Isnin, 31 Ogos 2015

KENALI AMINAH...

Aminah adalah seorang kanak-kanak yang obes. Beliau baru berumur 10 tahun dan kini berat beliau mencapai 84 kg (lebih berat daripada saya).

Masyarakat serta orang sekeliling menganggap seeorang kanak-kanak yang BAM-BAM adalah kanak-kanak yang comel, tapi hanya Aminah saja yang tahu kesukaran yang dihadapinya setiap hari.

Ditambah pula dengan sakit belakang yang sering menyerang, Aminah tidak mampu untuk bermain seperti kanak-kanak lain.

Aminah sangat sukakan makanan. Kehidupan beliau hanyalah dirumah. Disebabkan fizikalnya yang besar, Aminah lebih gemar bersosial dialam maya sahaja dan bermain game kerana beliau berasa rendah diri apabila bersama rakan-rakannya.

Apa yang kita lakukan sebagai satu masyarakat...

- masih melihat kes Aminah ini sebagai budak yang comel?

- untuk memastikan Aminah kembali cergas?

- terhadap masa depannya 10-20 tahun yang akan datang? Masih comel lagi?

--> Tips
Obesiti kanak-kanak harus DIBANTERAS dan DICEGAH!!

Banyak lagi tips yang akan disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

SELAMAT HARI MERDEKA

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58 tahun...

Cuti panjang, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti

Selamat Bercuti dan Hati-Hati Memandu..

Ahad, 30 Ogos 2015

TIPS MEMANDU - TAK NAK MENGANTUK

Berapa ramai yang memandu untuk balik ke kampung atau out station atau pergi bercuti?...

TOL vs JALAN DALAM
Saya tak suka ikut tol kerana Menteri cakap kalau x suka atau tak nak bayar tol, jangan ikut tol.

Jadi saya guna jalan alternatif iaitu jalan dalam. Best dan thrill. Boleh buat kita sentiasa alert dan berwaspada dengan selekoh-selekoh. Lebih-lebih lagi kalau ada kereta potong kita dalam keadaan laju.. Siap ko.. Racing pun bermula!!! Huhuhu

TIPS TAK NAK MENGANTUK
Apa yang saya buat adalah saya akan tuju tempat-tempat yang dekat dahulu.

Contoh, saya daripada JB ke KL, so saya "kejar" destinasi yang dekat contohnya Kulai. Sampai je Kulai, terus target Simpang Renggam, kemudian Ayer Hitam dan seterusnya sampai Key El.

Kalau mengantuk.juga, PIGI TIDOLAH... Huhuhu

Semoga bermanfaat dan share lah kepada rakan-rakan anda... Boleh follow IG @Bahagia Jemali. Sharing is caring..

--> Tips
Berhati-hati memandu.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

RAWATAN SATU SESI JE?.. BACA DULU...

Mula-mula belajar dulu, kalau cedera buat stretching..

Selepas tu..
Belajar urut pula, sebab orang cakap urut tu bagus..

Selepas tu..
Belajar manipulasi otot dan tulang pula, sebab orang cakap teknik ni bagus...

Selepas tu..
Belajar pasal manipulasi minda pula, sebab orang cakap perkara ni segala punca...

Dah belajar macam-macam dan RUMUSANNYA adalah...

Rawatan tidak dapat dilakukan dengan satu sesi sahaja. Perlu dilihat pelbagai sudut kerana MANUSIA ITU SENDIRI SANGAT KOMPLEKS.

--> Tips
Ramai yang sakit disebabkan oleh FIKIRAN dan KEBIMBANGAN terhadap sakit mereka melebihi dari sakit sendi dan ototnya yang dialaminya sendiri

Banyak lagi tips yang akan disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

MOTIVASI PAGI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Saya mendoakan apa yang anda impikan pada hari ni tercapai dengan jayanya...

Berdoa untuk mendapatkan sesuatu..
Yakin denga doa anda..
Berserah kepada ALLAH..

Inshaa ALLAH, sesuatu yang luar biasa menanti anda...

SAYA SUMPAH ANDA SEMUA SIHAT DAN SEJAHTERA!!!

Banyak lagi tips yang akan disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 29 Ogos 2015

HUJUNG MINGGU..

Aktiviti apa yang anda lakukan dihujung minggu ini?

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Jumaat, 28 Ogos 2015

KENAPA?..

Mengapa anda ingin KURUS?
Mengapa anda ingin SIHAT?
Mengapa anda ingin BERUBAH?

Tiga soalan diatas ni akan menguatkan lagi semangat anda untuk terus bersenam dan apabila sesuatu aktiviti atau perkara dilakukan secara konsisten, ia akan menjadi HABIT atau GAYA HIDUP

--> Tips
MOTIVASI adalah satu faktor yang paling penting kenapa seseorang itu ingin berubah.

Banyak lagi tips yang akan disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert



Khamis, 27 Ogos 2015

MARI DENGAR SINI...

Kita biasa DENGAR orang cakap, DENGAR di televisyen, DENGAR diradio perkataan

“Gemuk is Ohsem”
“Buncit itu seksi”

dan pelbagai lagi. Biarlah apa pun yang anda DENGARI mengenai ungkapan dan alasan yang diberi. DENGAR baik-baik apa yang saya ingin sampaikan disini bahawa sememangnya anda sedang MENZALIMI DIRI ANDA.

Saya tahu, anda ingin kurus tapi anda rasa ia satu perkara yang susah.

