". Sebelum anda mengambil makanan,

°°°°°°°°°°°°°°
"RECALL" dahulu menu makanan yang anda ambil daripada anda mula bangun tidur.
°°°°°°°°°°°°°°

Contohnya, kalau anda dah makan banyak disebelah pagi, kurangkan makanan disebelah tengahari dan malam. Pastikan anda tidak mengambil makanan rapu diantara menu utama seperti goreng pisang dan sebagainya. Kaedah ini secara tidak langsung dapat menjaga pengambilan kalori harian anda.

Mudahkan! Apa lagi, share kepada rakan-rakan anda untuk manfaat mereka. Cikgu saya cakap jangan nak kurus seorang-seorang, nanti BERDOSA!! Huhuhu

--> Tips
Setahun ade 365 hari. Rancanglah makanan anda. Kalau nak makan steak, pastikan hari tersebut anda mengambil makanan yang sikit.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

THE REALITY IS...

Inilah yang sebenarnya berlaku kepada individu yang NAK KURUS...

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 6 Julai 2015

DIET MELALUI TEKNIK PSIKOLOGI

Helloooo... Anda SUKA MAKAN tapi NAK KURUS...? Ada satu berita baik untuk anda yang diluar sana.. Adakah anda tahu, bagaimana cara mengawal NAFSU MAKAN?

°°°°°°°
Saya ada 2 tips diet yang selama ni saya gunakan kepada klien saya yang "kaki makan".
°°°°°°°

Nak tahu bagaimana?..

KENAPA ANDA MAKAN
1. Untuk mendapatkan tenaga
2. NAFSU makan membuak-buak
3. STRESS yang mengakibatkan anda makan dan makan dan makan

Dan

Ramai yang gagal berdiet kerana anda hanya mampu mengatakan  TAK NAK kepada makanan akan  tetapi mulut pula TAK BOLEH tolak makanan (sayang katanya, ibaratkan sebutir beras seperti setitik peluh petani).

Jadi klien yang seperti ini ada 2 perkara yang saya lakukan.

1. Makanlah apa-apa sahaja yang mereka suka tapi dengan syarat ambil SEPARUH hidangan sahaja.

Kalau ni tak jalan juga..

2. Teknik tahap dewa iaitu "reset" minda mereka agar dapat kawal nafsu makan

--> Tips
RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER adalah satu program manipulasi minda untuk orang yang STRESS dan tidak mampu KAWAL NAFSU MAKAN.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

REALITY vs FANTASY

This is so damn true.. Hahaha

Ahad, 5 Julai 2015

NAFSU MAKAN

Pernah tak anda alami situasi begini?

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Anda dah makan malam, kemudian rakan anda "call" ajak makan. Anda cuba menolak tapi dia paksa juga untuk teman.

"Jumpa di Me'nate Steak Hub" ujarnya.

Oklah, plan asal nak teman minum air je, tapi desas desus sebelum ni cakap steak dia sedap dan tambah pulak rakan anda pedajal cakap "Mak aiii.. Sayangnya nak habiskan makanan ni.."

Tanpa melengahkan masa lagi, anda pun order steak tersebut.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Inilah dinamakan PSYCHOLOGICAL HUNGER. Anda makan mengikut NAFSU bukan KEPERLUAN

--> Tips
Anda sedar atau tidak, anda makan disebabkan oleh NAFSU dan STRESS.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 4 Julai 2015

MAKAN SEKALI NAK LAGI

Sekarang dah nak masuk minggu yang ketiga kita berpuasa dan saya percaya semua sedang sibuk dengan persediaan raya. Semasa ini, badan kita telah menyesuaikan diri dengan keadaan "lapar", so kalau tak makan pun tak jadi masalah.

TAPI

Yang jadi masalah besar adalah KUIH RAYA. Baik-baik kita dah "diet" dengan berpuasa, bila jumpa kuih raya dah macam HANTU RAYA. Saya percaya anda takkan makan kuih raya sebiji, mesti makan berulang-ulang sambil tengok tv atau bersembang.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ingat pesan BAHAGIA JEMALI
"Kuih raya kebanyakannya diperbuat dengan gula ringkas dan ianya tidak mengenyangkan malah ia dapat mempertingkatkan nafsu makan anda"
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Kuih raya yang saya paparkan ini adalah Biskut Coklat dan anggaran sekeping bernilai lebih kurang 80kcal - 100kcal bergantung kepada saiz dan ramuannya.