Bagaimana sekiranya saya ingin berkongsi kepada anda satu perkara yang boleh menyebabkan anda sentiasa bermotivasi untuk melakukan senaman dan menjaga pemakanan anda untuk mencapai impian anda?....

Sekiranya ada yang berminat, taip “Saya berminat”.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rabu, 26 Ogos 2015

BODY N MIND CONNECTION

Tahukah anda.. EMOSI boleh memberi kesan kepada kesihatan anda?

Badan anda bertindak balas dengan cara anda fikir, rasa dan bertindak. Sekiranya anda mengalami tekanan perasaan, atau cemas.. Pasti akan berlaku sesuatu kepada sistem tubuh badan anda.

Seperti contoh, apabila anda stress selalunya anda akan sakit kepala kerana emosi marah, bimbang atau sedih menguasai diri anda.

Berikut boleh tanda-tanda fizikal yang kesihatan emosi anda tidak seimbang:

- Sakit belakang
- Perubahan dalam selera makan
- Sakit dada
- Keletihan yang melampau
- Sakit Kepala
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia (masalah tidur)
- Perasaan berdebar-debar
- Masalah seksual
- Sesak nafas
dan banyak lagi

Ketidakstabilan emosi boleh melemahkan sistem imun badan anda, membuat anda lebih cenderung untuk mendapatkan selesema dan jangkitan lain. Ini dipanggil MIND & BODY CONNECTION (HUBUNGAN MINDA & TUBUH)

--> Tips
Meleraikan segala masalah anda dan menjadi orang yang POSITIF adalah jalan yang terbaik!!

Banyak lagi tips yang akan disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Selasa, 25 Ogos 2015

MITOS dan FAKTA

MITOS memang sering dipercayai daripada FAKTA. Infografik ini menerangkan mengenai kepercayaan-kepercayaan wanita terhadap kecergasan.

Sila baca dan hadamkan.
Dah hadam, ubah kepercayaan anda.
Dah ubah kepercayaan, mula bersenam.
Dah mula bersenam, jaga makan
Dah jaga makan, jadikan ianya GAYA HIDUP...

Barulah boleh KURUS... Boleh boleh?...

Ada rakan yang nak kurus? Viralkan info ini agar mereka dapat ilmu. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 24 Ogos 2015

AMANAH ALLAH

Nak masuk tidur je, si kecik ni mesti cari Abi. Kalau Abi takde, baru cari Umi...

Dan tangan mesti nak gentel.. kejap kat telingalah, kejap kat siku.. mana yang sempat...

Anak-anak penyeri hidup. Balik walaupun kepenatan, tapi bila lihat kerenah dan keletah mereka membuatkan hati kita menjadi tenang dan senang.

Syukur padaMu YA ALLAH...
Jadikan mereka semua anak yang Soleh dan Solehah, berjaya dalam hidup dan sentiasa beriman kepadaMu

~-BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 23 Ogos 2015

KENALI KAREKTOR MANUSIA

Anda boleh tipu dan hipokrit mengenai diri anda

TAPI

Tingkah laku anda menyatakab sebaliknya. Jom kita sama-sama kenali karektor manusia...

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

JDT Juara!!!

Tahniah kepada pasukan JDT kerana menjuarai Liga Super Malaysia 2015..

*Esok Johor cuti ke tak? Hehehe

~BAHAGIA JEMALI~

Sabtu, 22 Ogos 2015

BUKAN LEHER SEBAB SAKIT LEHER

Klien ni mengadu sakit dibahagian lehernya sejak beberapa hari. Saya melihat dari posturnya, bahu beliau tinggi sebelah dan menjadikan tangannya "pendek" sebelah (rujuk gambar sebelah kiri-sebelum rawatan)

Masih ingat dengan post saya 2 hari lepas berkaitan dengan "kinetic chain?". Sakit leher beliau bukan disebabkan oleh leher tapi dibahagian lain yang tegang, kesan daripada ketidakseimbangan otot. Ini membuatkan pergerakan beliau sangat ketat dan mula mengalami sakit pinggang kerana penglibatannya dalam sukan sofbol dan bola baling (menggunakan sebelah tangan yang dominan).

Selepas sesi rawatan, sakit beliau bukan sahaja berkurangan malah pergerakannya juga mula menjadi mudah dan longgar. Posturnya juga berubah sedikit dan tangannya kembali normal semula (gambar kanan)

--> Tips
Punca sakit sendi dan otot perlu dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan ditempat yang sakit sahaja.

* gambar dimuatnaik dengan izin klien

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 21 Ogos 2015

ARTIS - KURUS BAWA PADAH

Saya ambil petikan berita minggu lepas mengenai seorang artis kita yang dimasukkan ke hospital.

°°°°°°
Mahu Kurus Bawa Padah Buat Hazami Sehingga Pendarahan Usus

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 6:00 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my

Hazami menerima sumbangan daripada Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez. (Ubah saiz teks)

GOMBAK: Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.

"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.

"Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

"Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat.

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.

Hazami (kiri) menerima lawatan Freddie (tengah) dan rakan artis Rozita Rohaizad.

Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat.

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.

"Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya perlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya.

Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri.

"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan.

"Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya.

"Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.

Terdahulu Hazami menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez yang turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepadanya.

Penyanyi Rozita Rohaizat turut hadir melawatnya.

Hazami adalah pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London dan popular dengan lagu Sonata Musim Salju.
°°°°°°°

Orang yang HEBAT belajar dari kesilapan orang lain.

--> Tips
Pelbagai kaedah untuk kurus. Diet, tak makan, bersenam, pakai girdle, minum teh kampung, guna krim gosok-gosok, pergi sauna, gegar-gegar dan banyak lagi. Pilihlah kaedah yang PALING SELAMAT untuk masa depan anda

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 20 Ogos 2015

PUNCA SAKIT SENDI & OTOT

Tahukah anda?

Pergerakan anda yang terbatas atau terhad adalah salah satu sebab anda mendapat sakit sendi dan otot?

BUKU LALI KE PINGGANG
Apabila anda jatuh terkehel, bahagian buku lali akan membengkak. Sekiranya anda tidak melakukan latihan fleksibiliti dan mobiliti, pergerakannya akan terhad sekaligus merubah gaya jalan anda (sway) apabila pulih nanti.

Hasil perubahan gaya jalan ini berpotensi menjadikan postur dan pergerakan anda berubah dan sekaligus menyebabkan sakit bukan sahaja dibahagian buku lali tapi dibahagian lain seperti lutut, pinggang dan sebagainya.

ISYARAT
Sakit adalah satu ISYARAT yang menyatakan telah berlaku sesuatu kepada sistem tulang dan otot kita dan ianya bagus kerana bertindak sebagai peringatan. Sekiranya anda sakit dipinggang, berkemungkinan PUNCANYA bukan dipinggang tetapi dibahagian-bahagian yang "connected" dengannya.

--> Tips
Merangka latihan adalah satu perkara yang sangat rumit dan kompleks kerana semua individu mengalami masalah yang berlainan. Bukannya nak biceps, bahu dan dada je besar tapi kita perlu pertimbangkan dari sudut postur juga.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 19 Ogos 2015

SAKIT BELAKANG DAN LEHER

Klien ni datang beratus KM untuk mendapatkan rawatan. Kali pertama beberapa minggu lepas. Beliau mencuba Sports Massage.

Kali ni beliau cuba teknik "POSTURE ALIGNMENT" pula. Saya dapat perhatikan dari gaya jalan dan dirinya, beliau mempunyai masalah dibahagian pinggang dan bahu. Bermula dengan pinggang akibat pekerjaan beliau yang selalu memandu jauh.

Anda boleh lihat gambar sebelah kiri, posturnya tidak berada didalam jajaran yang betul dimana pinggangnya menolak perut kehadapan dan punggungnya melentik (bukan macam ziana zain eh). Postur ini yang menyebabkan beliau sakit dibahagian pinggang dan lama kelamaan kesannya terasa kebahagian leher dan tengkok kerana bahagian ini terpaksa menyeimbangkan kembali kedudukannya agar beliau dapat berdiri.

Gambar disebelah kanan adalah gambar setelah rawatan dijalankan. Postur kembali kepada asal dan lebih mudah pergerakannya.

Ubat bagi merawat masalah postur adalah SENAMAN SPESIFIK. Bab ni, ramai yang mengeluh kerana kekangan masa. Pada saya mudah sahaja, "Sekiranya anda TIADA MASA untuk jaga kesihatan, kena ADA MASA untuk jatuh sakit"

--> Tips
Perubahan postur badan disebabkan oleh banyak faktor antaranya cara kerja, aktiviti harian dan stress.

* gambar dimuat naik dengan kebenaran klien bagi tujuan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan postur.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

SESI FOTOGRAFI

Alhamdulillah, selesai sudah sesi fotografi untuk buku MUDAHNYA KURUS. Setelah sekian lama tertangguh..

Proses editing bab terakhir (Bab Senaman) dan akan terus diserahkan kepada Tuan Susu Sejat..

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Selasa, 18 Ogos 2015

BAJU LAMA DAH MUAT

Klien ni mengambil masa lebih daripada setahun untuk join PT dengan saya. Ada sahaja rintangan dan halangannya. Beliau tak pernah bersenam seumur hidupnya.

Saya masih ingat lagi, semasa latihan pertama, beliau cepat penat dan banyak rehat semasa menjalankan latihan. Tentang diet, saya tak ajar pun kira kalori kerana saya tahu ianya kurang berkesan kepadanya kerana beliau ni pantang jumpa makanan, bukan pantang makan. Hehehe. Jadi saya lebih guna teknik PSIKOLOGI dalam dietnya.

Ini bulan yang ketiga beliau.. Sekarang dah mula boleh angkat berat sedikit, lari pecut dan rehat sekejap antara set.. Yang seronoknya apabila beliau dah boleh muat baju lama semula. Sekarang barulah mula untuk ajar konsep kiraan kalori kerana beliau sudah bersedia untuk berubah menjadi lebih hensem dan bergaya. Semoga dipermudahkan. Inshaa ALLAH..

Beliau dah mengatasi semua masalah dan rintangan yang menghalang beliau daripada melakukan senaman. Anda bila lagi?... Jom bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih baik.

--> Tips
Dalam merangka latihan, proses adaptasi adalah sangat penting kerana kita tidak mahu klien berakhir dengan kecederaan.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 16 Ogos 2015

SAKIT BAHU DAN KEPALA

Ramai yang sakit dibahagian sendi dan otot mereka tapi tidak mengendahkannya SEHINGGA SAKIT MENJADI KRONIK. Pada masa itu, barulah nak cari doktor, tukang urut, tabib, bomoh dan banyak lagi

TAPI

Kenapa tak mahu lakukan PENCEGAHAN? Orang Kg Jerman, di Pontian selalu cakap "PREVENTION IS BETTER THAN CURE".