"Jangan cakap abang tak payung"

--> Tips
Kalau nak makan boleh, setakat sekeping atau dua keping, jangan makan lebih daripada tu. Kalau tak, anda akan menjadi lebih "OHSEM" selepas raya nanti.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

DUIT & KEHIDUPAN

DUIT bukan segala-galanya TETAPI segala-galanya memerlukan DUIT

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 3 Julai 2015

MENU BUKA PUASA

Saya terjumpa gambar yang diupload oleh rakan saya iaitu Cip Mohd Khairul Azuan. Menunya simple, ada karbohidrat, protein, vitamin.. Menu ini dipanggil NASI ASTRO - "macam-macam ade" (Pakcik Astro).. Beliau mengubah mengikut keperluan beliau. Maklumlah beliau ni DIETITIAN.

DAN

Yang paling menarik sekali, makanan beliau ni baru berjumlah 250kcal.

Kalau makan kuih, sebiji kuih je dah dalam 100kcal - 150kcal

Katakanlah kita ambil kuih yang berjumlah  150kcal

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
FORMULA
150kcal x  3 biji kuih = 450kcal
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

APA??? 450kcal? (Belum campur air manis lagi?)...

Macam mana TAK KURUS bulan puasa.. Makan pun HENTAM semacam.. hehehe

--> Tips
Makan ikut KEPERLUAN bukan ikut KEHENDAK

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 1 Julai 2015

KISAH TREADMILL

=========================
MULTITASKING MULTITASKING
=========================
Aku sebuah treadmill. Aku diciptakan untuk membantu manusia bersenam. Aku direka khas untuk kegunaan dirumah sahaja, bukan seperti kawan-kawanku yang lain yang bertugas di gim. Boleh dikatakan, aku mampu buat kerja lebih kurang 2 jam sehari, kalau lebih daripada tu aku semput.

Pada satu hari, aku dilamar oleh Puan Feeza. Orangnya boleh tahan "kuh semangat". Aku pun apa lagi, "show off" lah depan beliau tentang kehebatanku. Beliau tertarik dan mengambilku dalam misi kurus beliau.

Aku diletakkan didalam biliknya. Setibanya aku dirumah Puan Feeza, aku dibelek-belek lagi beliau. Kejap tekan tu, kejap tekan ni, maklumlah "semangat baru". Boleh dikatakan hari-hari, sebelum pergi kerja Puan Feeza menggunakan aku secara konsisten paling kurang pun 30 minit. Hubungan kami semakin rapat dan aku cukup bertuah dapat berkhidmat kepada beliau.

Setelah dua minggu, Puan Feeza terlampau sibuk dengan kerja dipejabat. Maklumlah, cukai GST ni memeningkan kepala beliau sebagai seorang akauntan. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Sejak daripada itu, beliau mula "skip" menggunakan aku dan hubungan kami menjadi semakin renggang.

Bulan berganti bulan, aku diabaikan oleh Puan Leeza. Sekarang aku tidak dipandang olehnya lagi. Fungsi aku telah BERUBAH daripada sebuah mesin treadmill kepada TEMPAT SIDAI PAKAIAN DAN TUALA MANDINYA. Aku berasa sangat sedih dan kecewa.

Genap setahun, aku merasakan kehadiran aku ini seperti tidak diperlukan lagi dan aku rasa sangat bersalah kerana tidak dapat membantu Puan Feeza, nampak gayanya beliau semakin hari semakin OHSEM! Aku tidak tahan lagi lalu aku mengambil keputusan dengan membiarkan lipas, tikus menggigitku.

--> Tips
Moral of the story : sekiranya motivasi anda rendah, anda perlu mengambil seorang TRAINER bagi membantu merangka, menyokong, menasihati anda dalam proses penurunan berat badan bukannya EQUIPMENT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#thisishybridnation