Anda dapat lihat klien ini mempunyai masalah bongkok (Rounded Back). Kesan daripada posture ini, nafas beliau tidak berapa dalam, bahu dan tengkok selalu berada dalam keadaan tidak selesa dan lenguh-lenguh. Setelah menjalani sesi rawatan, posture beliau kembali duduk dalam keadaan normal, pergerakan semakin lancar dan nafas semakin dalam.

--> Tips
Masalah posture dihadapi oleh semua orang dan salah satu puncanya adalah AKTIVITI HARIAN ANDA (atau tempat kerja)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

* gambar dimuat naik dengan izin klien

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 15 Ogos 2015

KUASAI HUBUNGAN TUBUH DAN MINDA

Malaysia mempunyai ramai pakar dalam bidang senaman, pemakanan, biomekanik, kecederaan sukan dan banyak lagi. Semuanya mempunyai penjelasan dan rasionalnya didalam bidang masing-masing. Tapi tak ramai yang mengambil pandangan dari sudut PSIKOLOGI

Menurut Bompa, terdapat 4 fasa didalam program periodisasi latihan iaitu penyesuaian fizikal, teknikal, taktikal dan PSIKOLOGI. Mengapa latihan psikologi penting? Saya bagi contoh, Datuk LCW adalah salah seorang atlit negara yang "superfit" dikalangan atlit Malaysia tapi masih tidak dapat menewaskan Lin Dan. Mengapa?

Adakah Datuk LCW tidak cukup fit?
Adakah tekniknya masih lemah?

Pada pandangan saya, faktor PSIKOLOGI adalah salah satu faktor yang menyumbang kegagalannya- MENTAL BLOCK

PSIKOLOGI DAN MINDA
Tahukah anda salah satu latihan VISUALISASI adalah salah satu latihan psikologi? Saya kongsi sedikit pengalaman saya. Pada tahun 2000, saya menyertai SUKMA Penang dan menjadi johan dalam acara tersebut. Bagaimana saya lakukan? Setiap malam, sebelum pertandingan saya lakukan 3 perkara ini

i- membayangkan semua perkara yang POSITIF
ii - mewujudkan satu bentuk permainan dan kemahiran yang akan digunakan keesokan harinya didalam pemikiran saya (programming)
iii - akhirnya saya bayangkan yang saya menang dengan bergaya.

Subhanallah.. Semua apa yang saya programkan dan petakan dalam pemikiran saya semalam menjadi realiti didalam pertandingan. Betapa kuatnya HUBUNGAN MINDA DAN TUBUH didalam kehidupan manusia.

PROSES KURUS
Dalam konteks pengurusan berat badan pula, adakah ianya mustahil dilakukan? Adakah ianya perkara yang mengarut? Kalau anda terus membaca setiap post saya dari dulu tanpa melakukan apa-apa TINDAKAN, tiada siapa yang dapat membantu anda dan kekallah anda OHSEN kini, masa depan dan selama-lamanya.

PROMO
CEPAT!!! HARI TERAKHIR promosi KURUS CEPAT. Anda boleh "lock" harga promosi PADA HARI INI 15.8.2015 sahaja kerana selepas ini, program ini akan menjadi program saya yang PALING EXCLUSIVE.

BERTINDAK sekarang untuk hasil yang LUAR BIASA!!!

--> Tips
Semalam saya cerita pasal RESET. Dalam program ini, banyak perkara yang akan di"reset" untuk menjadikan anda seorang yang lebih POSITIF. Inshaa ALLAH.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

FISIOLOGI vs PSIKOLOGI

Seperti saya cerita dahulu, pelbagai kaedah diet dan senaman yang boleh dilakukan dalam proses nak KURUS ni. Saya tidak nafikan kaedah-kaedah seperti

- diet tak makan nasi
- diet tinggi protein
- diet kira kalori
- tak diet, tapi gosok-gosok sampai slim
- ubat kurus sampai ke tandas
- supplement
- balut pinggang sampai jadi kerengga
- "bakar lemak" dalam sauna

Semua ni boleh dijelaskan dari sudut FISIOLOGI tubuh badan mengenai respond badan terhadap rangsangan yang diberikan hasi daripada kaedah yang diatas

TAPI

Adakah semua manusia sama? Pernah terfikir dari segi PSIKOLOGI?

- berapa orang mampu buang habit mereka
- berapa orang yang poket tebal untuk maintain supplement
- berapa orang mampu "bakar duit" untuk KURUS daripada MAKAN?
- berapa orang yang stress dalam proses penurunan berat badan?
- berapa orang yang dah diet dan gagal setengah jalan

Inilah dinamakan PSIKOLOGI. Kita berurusan dengan tingkah laku manusia. Dalam program saya, saya suka "tackle" mereka dengan perkara-perkara yang lebih mudah. Walau bagaimana pun, saya tetap juga ajar perkara asas seperti konsep kira kalori, tapi saya  lebih gemar manipulasi minda mereka agar tidak serabut dengan "ini tak boleh, itu tak boleh"

Baca respond klien saya ini apabila dia mengikut coach baru beliau. Bukan untuk menjatuhkan coach tersebut, apa yang coach ni buat memang betul untuk membantunya mencapai TARGET, tapi pandangan saya sebagai EXERCISE THERAPY dan PT pula berlainan kerana saya berfikiran lebih jauh seperti faktor kecederaan, psikologi, sosio ekonomi dan banyak lagi.

--> Tips
Tidak ada semua perkara yang BETUL dalam dunia ni kecuali ALLAH! Apa pun, berdoa dan lakukan yang terbaik untuk diri kita untuk kesan jangkamasa yang panjang.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 14 Ogos 2015

PLATEAU dan RESET

Apa benda dua menatang ni? Sebenarnya dua perkara ni sering terjadi dalam kehidupan kita cuma kita tak tahu "terminologi"nya sahaja. Saya bagi dua contoh, satu contoh dalam kehidupan dan satu lagi dalam senaman.

Kehidupan
Mengapa kita solat? Adakah anda tahu apabila kita bekerja seharian, kita akan merasa stress dengan kerja dan persekitaran kita. Apabila seseorang itu mengambil wudhu', automatik dia akan rasa lebih tenang dan solat itu akan "reset"kan semula stress anda dan juga membuatkan anda bertenaga semula. Ada kajian yang menyatakan apabila kita sujud, organ terpenting iaitu otak akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen, secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit kepala dan migraine.

Senaman
Anda telah mengikuti sesuatu program latihan berterusan selama 4 bulan. 2 bulan pertama, anda dapat lihat progresnya sangat cepat, tapi masuk bulan ketiga dan empat seperti tiada perubahan yang ketara.

Jadi, dengan penjelasan ini harap ianya dapat memberikan pengertian mengapa didalam Prinsip Latihan terdapat Variasi Latihan.

Dalam buku Mudahnya Kurus, tulisan saya dengan susu sejat menerangkan topik ini dengan lebih mendalam. Inshaa ALLAH

--> Tips
Kita boleh RESET banyak perkara dan ianya sangat penting untuk membantu anda lebih bersemangat dan juga membantu meningkatkan prestasi anda.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 13 Ogos 2015

ETIKA YANG BAIK

Saya sekeluarga pergi makan di Der' Cabin Bistro, Kempas. Kat situ servis cepat, makanan pun boleh tahan sedap juga. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal makanan tapi pasal waitress nya (gambar diatas)

Semasa kami makan, kami terdengar perbualan waitress dengan pelanggan disebelah meja (semuanya anak dara). Waitress tu memaklumkan kepada geng tersebut bahawa dimeja sebelah (meja saya) ada baby. Tak berapa sesuai nak hisap shisha. Semasa waitress tu cuba mengingatkan kepada mereka, wife saya pun beritahu salah seorang dari geng tersebut menjeling ke arahnya.

Walau apa pun, kredit dan terima kasih diucapkan kepada waitress yang "alert" dengan baby. Harap majikannya dapat berikan "reward" atau apa-apa yang patut atas tindakan beraninya mempertahankan hak baby!.

Saya BAHAGIA JEMALI tidak pernah merokok, hisap shisha atau apa sahaja seumur hidup saya. Jadi harap kepada perokok, peviper, peshisha atau apa-apa sahaja, kalau nak hisap tu toleh lah kiri kanan anda dahulu. Setiap asap yang dikeluarkan dari mulut anda itu memberi kesan kepada orang lain. Bayangkan anda bukan perokok lalu ada orang merokok dan asap rokoknya menuju ke baby anda.

*ralat : saya tanya wife, perempuan mana yang jeling dia, tapi wife saya ni penyabar. "Takpelah, diorang tu budak-budak lagi." katanya. Nasib baik dia tak beritahu, kalau tak... saya nak jeling balik kat dia.. huhuhu

~BAHAGIA JEMALI~

Rabu, 12 Ogos 2015

PENYEKSAAN BERMULA!!

Minggu last raya!! Masih ada lagi orang buat open house... Tapi bagi akak-akak ni, mereka dah mula bersenam.

AMEKAUUWW

Semuanya mengeluh kepenatan. Abes basah ketiak semua. Yang menariknya, dalam gambar ni yang paling muda adalah saya dan yang senior 54 tahun dan kecergasan mereka tidak banyak terjejas kerana mereka boleh melakukan rutin latihan seperti sebelum bulan puasa.

--> Tips
That which is used develop,
That which is not used waste away
-Hippocrates-

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

PROMO KURUS CEPAT

Perhatian untuk orang JOHOR!!!! Anda ingin KURUS?... Tinggal 4 hari lagi...

KURUS CEPAT adalah program PERSONAL TRAINING PERTAMA DIMALAYSIA yang menjalankan latihan FIZIKAL dan menggabungkan kekuatan MINDA dan kaedah PSIKOLOGI didalam DIET untuk mencapai impian anda menjadi seorang LEBIH HEBAT, LEBIH KURUS dan LEBIH SLIM

PSIKOLOGI
Di dalam program ini, minda klien anda di"reset" untuk menjadi lebih positif dan bebas STRESS agar NAFSU MAKAN terkawal

FIZIKAL & KEKUATAN MINDA
Didalam latihan fizikal, klien dibimbing untuk meningkatkan kekuatan dalaman mereka agar proses kurus menjadi lebih CEPAT

Keistimewaan program ini adalah anda..
+ tak perlu diet
+ tak perlu kira kalori
+ tak perlu guna supplement
+ hanya menggunakan KEKUATAN MINDA

Rebut peluang ini. Promosi sah sehingga 30 Syawal (15 Ogos 2015). BERTINDAK sekarang untuk hasil yang LUAR BIASA.

--> Tips
Alami sendiri satu pengalaman baru dan keseronokan apabila anda mampu mengawal NAFSU MAKAN sendiri disamping menikmati kualiti hidup yang lebih BAHAGIA!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 11 Ogos 2015

XXL to S

Nak KURUS? Pertimbangkan 2 perkara ini iaitu MINDA dan GAYA HIDUP (Diet dan Senaman).

Kenapa MINDA?
STRESS tidak dapat dipisahkan didalam kehidupan kita.

- tekanan tempat kerja
- tekanan rakan-rakan
- tekanan kewangan
- tekanan keluarga

Semua perkara ni buatkan diri kita semakin letih, penat, lesu, kurang motivasi untuk bersenam DAN bila stress, nafsu makan semakin menjadi-jadi.

KUNCInya adalah UBAH MINDA pemalas anda yang penuh dengan alasan itu dan juga UBAH GAYA HIDUP yang lebih sihat

--> Tips
Ramai yang jaga makan bila dah jatuh sakit. Sebelum ini mereka berfikiran, "enjoy your life". Adakah anda masih enjoy sekiranya sebelah kaki dipotong disebabkan DIABETES?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 10 Ogos 2015

KURUS CEPAT

Alhamdulillah.. Kini program saya telah siap DIJENAMAKAN dengan nama KURUS CEPAT!

KURUS CEPAT adalah program PERSONAL TRAINING PERTAMA DIMALAYSIA yang menjalankan latihan FIZIKAL dan menggabungkan kekuatan MINDA dan kaedah PSIKOLOGI didalam DIET untuk mencapai impian anda menjadi seorang LEBIH HEBAT, LEBIH KURUS dan LEBIH SLIM

PSIKOLOGI
Di dalam program ini, minda klien anda di"reset" untuk menjadi lebih positif dan bebas STRESS agar NAFSU MAKAN terkawal

FIZIKAL & KEKUATAN MINDA
Didalam latihan fizikal, klien dibimbing untuk meningkatkan kekuatan dalaman mereka agar proses kurus menjadi lebih CEPAT

Keistimewaan program ini adalah anda..
+ tak perlu diet
+ tak perlu kira kalori
+ tak perlu guna supplement
+ hanya menggunakan KEKUATAN MINDA

Ayuh, rebut peluang ini. Promosi sah sehingga 30 Syawal (15 Ogos 2015). BERTINDAK sekarang untuk hasil yang LUAR BIASA.

--> Tips
Alami sendiri satu pengalaman baru dan keseronokan apabila anda mampu mengawal NAFSU MAKAN sendiri disamping menikmati kualiti hidup yang lebih BAHAGIA!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

MUTIARA KATA

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Ahad, 9 Ogos 2015

INFOGRAFIK LATIHAN 06

Hari ni saya bagi TIPS untuk mendapatkan badan "HOUR GLASS"

Wanita untuk kelihatan lebih cantik dan seksi, anda perlu melatih bahagian bahu anda. Ia akan membuatkan badan anda berbentuk "hour glas" (itu pun kalau pinggang ramping.. hehehe). Cuba bayangkan kalau pinggang ramping dan "bahu ramping".. Tak terbayangkan oleh akal ku.

Selain daripada itu, dengan gabungan latihan dibahagian belakang (back) ia mampu merubah struktur postur anda menjadi lebih tegak dan mendada (saya cerita nanti dibab lain)

Wanita perlu melatih otot bahu kerana anda sering menggunakan otot bahu anda setiap hari tanpa sedar seperti mencapai sesuatu barang di rak yang tinggi, cuci tingkap, pasang langsir dan banyak agi. Kesemuanya aktiviti ini menggunakan otot bahu sebagai otot utama atau otot yang membantu pergerakan.

--> Tips
Jangan abaikan otot bahu anda. Kecederaan dibahagian bahu boleh membuatkan pergerakan tangan anda terbatas dan aktiviti juga terbatas. Frozen Shoulder adalah salah satu contoh sakit bahu.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 8 Ogos 2015

WANITA WAJIB BACA

Hari ni topik menarik! Siapa nak punggung J-Lo angkat tangan!!!!

TAHUKAH ANDA?!!
Disebalik memiliki punggung yang cantik, ada perkara yang lebih penting didalam kesihatan kita. Rujuk infografik yang saya sediakan.

Inshaa ALLAH malam nanti saya akan kongsikan senaman untuk mendapatkan punggung J-Lo.. Harap-harap sedikit sebanyak ianya dapat membantu.

--> Tips
KECANTIKAN dan KESIHATAN tidak boleh dipisahkan. PILIHAN ditangan anda. Ingin CANTIK KOSMESTIK atau CANTIK KESIHATAN.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 7 Ogos 2015

INFOGRAFIK LATIHAN 04

Tadi dah post gambar LEBAR-AN.. Haa.. Ni saya nak kongsi aksi-aksi untuk "counter" balik. Semua orang BERANGAN nak six pack dan ianya bukan satu kerja yang mudah.

Mai dengar Bahagia Jemali nak sajak sikit..

SIX PACK IDAMAN @ IGAUANKU
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ramai yang training gila-gila,
Menuntut sifu sini sana,
Tujuan nak six pack sahaja,
Tersilap langkah terus tercedera,
Selepas tu tak boleh buat apa-apa,
Berat pun naik semula,
Segala usaha jadi sia-sia,
Nak menyesal pun dah tak guna,
Nampaknya kembali OHSEM semula,
Jumpa BAHAGIA katanya PADAN MUKA!
Dia tambah lagi kata mutiara,
"Masa nak BESAR dulu sabar sahaja,
Time nak kurus tergesa-gesa pula"
Ang dah gila ke apa?...

--> Tips
Selain latihan dibahagian abs, peratusan lemak perlu rendah untuk menampakkan six pack anda dan kunci kejayaannya adalah PEMAKANAN!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

SELAMAT LEBAR-AN

Rasanya masih belum terlambat lagi mengucapkan SALAM LEBARKAN perut  kepada anda semua.

Bagaimana saiz baju dan seluar? Makin ketat atau makin sendat? Kalau ya, jomlah kita mula bersenam kembali.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi OBESITI...

--> Tips
Masih ingat Teori Sel Lemak? Sel lemak tidak akan berkurang dari segi JUMLAH, tapi ia mengecil dari segi SAIZ. Jangan tambahkan lagi JUMLAH sel lemak tu, kalau tak susah nak KURUS!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Khamis, 6 Ogos 2015

INFOGRAFIK LATIHAN 03

Dua hari lepas dah cerita pasal otot bahagian tangan, sekarang ni beralih ke bahagian kaki dimana latihan ini paling tidak disukai oleh kebanyakan abam-abam sado. Disebabkan aurat lelaki sampai lutut, jadi mereka kurang minat untuk membina dibahagian tersebut.

Latihan ni lebih fokus kepada bahagian kaki dengan menggunakan berat badan sendiri sahaja. Terdapat banyak otot dibahagian kaki dan kita tidak fokuskan ianya secara spesifik.

Nak peha cantik?
Nak punggung cantik?

Teruskan membaca sambil makan pop corn dan jangan buat apa-apa, nanti dia akan kecil sendiri. Huhuhu

--> Tips
Untuk wanita, anda perlu berhati-hati melakukan senaman dibahagian kaki kerana risiko untuk mendapat sakit lutut adalah sangat tinggi.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 5 Ogos 2015

PROMOSI ~KURUS CEPAT~

Sebelum ni saya wujudkan hashtag #5kepingkuihsehari. Ada yang berikan respond bahawa ianya sukar. Baca respond salah seorang yang mengikuti program KURUS CEPAT ni.

Program KURUS CEPAT ni mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu klien MAMPU MENGAWAL NAFSU MAKAN dengan sendirinya.

Kalau anda dah kurang makan, anda WAJIB KURUS!!

Program KURUS CEPAT adalah program ala PERSONAL TRAINING PERTAMA DIMALAYSIA yang menggabungkan KEKUATAN MINDA dan FIZIKAL untuk mencapai IMPIAN ANDA!!

+ tak perlu diet
+ tak perlu kira kalori
+ tak perlu guna supplement
+ hanya menggunakan KEKUATAN MINDA

°°°°°°°°°°
Orang yang berjaya KURUS adalah kerana TINDAKANNYA bukan BACA SAHAJA!
°°°°°°°°°°

Ayuh, rebut peluang ini. Promosi sah sehingga 30 Syawal (15 Ogos 2015). BERTINDAK sekarang untuk hasil yang LUAR BIASA.

--> Tips
Alami sendiri pengalaman dan keseronokan apabila anda mampu mengawal NAFSU MAKAN sendiri!!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

INFOGRAFIK LATIHAN 02

====================
INFOGRAFIK LATIHAN 02
====================
Adakah anda perasan, ketika anda angkat tangan dan melambai, ada satu bahagian lagi yang turut melambai? Tak percaya? Cuba anda try lambai dan cek dibahagian bawah lengan tu.. "Melambai" juga kan.. Hehehe

Ok, hari ni saya nak cerita mengenai kawan si BICEPS iaitu TRICEPS. Kalau BICEPS terbahagi kepada dua otot, TRICEPS pula terbahagi kepada tiga sebab tu bunyinya TRI (TRAI kalau dibunyikan).

Jadi, apa-apa senaman yang MELURUSKAN SIKU anda, bermakna otot triceps sedang bekerja dan salah satu cara untuk menghilangkan "lambaian maut" dibahagian lengan, anda boleh melakukan dengan senaman-senaman yang dilampirkan digrafik.

--> Tips
Otot bekerja secara berpasangan. Otot biceps bekerja dengan siku dibengkokkan dan otot triceps akan relaks dan membenarkan pergerakan tersebut. Cuba bayangkan dua-dua otot degil dan saling tarik menarik. Apa yang akan berlaku?

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 4 Ogos 2015

LATIHAN

Inshaa ALLAH, minggu ni saya akan berkongsi mengenai jenis-jenis senaman mengikut anggota badan yang spesifik.

Hari ni nak cerita pasal BICEPS. Otot ni adalah otot yang paling popular didalam dunia. Sebelum saya belajar anatomy dahulu, 2 otot yang saya tahu adalah BICEPS dan TRICEPS.

Otot biceps terdiri daripada 2 otot, sebab itulah namanya BI (bunyinya BAI - bermaksud dua) dan apa-apa pergerakan yang membengkokkan siku adalah hasil daripada otot biceps.

Saya sengaja bagi 6 contoh senaman agar anda semua kenal senaman untuk biceps. Yang lain boleh cari sendiri.

--> Tips
Otot biceps ni bukan hanya dilengan. Terdapat satu lagi otot BICEPS FEMORIS dibahagian belakang peha (hamstring).

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 3 Ogos 2015

PROMOSI KURUS CEPAT!!

Mereka berlima sudah mengikuti program KURUS CEPAT dan telah mendapat HASILNYA!!! Anda bila lagi?

Program KURUS CEPAT adalah program ala PERSONAL TRAINING PERTAMA DIMALAYSIA yang menggabungkan KEKUATAN MINDA dan FIZIKAL untuk mencapai IMPIAN ANDA!!

+ tak perlu diet
+ tak perlu kira kalori
+ tak perlu guna supplement
+ hanya menggunakan KEKUATAN MINDA

°°°°°°°°°°
Orang yang berjaya KURUS adalah kerana TINDAKANNYA bukan BACA SAHAJA!
°°°°°°°°°°

Ayuh, rebut peluang ini. Promosi sah sehingga 30 Syawal (15 Ogos 2015). BERTINDAK sekarang untuk hasil yang LUAR BIASA.

--> Tips
Alami sendiri pengalaman dan keseronokan apabila anda mampu mengawal NAFSU MAKAN sendiri!!
Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

15 MINIT JE...

Selalu orang bagi alasan tak nak bersenam..

- takde masa
- takde kasut
- takde duit nak pergi gim

Ok, mai saya belanja 1 program Circuit Training ni. Buatlah ikut kemampuan, kalau tak dapat 3 set, buat 1 set pun boleh. Kalau anda belum pernah buat, jangan sesekali NAK TUNJUK HERO, kang nanti MUNTAH HIJO..

CARA PERLAKSANAAN
Circuit Training adalah latihan yang berstesyen. Anda ada 8 stesyen dan semua senaman boleh dilakukan dengan body weight dan boleh dilakukan serentak!

Lakukan aktiviti 1-8 selama 30 saat setiap stesyen seberapa banyak ulangan yang anda mampu. Selesai habis kesemua stesyen, anda rehat selama 60 saat dan kemudian ulang semula kesemua stesyen tadi bagi melengkapkan set yang kedua dan begitulah seterusnya.

PERINGATAN
Lakukan ikut tahap kecergasan anda. Kalau anda FIT, boleh lakukan sehingga 5 atau 10 set, kalau ada FAT 1 set pun dah kira cukup untuk permulaan dan PASTIKAN ANDA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MELAKUKAN APA-APA AKTIVITI SENAMAN.

--> Tips
Anda boleh lakukan 4 atau 6 atau kesemua aktiviti senaman disetiap stesyen. Ikut kemampuan anda dan cuba cabar diri anda apabila proses adaptasi latihan telah berlaku.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 2 Ogos 2015

FASA AKHIR

Website saya dalam fasa terakhir.. dah lama buat tapi disebabkan banyak kekangan masa, baru dapat concentrate semula.

Semoga dipermudahkan.. Inshaa ALLAH

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

MOTIVASI PAGI

Semua orang nak KURUS tapi hanya CAKAP sahaja. Pecahkan TEMBOK M, inshaa ALLAH kejayaan menanti.

--> Tips
Orang yang berjaya akan melakukan TINDAKAN!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 1 Ogos 2015

PELABURAN MASA DEPAN

Menziarahi seorang rakan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan saya tapi disebabkan "kemewahan" menyebabkan beliau terus MEMBESAR BAGAI JOHAN. Pernah saya tegur kepada beliau tapi alasannya "Hidup hanya sekali bro, kita kena enjoy".

Beberapa minggu lepas, beliau dikejarkan dihospital kerana jatuh didalam bilik air. Betapa kalutnya isteri beliau yang kurus itu untuk menguruskan suaminya yang diserang sakit jantung. Nasib ada jiran hulurkan bantuan.

Mujur rakan saya mengambil insuran sebagai perlindungan. Alhamdulillah, proses pembedahan "bypass" dan juga kos rawatan yang lain ditanggung oleh pihak insuran. Saguhati dari pihak insuran dan juga rakan-rakan dapat juga meringankan bebanannya

TAPI

Sebanyak mana pun insuran cover
Sebanyak mana pun sumbangan rakan
Sebanyak mana pun wang tabung simpanan
SEMUANYA AKAN HABIS..

Apa yang anda LABURKAN untuk masa depan anda sekarang?
1. MAKAN
2. MAKAN
3. MAKAN

Pernah anda terfikir perkara ini berlaku kepada anda? Kalau anda GOL (meninggal),takpe lagi. Anda tidak menyusahkan orang lain. Pasangan anda boleh balik kampung atau kahwin lain

TAPI

- bagaimana anak-anak membesar tanpa anda
- bagaimana pasangan anda menguruskan keluarga berseorangan

DAN

Bagaimana pula kalau anda hidup dan tidak berdaya?
- siapa yang memberi nafkah?
- bagaimana kualiti hidup anda?
- kos persekolahan anak-anak?
- kos perbelanjaan dapur, sewa dan rawatan?

Pernah terfikirkan perkara-perkara tersebut? Jadi, anda masih ada alasan untuk TIDAK BERSENAM? Terserah anda! "Jangan cakap abang tak payong"

--> Tips
Jika anda TIADA MASA untuk menjaga kesihatan, SEDIAKAN MASA untuk jatuh sakit!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert