Khamis, 15 Oktober 2015

TESTIMONY MBFC

Peserta ini adalah peserta wanita yang paling senior dalam program My Body Fit Camp.

Pada mula penyertaan beliau, saya dapat lihat beliau sedikit "struggle" untuk mengikuti latihan. Maklumlah, berlatih bersama orang-orang muda.

Tapi hati beliau sungguh cekal dan kuat. Beliau teruskan juga latihan dengan penuh disiplin.

Kalau dilihat dari gambar, seperti tiada perubahan yang ketara tapi peserta ini menyatakan beliau merasakan dirinya semakin kuat, sakit lututnya berkurangan dan ototnya juga semakin firm.

Adakah KURUS masih penting bagi golongan emas ini atau KESIHATANNYA?..

Favourite all time
Dulu beliau paling tak suka flip tayar tapi sekarang beliau siap tanya saya

"En Bahagia, kalau tak buat apa-ala dengan tayar ni, boleh tak hantar kat rumah akak"... Ok.. yang ni tipu.. hahahaha

--> Tips
Tatkala seseorang itu memasuki usia emas, apabila ia memulakan latihan bebanan dan rintangan, kecergasannya akan MENINGKAT DENGAN DRASTIK berbanding dengan orang muda dan the beautiful part is, all their pain starts reduce & eventually gone!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

MINAT KEPADA BISNES

Saya sangat percaya kepada KELEBIHAN SETIAP DIRI MANUSIA.

Tak semestinya tak dapat straight A tak pandai, mungkin lemah dari segi AKADEMIK tapi ada KELEBIHAN ditempat lain.

Pengalaman saya, pernah berjumpa dengan seorang budak berumur 10 tahun. Bapanya berniaga disebuah warong agak top juga di JB. Budak ni memang tak pandai matematik.

So, saya tanyalah soalan rumus atau formula macam cari luas ke.. semua dia jawab tak tahu..

Then saya tanya dia soalan masalah, saya create satu situasi yang relate dengan kehidupan dia membantu bapa dia berniaga. Saya tanya "Ali pergi kedai bawa rm10.. Beli barang harga rm5.40, bape bakinya?

Spontan dia jawab rm4.60 dan beberapa lagi soalan tentang duit, semua dia boleh jawab.. hahaha

So, perlu ke dia nak belajar cari luas, kira tinggi semua? Lebih baik dia diajar berniaga dan expend perniagaan bapa dia.

Sekarang saya nampak budak ni dah besar dan bantu perniagaan bapanya. Semoga perniagaanmu bertambah maju..

--> Tips
Ibu bapa seharusnya mengenali BAKAT dan KELEBIHAN anaknya. Asah kemahiran mereka sehingga mereka mampu menukar minat mereka menjadi sebagai KERJAYA.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 14 Oktober 2015

TESTIMONIALS MBFC

Testimoni kali ni sanggup menempuh cabaran untuk menyertai My Body Fit Camp.

Sebenarnya, cabaran yang paling utama yang perlu anda tempuh adalah DIRI ANDA SENDIRI. Bagaimana mahu berjaya kalau belum buat dah ada 1001 alasan.

Saya ambil contoh peserta ini, beliau bekerja mengikut shif, balik dari kerja jam 6pagi dan terus bergegas ke tempat latihan. Beliau juga mengikuti latihan dengan penuh disiplin dan hasilnya... beliau berjaya mengecilkan saiz badan beliau.

Pada sesiapa yang bakal menyertai program latihan MBFC ni, jangan salahkan saya kalau baju dan seluar anda dah mula LONGGAR!!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 13 Oktober 2015

BERAT vs SAIZ

Keunikan program kami ini adalah,

"KAMI FOKUS KEPADA SAIZ BADAN BUKAN BERAT BADAN"

MENGAPA?...
Sebelum saya terangkan, saya gambarkan anda satu senario dahulu.. Katakanlah anda berjalan-jalan dan terserempak dengan rakan lama... Dialog dia lebih kurang begini..

"Eh Vida.. Aku tengok ko sekarang ni semakin KECILLAH. Berapa BERAT ko sekarang?

Ok, perhatikan ayat di atas. Yang mana satu rakan anda tanya dulu?... PENAMPILAN atau BERAT?...

Faham maksud sayakan?.

Balik kepada soalan, mengapa saya lebih fokus kepada SAIZ?

Secara psikologinya, apabila manusia tidak dapat mencapai sesuatu berat yang mereka inginkan, mereka akan FRUST!!!

TAPI

Mereka lupa pula bahawa badan mereka menjadi semakin mengecil dan cantik. Jadi kenapa masih ingin melihat kepada berat lagi?...

Terutama mereka yang mengikuti latihan bebanan, kadang-kadang ada yang naik beratnya tapi badannya semakin cantik dan "toning".

Ini adalah salah satu testimonials MBFC pada tahun lepas. Beratnya tak berlaku perbezaan yang ketara tapi anda dapat lihat badannya menjadi lebih cutting.

MASIH LAGI OBSES DENGAN BERAT ANDA?

Sertai program My Body Fit Camp​ kami yang akan bermula pada 30.10.2015 ini. KAMI KOMITED MEMBANTU ANDA

Ikuti perkembangan MBFC dipage ini

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 11 Oktober 2015

DUDUK & SAKIT PINGGANG

FAKTA!!

Duduk terlampau lama boleh mengakibatkan anda SAKIT PINGGANG!

Dalam Ceramah POSTUR & ERGONOMIK yang selalu saya sampaikan, saya sering menekankan kesan buruk ni.

Samada anda memandu atau bekerja dihadapan komputer, anda lebih terdedah kepada sakit belakang dan bahu.

Punca secara spesifik tidak diketahui tapi salah satu faktor penyumbang adalah disebabkan oleh masalah POSTUR.

BAGAIMANA NAK BETULKAN POSTUR
Jawapan saya mudah sahaja, postur boleh diperbetulkan melalui pelbagai kaedah rawatan.  Salah satu daripadanya adalah melalui kaedah manipulatif manakala SENAMAN penting untuk mengaktifkan kembali sistem tubuh badan kita

PENCEGAHAN
Sekiranya anda memandu atau melakukan kerja dihadapan komputer dalam 1-2 jam berterusan, rehatlah sebentar 2-3 minit dan lakukan:-

1. Regangan dibahagian bahu dan leher
2. Minum air suam
3. Pandang sebentar ke tempat yang berwarna hijau (nature)
4. Tarik nafas dengan dalam 3-5x
5. Dan sambung kembali

--> Tips
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

PERLAKSANAAN MBFC

Ramai yang bertanya mengenai perlaksanaan MBFC program ini....

Saya jawab secara umum kerana saya menerima soalan-soalan ini daripada semalam agar semua jelas bagaimana perjalanan program ini..

Mai ceq explain sat nooo.....

1. Program ini dijalankan selama 6 minggu

2. Latihan hanya dijalankan pada setiap hari JUMAAT dan SABTU sahaja

3. Latihan bermula jam 0615 hingga 0715. Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin meneruskan latihan di Paragon Fitness selepas waktu latihan, ianya tiada masalah

4. Lokasi latihan adalah di Paragon Fitness sahaja. Tiada tempat lain.

5. Anda boleh menggunakan kemudahan seperti sauna, steambath, bilik mandi dan locker selepas waktu latihan

6. Bagi sesiapa yang berkerja, anda boleh menggunakan bilik mandi di sana untuk persiapan diri sebelum ke tempat kerja

7. Latihan ini dijalankan secara berkumpulan

8. Latihan akan dikendalikan oleh Jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman

9. Kami menggabungkan latihan moden dan tradisional didalam program ini. Bermaksud ada latihan yang menggunakan mesin dan juga free weight

10. Diet Konsultan kami akan berinteraksi dengan anda di dalam Whatsapp group sahaja. Segala pertanyaan anda akan dijawab oleh beliau. Inshaa ALLAH

11. Kami juga menyediakan tempat untuk menunaikan SOLAT SUBUH. Tak perlu menginap disana, anda boleh datang pada jam 6am. Kami sarankan agar kita dapat SOLAT BERJEMAAH bersama-sama agar tidak terlambat menjalani latihan

12. Anda FIT atau FAT, yang paling penting anda bebas daripada sebarang penyakit untuk menyertai program kami. Tiada istilah NEWBIES dalam program ini.

Sekiranya ada apa-apa soalan, boleh tanya diruang komen atau Perdana Menteri saya...

Teruskan mengikuti perkembangan di page Bahagia Jemali.

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

PENDAFTARAN MBFC DIBUKA SEKARANG

Setakat dibuka pendaftaran, dah ada 5 orang yang dah register dan ramai yang bertanya...

Cepat bertindak!!!

Harga yang menarik untuk anda...  saya re-post semula utk anda

Bismillah Hirrahma Nirrahim

My Body Fit Camp tahun ini dijalankan dengan lebih eksklusif.

>>DIET PEMAKANAN
Kami berkolaborasi dengan Susu Sejat sebagai DIET KONSULTAN sepanjang program dijalankan bagi membantu merangka pelan pemakanan anda

BONUS : INTERAKSI LIVE bersama SS di whatsapp selama 2 jam setiap hujung minggu

dan

EBOOK DARI SUSU SEJAT
SS akan buatkan 1 E-Book khas untuk anda

>> PARAGON FITNESS
Gim yang mempunyai keluasan 19000sq ft dan peralatan berjenama TECHNO GYM yang HIGH END dengan lebih 20 mesin kardio dan ruang latihan 3 tingkat membuatkan ianya satu tempat yang sangat eksklusif.

>> PERTANDINGAN
Kali ini, pertandingan kami lebih menumpukan 3 aspek iaitu
a. 50% markah - saiz pinggang
b. 30% markah - body fat
c. 20% markah - berat badan

>> HADIAH
Dan hadiah sebanyak 6 tempat ditawarkan dan kali ni agak lumayan dengan

~Pertama : Treadmill + 3 bulan membership Paragon Fitness

~Kedua : Elliptical Trainer + 2 bulan membership Paragon Fitness + T Shirt BAHAGIA JEMALI

~Ketiga : Adjustable Benches + 1 bulan membership Paragon Fitness + T Shirt BAHAGIA JEMALI

~Keempat - Keenam : Swiss Ball + 1 bulan membership Paragon Fitness + T Shirt BAHAGIA JEMALI

>> EARLY BIRD
Pendaftaran 20 orang terawal akan mendapat BUKU DIARI DIET SUSU SEJAT yang bernilai RM25

Masih tidak cukup lagi?

>> KEMUDAHAN
Anda boleh menggunakan segala kemudahan seperti sauna, steambath, bilik mandi dan locker di Paragon Fitness selepas waktu latihan.

Tunggu.. Ada lagi...

>> FREE ENTRY
Anda diberi peluang untuk menjalani latihan di Paragon Fitness sebanyak 3 kali pada bila-bila masa (terma dan syarat)

>> T SHIRT
Anda akan dibekalkan dengan sehelai t shirt untuk program ini.

Ok, menarikkan?.. Jadi semua yang diatas itu bukan bernilai RM1000, bukan juga RM500 tapi ianya hanya RM399 sahaja

>> PAKEJ
Nak diskaun lagi? Anda bantu kami, kami bantu anda..

Kami menawarkan lagi pakej berkumpulan untuk anda iaitu

3 orang = RM 379 x 3
5 orang = RM 369 x 5

Jadi, adakah nilai yang anda bayar ini masih mahal dengan apa yang kami beri?

Jom daftar sekarang. Kami yakin anda mencapai impian anda dan juga segala pelaburan anda pasti BERBALOI-BALOI.

--> Tips
Kami komited membantu anda mencapai impian anda... Adakah anda bersedia?....

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

Jumaat, 9 Oktober 2015

MBFC DI PARAGON FITNESS

Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya ALLAH kerana telah memudahkan lagi urusan penganjuran My Body Fit Camp

Kali ni, pihak Paragon Fitness telah bersetuju untuk membenarkan kami menyewa dan menjalankan program ditempat mereka.

Senarai semak saya...
Susu Sejat sebagai Diet Konsultan - DONE
Paragon Fitness lokasi MBFC - DONE
Jurulatih - DONE
Hadiah LUMAYAN - DONE

Bahagian saya dah siap.. Inshaa ALLAH saya akan keluarkan flyers esok sempena HARI SUKAN NEGARA..

Bagaimana dengan ANDA?..

ANDA DAH BERSEDIA menyahut cabaran MBFC 3rd Batch?!!!.....

Ikuti perkembangan dipage ini

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

JOM KITA CEK...

10 tips santai untuk mengetahui adakah anda OBES?

Jom kita cek sama-sama.. Adakah simptom obes ini ada pada diri kita...

1. Orang yang obes takkan sedar diri dia obes sehingga ada orang tegur atau mereka lihat dicermin (Eh.. Gemuknya aku.. Aarghh!!!)

2. Jalan kaki atau naik tangga sikit pun dah mengah-mengah. Bunyi nafas kuat dah macam orang lari pecut.

3. Mula cari produk kurus, pantang dengar mesti nak beli, tak kisahlah Terlajak Umur ke, Quda Hitam ke.. TAPI masih malas nak BERSENAM

4. Bab makan pula, mereka memang PANTANG jumpa makanan. Apa yang dihidang, dijamin licin. Sayang katanya. Mereka siap quote

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani" katanya. (tak masin ke? Huhu)

5. Kalau berdiri, dah tak nampak kaki anda dibawah sebab perut menjadi penghalang

6. Peha mula bergesel sebab dah membesar bagai JOHAN

7. Bila berlari, badan dah mula "bergegar-gegar"

8. Anda tak mampu pegang telinga kiri anda dengan tangan kanan dari arah belakang kepala

9. Anda baru je buat benda tu kemudian tersengih seorang-seorang

10. Itu juga salah satu tanda yang anda obes (sebab takut tak sampai nak capai telinga tu) hahahaha...

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert


Khamis, 8 Oktober 2015

CIRCUIT TRAINING - LATIHAN LITAR

Saya telah menjalankan latihan litar di gim hampir 10 tahun. Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tips mengenainya

Latihan litar adalah latihan yang dirangka secara berstesen dan ianya dilakukan secara kitaran bermula dari stesen satu hinggalah ke stesen yang terakhir.

Latihan ini lebih menguji daya tahan jantung, otot dan juga kekuatan.

Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti jurulatih. Paling penting ia mempunyai nisbah

"masa kerja : masa rehat"

TIPS!!
1. Apakah kelebihan latihan litar kepada anda:

Ia dapat meningkatkan kekuatan dan kecergasan dan sekaligus membakar lebih banyak jumlah kalori.

Gabungan latihan aerobik dan anaerobic yang dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga mampu memberi kesan yang positif kepada diri anda dari sudut fizikal, fisiologi dan juga psikologi.

2. Cabaran latihan:

Latihan litar kebiasaannya dijalankan oleh atlit. Walau bagaimana pun, orang biasa pun boleh melakukannya dengan mengikut kemampuan diri masing-masing.

Apabila badan anda telah dapat menyesuaikan diri, tingkatkan intensiti latihannya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik

Ingat "Prinsip Latihan - Dari mudah ke sukar"

3. Siapa yang sesuai dengan latihan litar:

Semua orang yang sihat tubuh badan sesuai melakukannya. Sekiranya anda mempunyai penyakit yang kronik, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan apa-apa senaman dan rujuk kepada jurulatih yang bertauliah mengenai jenis senaman yang sesuai dengan anda.

Latihan litar ini juga sangat sesuai dijalankan kepada golongan yang terlampau sibuk kerana ia menggabungkan aktiviti kekuatan dan daya tahan di dalam satu senaman.

Lagipun ianya satu aktiviti yang menyeronokkan apabila dilakukan secara berkumpulan

4. PERHATIAN NEWBIES

- Anda perlu tahu tahap kecergasan semasa diri anda.

- Lupakan segala pencapaian wakil daerah/negeri/negara yang anda pernah capai semasa zaman sekolah rendah anda kerana

DULU ANDA FIT TAPI SEKARANG ANDA FAT!!!

- Jangan ikut rakan anda yang dah lama jalankan latihan litar ini, kelak anda merana diri.

- Paling penting, ikut kemampuan dan keselesaan diri anda.

--> Tips
Jurulatih yang baik akan mengubah suai intensiti latihan litar mengikut tahap kecergasan dan kemampuan kumpulan yang dibimbingnya.

Selamat mencuba!!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 7 Oktober 2015

DIET KONSULTAN

DIET!

Kalau cakap pasal DIET je, mesti ramai yang ingat TAK MAKAN atau TAK BOLEH MAKAN itu dan ini.

DAN

Kalau nak bincang pasal DIET ni pula, ianya sangat subjektif dan sukar.

Katakanlah nilai kalori antara BUBUR, NASI dan NASI GORENG.. Walau ianya berasal dari BERAS tapi hidangannya menjadikan nilai kalorinya berbeza.

Inshaa ALLAH..
Kami dalam peringkat akhir perbincangan untuk mendapatkan seorang DIET KONSULTAN untuk bersama dengan program kami yang bertujuan untuk MENDIDIK PESERTA MERANGKA PELAN PEMAKANAN YANG SESUAI DENGAN MEREKA.

Doakan segala semua urusan dan perbincangan ini dipermudahkan olehNya.
Aaminnnn

--> Tips
My Body Fit Camp kali ini dikendalikan oleh PAKAR-PAKAR yang ahli didalam bidangnya. Inshaa ALLAH

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 6 Oktober 2015

RAHSIA KURUS

Tahukah anda?

PEMAKANAN adalah salah satu kunci penting didalam proses mengecilkan saiz badan?

Dan

SENAMAN juga penting untuk dilakukan untuk menjaga KECERGASAN dan KESIHATAN..

"Exercise is KING, Nutrition is QUEEN,
put them together and you've got a KINGDOM"

--> Tips
Ikut sunnah nabi
"Makan apabila LAPAR dan berhenti sebelum KENYANG

Lebih MUDAH, lebih AFDHAL dan lebih BERKESAN

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

MBFC 2014

Pada tahun 2014, MY BODY FIT CAMP dijalankan ditempat yang terbuka.

Terdapat beberapa perkara yang agak sukar dikawal ketika itu iaitu

1. Tempat latihan yang dijalankan dikawasan letak kereta dan terdapat beberapa buah kereta yang menghalang kawasan latihan program

2. Faktor cuaca yang tidak boleh dikawal seperti hujan.

3. Permukaan yang tidak sesuai yang memungkinkan kecederaan seperti luka berlaku

Dan banyak lagi...

Disebabkan oleh itu, kami bercadang untuk menganjurkan MBFC di sebuah GIM YANG EKSKLUSIF

Walaupun latihan dijalankan didalam gim, kami masih mengekalkan latihan "functional" dan kali ini menggabungkan kedua-dua kaedah moden dan tradisional

Yang pasti, kali ini program ini akan jadi lebih MENARIK, TERTARIK dan DA BOOM..

Ikuti perkembangan My Body Fit Camp ini dipage Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 5 Oktober 2015

PROGRAM SETERUSNYA

Dalam proses perbincangan untuk program My Body Fit Camp yang akan datang..

Inshaa ALLAH..
Program kali ni lebih GEMPAK!!!

1. Tempat INDOOR yang sangat selesa dengan PELBAGAI KEMUDAHAN..

2. Hadiah yang lumayan dan lebih BERNILAI kepada diri anda...

3. Konsep latihan yang lain daripada yang lain...

Itu je setakat ni yang boleh saya kongsi.. Nak tahu lebih lanjut?.. Ikuti page ini..

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Sabtu, 3 Oktober 2015

SELESAI BOOTCAMP BERSAMA JK1M (TEAM NUAIM)

Alhamdulillah... Syukur kehadrat ALLAH..

Selesai sudah pagi ini menjalankan program BOOTCAMP eksklusif bersama team JK1M (Team Nuaim) pagi ni.

Separuh daripada mereka telah merasai apa yang dikatakan THE POWER of BODY n MIND CONNECTION..

Semoga ianya memberikan satu pengalaman baru kepada anda semua...

Terus YAKIN, BERSEMANGAT dan ISTIQOMAH dalam perjuangan KURUS anda semua..

#kipidap #dondebab

Semoga dipermudahkan.. Inshaa ALLAH..

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Jumaat, 2 Oktober 2015

THE POWER of BODY n MIND CONNECTION

Inshaa ALLAH esok pagi saya akan bersama peserta JK1M (team Nuaim) untuk menjalankan aktiviti BOOTCAMP!!

Kalau POWER saya cukup, saya buat satu BOOTCAMP khas lain daripada yang menggabungkan MINDA dalam latihan..

Semoga dipermudahkan.. Inshaa ALLAH..

--> Tips
Bagi mereka rasa apa itu The POWER of BODY n MIND CONNECTION

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

INGAT MENGINATI

Saya ingin mengingatkan 3 perkara kepada anda..

Sila baca...

Khamis, 1 Oktober 2015

SENAMAN BERKUMPULAN

Tahukah anda?!!
Senaman berkumpulan seperti senamrobik, circuit training, bootcamp dan yang seangkatan dengannya adalah satu program yang menyeronokkan!

Anda boleh dapat pelbagai faedah dengan program seperti ini antaranya adalah

1. Rakan baru
Mana yang lagi best? Training seorang-seorang ke atau dengan kawan-kawan. Latihan dalam kumpulan dengan rakan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan kita pasti satu perkara yang menyeronokkan. Disamping itu juga, kita dapat menambahkan "networking"

2. Motivasi
Mengapa sesetengah orang gagal untuk KURUS? Kerana salah satu KUNCI kejayaan untuk seseorang itu kurus adalah MOTIVASI. Kita akan sentiasa bersemangat apabila melihat  kesungguhan rakan-rakan yang lain

3. Cabaran
Semua orang sukakan cabaran. Setiap cabaran yang dilalui akan membuatkan diri anda semakin kuat, semakin bersemangat dan semakin fokus untuk mencapai matlamat anda

4. Aktiviti yang seronok
Keseronokan dalam melakukan latihan adalah sangat penting. Aktiviti bersama rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama akan mewujudkan satu suasana dan aura yang positif didalam diri anda

5. Komuniti yang sihat
Perkara yang penting sekali adalah kita dapat bersama mewujudkan satu komuniti yang mempunyai satu matlamat dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan antara satu dengan lain untuk mencapai impian yang sama.

--> Tips
Program berkumpulan yang pertama saya pernah kendalikan adalah dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia pada tahun 2008 dan terbaru My Body Fit Camp pada tahun 2015. Kedua-duanya berjaya membantu mereka yang mempunyai masalah obesiti.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork


Rabu, 30 September 2015

PROGRAM BERSAMA PESARA

Semasa program di Langkawi (short trip) sebab ada program di Johor pula..

Menaiki penerbangan MAS dalam keadaan berjerebu.. Alhamdulillah.. Semuanya selamat..

Program berjalan dengan lancar.. Bakal Pesara kerajaan ini sangat aktif. Banyak soalan-soalan dilemparkan dan penglibatan mereka juga sangat memberangsangkan.

Komen salah seorang peserta

"Program ni lain daripada yang lain.. Ingatkan dengar ceramah je.. Ghope-ghopenya banyak benda yang kami tak tahu dan banyak input-input baru yang diperolehi.."

--> Tips
Nak program yang lebih lengkap? Tunggu modul MUDAHNYA KURUS dengan modul dan penyampaian yang lebih segar bersama rakan partner saya Susu Sejat.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Selasa, 29 September 2015

MAHAL vs MURAH

Pagi tadi berjumpa dengan seorang rakan lama.. Dalam perbualan kami, ada satu perkara saya nak share tentang MAHAL vs MURAH

AA : Ko masih buat SPORTS MASSAGE lagi?

BJ : Masih.. Kenapa?

AA : Ko tau, aku ada hantar seorang VVIP (klien beliau) ke satu top SPA di JB.. Budak reception yang urut.. Adoiii..

BJ : Mana ko tau dia budak reception?

AA : Masa aku hantar klien tu, aku tunggu. Pas klien aku balik, aku macam tak puas hati. Aku tanya budak tu. Siapa yang urut, dia cakap dia urut. Siapa reception? Dia jawab dia reception, tukang urut tak sampai lagi so dia cover kejap.

Aku dah garuk kepala. Aku tanya lagi, awak dah berapa lama massage orang.. Ko agak-agak dia jawab apa

BJ : Ntah.. Setahun kot..

AA : Kalau setahun pun ampun lagi. Dia cakap dia baru belajar. Aku tanya lagi, dah tu awak buat SPORTS MASSAGE kat klien saya tadi macam mana. Ko tau apa dia jawab?? Saya YOUTUBE kejap bang

BJ : Bape dia charge?

FT : Almost RM 200 for 60min

Apa yang saya dapat rumuskan..

"Tak semestinya MAHAL itu bagus, tak semestinya MURAH tu tidak berkualiti"

--> Tips
Perkhidmatan yang melibatkan kemahiran seperti URUTAN ni sangat subjektif. PENGALAMAN dan KEMAHIRAN sahaja yang MEMBEZAKAN harga.

Dan

Selepas ni kalau nak belajar massage, g belajar melalui YOUTUBE sahaja.. hahahha

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Isnin, 28 September 2015

PENGALAMAN MEMBUATKAN KITA MATABLNG

Cepat masa berlalu..

Saya mula belajar SPORTS MASSAGE seawal tahun 1998. Masa tu muda sangat dan orang kurang percaya budak-budak muda macam saya ni mengurut dan saya banyak urut rakan-rakan terdekat sahaja.

Lepas tu, saya tambah ilmu selain daripada urutan.. Sehinggalah saya belajar teknik manipulasi otot dan tulang.

Kini pandangan saya lebih besar dan luas. Sebagai seorang jurulatih dan juruterapi, saya dapat kaitkan faktor yang mengundang kecederaan dari sudut aktiviti harian yang dijalankan.

Apa yang boleh saya katakan, SEIMBANG dalam melakukan segala aktiviti anda.

Mahu jadi APA?..
Mahu jadi HANTU..
Mahu jadi BUAYA?...

--> Tips
KESEDERHANAAN adalah lebih baik.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Ahad, 27 September 2015

KENAPA SAKIT BAHU?

Tahukah anda sendi bahu adalah jenis sendi "bola dan soket" yang terdiri daripada tiga tulang:
1. Tulang lengan (humerus)
2. Tulang belikat (scapula)
3. Tulang selangka (clavicle)

Jadi, kalau anda mempunyai masalah bahu, salah satu sebab puncanya adalah OTOT DISEKELILING 3 TULANG YANG DISEBUT DI ATAS berkemungkinan ketat sehingga menyebabkan pergerakan tulang ini terjejas.

--> Tips
Inilah salah satu PUNCA.. Selesaikan PUNCA, Inshaa ALLAH MASALAH selesai.

Lebih banyak info di IG @BAHAGIA JEMALI

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Sabtu, 26 September 2015

CARI "PUNCA" SELESAI "MASALAH"

Tahukah anda?

Sakit kepala, saki bahu & sakit belakang bukan berpunca dari tempat yang spesifik?..

Untuk anda mudah faham saya bagi satu analogi mudah.

Anda pernah dengar orang alignment tayarkan? Apabila tayar lari dari alignment (PUNCA) ia akan mengakibatkan (MASALAH)
- tayar cepat haus
- suspension turut terjejas
- kuat guna minyak (petrol)

Jadi selagi tayar anda tidak melakukan alignment, selagi itu perkara-perkara diatas terus berlaku.

Sama juga dengan badan anda

Kalau anda sakit bahu atau sakit pinggang, selagi alignment (PUNCA) anda tidak dibetulkan selagi itu sakit (MASALAH) itu datang kembali.

Betulkan PUNCA dan MASALAH selesai..

--> Tips
POSTURAL ALIGNMENT sesuai dilakukan untuk semua orang, bukan hanya kepada yang mempunyai masalah postur sahaja.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Banyak lagi info di IG @BAHAGIA JEMALI

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Jumaat, 25 September 2015

KURSUS PERSARAAN

Alhamdulillah, saya tekah dilantik sebagai penceramah untuk satu Kursus Pra Persaraan kepada kakitangan kerajaan.

TAHUKAH ANDA?..

Ramai pesara yang menghidap penyakit selepas mereka bersara? Mengapa?

1. Aktiviti harian mereka berubah. Kalau dulu sibuk dengan kerja dan bergerak kesana-sisi, tapi sekarang lebih rileks.

2. Apabila kurang aktiviti harian tapi makanan yang mereka ambil tetap sama. Wujud lebihan kalori

3. Kurang melakukan senaman dan faktor penuaan akan menyebabkan kekuatan otot menjadi lemah sekaligus merubah kedudukan postur

4. Manusia mempunyai beberapa kategori umur antaranya KRONOLOGI dan BIOLOGI

KRONOLOGI adalah ikut kalender. Contoh happy birthday to you je naik setahun

BIOLOGI adalah bagaimana sistem dalam badan berfungsi.

Kalau nak jadi AWET MUDA, lakukan senaman daripada muda, jadi kalau umur 70tahun, tapi sistem biologi dalam badan berfungsi seperti orang 30an contoh macam HULK HOGAN.

Dan banyak lagilah yang nak dikongsi kepada pesara. Tak dapat nak dihuraikan disini. Apa yang diceritakan ini adalah "SURFACE" sahaja, belum masuk bahagian yang "DEEP" lagi..

Anda seorang pesara? Kursus ini sangat membantu anda bagi persediaan semasa persaraan. Impian seorang pesara adalah

- ingin melakukan ibadah dengan sempurna
- ingin hidup rileks bersama keluarga
- ingun berjalan-jalan dengan pasangan
- ingin bermain dengan cucu
Dan banyak lagi

Banyak lagi info di IG @BAHAGIA JEMALI

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection


Rabu, 23 September 2015

USAHAWAN JUTAWAN

Kalau ditanya kanak-kanak, dah besar nak jadi apa? Jawapan standard adalah DOKTOR, PEGUAM, ASKAR dan CIKGU. Betulkan?..

Adakah anda tahu, apa yang mereka fikirkan itu adalah satu kerjaya yang dipanggil "makan gaji".

Mengapa kita tidak memprogramkan mereka agar suka kepada PERNIAGAAN?

TAKUT RUGI?
TAKUT TAK JADI?
TAKUT LINGKUP?

Inilah dinamakan LIMITED BELIEVE! Anda mengongkong pemikiran anak-anak tanpa sedar. Berniaga perlu ada strategi, perlu belajar psikologi dan perlu diadaptasi..

Dalam program #fitnesscampforkids, saya selalu mengingatkan kepada peserta tentang betapa untungnya apabila menjadi seorang USAHAWAN.

Untung apa?
1. Anda boleh aturkan masa kerja anda dan ada masa bersama keluarga

2. Anda ada lebih duit atau harta untuk disedekahkan (agar amalan kita berterusan walaupun kita tiada)

3. Anda meningkatkan ekonomi umat Islam dengan membayar zakat

4. Kita boleh membantu orang lain yang memerlukan dan juga dapat membantu mereka yang ingin berjaya seperti anda

5. Mampu menunaikan Haji dengan mudah, inshaa ALLAH

So, mulai daripada hari ini.. Bimbing dan re-program anak-anak anda agar menjadi seorang usahawan. Cungkil bakat & minatnya lalu bimbing mereka bagaimana mereka mampu menjana pendapatan daripada kemahirannya

INILAH PENDIDIKAN YANG SEBENAR!!

--> Tips
Pendidikan seharusnya DINILAI berdasarkan KEMAHIRAN mereka, bukan ATAS KERTAS sahaja.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

TERAPI DIRI

Alhamdulillah.. Syukur kepadaMu Ya ALLAH

Dengan izinMu hari ni aku semakin sihat.. Semakin cergas.. Semakin hebat!!

Seharian semalam tak buka laptop.. Memang tahu ada banyak email atau mesej yang masuk, tapi badan memerlukan rehat..

Terapi Sendiri
Bermain seharian dengan anak-anak, bawa mereka berjalan dan keletah merekalah yang memulihkan segala kesakitan ini dengan izin ALLAH...

Hari ni kerja semula..
Rancang untuk program yang akan datang.. Inshaa ALLAH..

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Selasa, 22 September 2015

PERMAINAN TRADISIONAL

Percaya atau tidak, ade seorang peserta tanya kepada saya masa program hari tu, "Encik Bahagia, permainan tradisional ni main chest ke?"

Sebab itulah, #fitnesscampforkids kali ni dirangka dengan memperkenalkan permainan-permainan tradisional seperti galah panjang, datuk hariImau dan bermacam-macam lagi yang bertujuan untuk mereka kenal permainan yang pernah kita lalui dahulu.

Lagi pun, aktiviti ini sesuai dilakukan pada waktu senggang bersama keluarga. Kalau kami tidak perkenalkan kepada mereka, pasti mereka tidak tahu jenis permainan yang pernah dimainkan oleh zaman dahulu

Kesannya, hari ni anak-anak saya ajak saya main "Datuk Harimau" dan mereka sangat gembira.

Biarlah kemajuan IT ini diseimbangkan dengan aktiviti fizikal agar

1. Permainan tradisional tidak hilang ditelan zaman

2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan

3. Mengurangkan masalah obesiti dikalangan kanak-kanak

4. Menggalakkan perkembangan fizikal yang lebih baik

5. Mengurangkan masalah postur akibat gajet

Banyak lagi info di IG @Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

BOOTCAMP FOR KIDS

BOOTCAMP adalah latihan yang menguji kekuatan dan dayatahan fizikal. Bagi kanak-kanak ini, mereka diperkenalkan dengan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bebanan samada bebanan dengan berat badan sendiri atau bebanan luar.

Mengapa latihan bebanan diperkenalkan seawal usia kanak-kanak? (Bukan latihan bebanan seperti atlit)

Secara sedar atau tidak, aktiviti harian mereka memang tidak lari dari mengangkat beban seperti menggalas beg sekolah, angkat barang harian dan banyak lagi.

Oleh itu, #fitnesscampforkids memperkenalkan satu aktiviti latihan bebanan yang dapat membantu dalam perkembangan fizikal mereka, mengurangkan sakit sendi dan otot dan sekaligus dapat mengurangkan risiko obesiti terhadap kanak-kanak

Banyak lagi info di IG @Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection


WALL CLIMBING

WALL CLIMBING adalah salah satu aktiviti yang dijalankan dididalam #fitnesscampforkids

Ia menguji keberanian, kekuatan, daya tahan mental dan fizikal peserta. Anda boleh lihat betapa beraninya anak-anak kecil ini memanjat dengan tinggi.

Memang sifat kanak-kanak SUKA dan BERANI MENCUBA, barulah mereka akan menjadi lebih kreatif dan lebih berani explore mengenai sesuatu perkara.

Yang menariknya dalam gambar ini, gambar sebelah kiri itu adalah kanak-kanak perempuan yang berumur 4 tahun yang berjaya memanjat 4 blok wall tersebut.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection


SEPANJANG FITNESS CAMP

Meja urusetia dan pendaftaran.

Peserta yang pertama tiba seawal 6.45 pagi. Semangat yang berkobar-kobar katanya.

Sehari sebelum program, ramai parents yang cakap anak mereka sangat excited untuk menyertai program hari ni.

Bukan anak sahaja malah ibu bapa juga merasakan adrenaline program ini.

Penyertaan kanak-kanak yang bermula dari umur 4-14 tahun ini sangat meriah dan best. Pengalaman yang sangat berharga bersama mereka.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.. Selesai sudah program FITNESS CAMP for KIDS batch ke LIMA.

Seramai 130 penyertaan dan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan.

Ini adalah penganjuran saya yang paling besar dan kebetulan juga saya kurang sihat. Agak terkilan, banyak perkara saya sendiri tak dapat lakukan.

Tapi syukur Alhamdulillah, ada 13 orang jurulatih lagi yang membantu menjayakan program tersebut.

Hari ni saya akan upload gambar-gambar sepanjang program dijalankan.

Semoga semua ibu bapa yang menyertai program ini berpuas hati dan terus menyokong program kami dimasa-masa yang akan datang.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 21 September 2015

PEMENANG SELFIE & LIKE

DIUMUMKAN pemenang bagi Pertandingan SELFIE & LIKE #fitnesscampforkids jatuh kepada

@kissgurlz = 71 like

dan tempat kedua jatuh kepada
@ndianakhalid = 54 like

dan saguhati jatuh kepada
3. @mhdfaizie = 27 like
4. @fairuz_wak = 19 like
5. @syamiels = 15 like

Tahniah kepada yang menang.. Cuba lagi kepada yang tidak berjaya..

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Ahad, 20 September 2015

CEPAT LIKE MEREKA

Siaran langsung dari #fitnesscampforkids

PANAS.. PANAS.. PANAS...

SATU KEJUTAN TELAH BERLAKU!!!!!!!

Kedudukan pertandingan SELFIE&LIKE sekarang dah berubah...

TOP 5 sekarang adalah

1. @ndianakhalid = 42 like
2. @kissgurlz = 38 like
3. @mhdfaizie = 35 like
4. @fairuz_wak  =  18 like
5. @syamiels = 15 like

Adakah salah seorang daripada mereka ini kawan anda? Jika ya.. Cepat bantu mereka dengan LIKE di INSTAGRAM mereka.

Tinggal 6 jam lg..... CEPAT!!! Jangan terlambat

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

SEBALIK TABIR

Walaupun program FITNESS CAMP for KIDS kali ni dijalankan hanya sehari

TAPI

Ianya sangat mencabar kepada kami.

1. Jumlah peserta yang ramai

Kami terpaksa menambah jumlah jurulatih agar nisbah antara jurulatih dan peserta tidak jauh beza.

2. Penglibatan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak berumur 4 tahun

Kami telah melantik seorang guru yang berpengalaman mengajar di Pendidikan Khas dan Guru Prasekolah bagi membantu menjayakan program kali ini

3. Cuaca jerebu

Kami maklum akan cuaca yang kurang baik untuk aktiviti luar dan kami telah merangka semula agar sebahagian aktiviti dijalankan didalam dewan.

4. Pakar

Mendapatkan tarikh yang sesuai untuk berolaborasi bersama bekas Ketua Jurulatih Tali Tinggi PLKN dan Pengakap Di Raja. Mereka sangat sibuk dengan aktiviti harian mereka.

5. "Live Telecast"

Kami sediakan laporan dari semasa ke semasa kepada ibu bapa mengenai aktiviti yang dijalankan didalam whatsapp group.

Sungguhpun begitu, semua ini adalah satu pengalaman yang berharga kepada kami.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak mereka menyertai program ini.

Inshaa ALLAH kami jalankan tanggungjawab kami dengan baik dan sentiasa membimbing mereka untuk sentiasa suka melakukan aktiviti fizikal dan memerangi OBESITI dikalangan kanak-kanak.

--> Tips
Pendedahan bahaya OBESITI perlu dilakukan dari kanak-kanak

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Sabtu, 19 September 2015

2 HARI LAGI

Yeayyy!!! T-shirt dah siap...
Sedang menghitung hari #fitnesscampforkids ..

Tinggal 2 hari lagi dan debarannya kian terasa...

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Jumaat, 18 September 2015

3 HARI LAGI...

#fitnesscampforkids kini sedang menghitung hari..

Hanya tnggal 3 hari lag dan malam ni PENDAFTARAN DITUTUP!

Maaf tak dapat nak share apa-apa info kerana sambutan yang sangat LUAR BIASA kali ni..

Sungguh luar jangka, kini penyertaan hampir 130 orang.

Pohon semua mendoakan agar dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas program.. Aaminnn

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

DAPATKAN HARIAN METRO

Alhamdulillah.. Saya diberi peluang sebagai model bagi artikel rakan seperjuangan saya Susu Sejat.

Kali ini beliau menceritakan topik "Cara Betul Turun Berat Badan".

Inshaa ALLAH tahun 2016, kami akan adakan tour MUDAHNYA KURUS kami di seluruh Malaysia dengan
- modul baru
- teknik penyampaian baru
- info-info yang terkini dan baru

Ada sesiapa yang nak jadi organizer untuk tour kami ni? Boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

-BAHAGIA JEMALI-

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Khamis, 17 September 2015

PERSIAPAN FITNESS CAMP FOR KIDS

Terlampau sibuk dengan persiapan FITNESS CAMP FOR KIDS...

Tinggal 4 hari lagi #fitnesscampforkids akan dijalankan..

Rabu, 16 September 2015

KANAK-KANAK SEKARANG..

Apa yang anda dapat lihat di dalam gambar?

Saya pasti semua akan jawab JEREBU atau MASK.

Bagi saya, masalah yang dihadapi kanak-kanak ini adalah dari sudut posturnya. Sepatutnya postur seorang kanak-kanak seharusnya tegak dan bukan membongkok.

FAKTOR PENYUMBANG
1. Kanak-kanak sekarang banyak terdedah dengan GAJET seperti handphone, tab dan sebagainya

2. Kurang melakukan aktiviti fizikal disebabkan oleh GAJET lagi

3. Mengangkat beg yang berat ke sekolah

4. Kurang komposisi otot menyebabkan tidak dapat memegang tulang dalam kedudukan yang betul

5. Tidak didedahkan dengan konsep latihan yang betul, ikut kawan

TINDAKAN
Lihat postur anak anda sekarang!
Bongkok? Senget? Tegak? Lentik?

--> Tips
Jurulatih berfungsi sebagai ARKITEK. Melalui latihan (pelan) anda dapat merubah postur (binaan) menjadi tegak atau sebaliknya.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 15 September 2015

MOTIF PERTANDINGAN SELFIE & LIKE

Ramai tertanya-tanya.. Adakah masalah postur ni boleh diperbetulkan kembali ke?

Ianya bergantung kepada tahap kritikal keadaan postur anda. Kalau masih baru-baru, inshaa ALLAH dapat dibantu tapi kalau dah diri pun senget sehingga jalan pun dah tidak normal, anda perlu rujuk kepada doktor.

TAWARAN
Mengapa saya menganjurkan pertandingan SELFIE&LIKE untuk program #fitnesscampforkids.

Ini kerana saya ingin memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa ada teknik rawatan manipulasi otot yang dapat membantu postur anda.

DAN

Sebab itulah hadiah yang ditawarkan bukanlah WANG TUNAI kerana kalau saya berikan anda wang tunai, saya percaya anda akan semakin senget berbelanja.. hehehe

Jadi saya tawarkan hadiah RAWATAN PERCUMA kepada anda.

Sekiranya anda rasakan anda mempunyai masalah Postur dan ingin mendapatkan rawatan secara percuma, anda hanya perlu sertai pertandingan ini dan masuk adalah PERCUMA!!!

Iklan ini khas untuk orang JOHOR sahaja kerana rawatan akan dijalankan ditempat saya. Jangan lepaskan peluang ini. Jom SELPIAQ SAMPAI LEBAM...

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

BONGKOK KE ANDA?

Dua hari lepas cerita pasal SENGET

Dan

Hari ni nak cerita pasal BONGKOK

Saya yakin ramai anda diluar sana yang BONGKOK dan ia dipanggil Kyphosis.

Nak tahu anda bongkok atau tidak?

Saya share beberapa TIPS
1. Anda berdiri dengan keadaan paling tenang dan selesa
2. Minta rakan anda ambil gambar anda dari sisi.
3. Periksa telinga anda dengan bahu. Adakah ianya berkedudukan satu garis lurus atau sebaliknya.

Kebiasaan orang yang menghadapi masalah postur seperti ini akan mengalami sakit dibahagian kepala, bahagian leher atau tengkok dan kadang kala sesak nafas.

Apa yang perlu anda lakukan? Carilah orang yang pakar dalam manipulasi otot atau tulang untuk kembalikan kekedudukan yang betul

--> Tips
Apabila rawatan disertakan dengan senaman, kesannya akan menjadi lebih cepat

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 14 September 2015

7 HARI LAGI

LAST CALL!!!!!!

Apa rancangan cuti sekolah anak anda?

Asyik main gajet lagi ke? Tak takut mereka OBES dan mudah mendapat penyakit?....

Jom sertai #fitnesscampforkids yang akan dijalankan pada

Tarikh : 21 September 2015 (Isnin)
Masa : 8am - 5pm
Yuran : RM80 (t-shirt, sijil, makan & minum dan aktiviti)
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Johor

Apa tunggu lagi?.. Tinggal 7 hari lagi untuk mendaftar!!!

Ramai yang dah daftar, anda bila lagi?.. Bertindak sekarang untuk masa depan anak anda!!!

"HAK BERMAIN HAK MEREKA"

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection

Ahad, 13 September 2015

MASALAH POSTUR

Tahukah anda?? Tahu apa? Tak tahukan..
Nak tahu tak?... Kalau nak tahu, angguk kepala..

Ok.. dah tahu.. hahaha.. Ok, serius balik..

Tahukah anda bahawa ramai orang yang berdiri dengan bahu/pinggul senget (mungkin anda salah seorang daripadanya)..

Yaaa.. Bahu anda senget.. Ini bukan normal kak atau bang oiii dan anda sedang mengalamai "MASALAH POSTURE"

Tak percaya? Pergi depan cermin dan tutup mata. Longgarkan badan dan diri dalam keadaan yang paling rileks. Buka mata dan taraaaaa... Sengetkan..

Siapa bahu senget tulis "saya ada masalah" di ruang komen..

APA YANG AKAN BERLAKU?
Pernah anda sakit pinggang, tapi bila urut tak baik atau baik sekejap dan sakit kembali? Kenapa eh?

Sakit pinggang yang dinyatakan itu lebih dikenali sebagai LOCAL PAIN (setempat) dan masalah yang menyebabkan sakit tersebut disebabkan oleh GLOBAL PAIN (lebih luas skopnya contoh postur, pergerakan dan banyak lagi)

Kesimpulannya
BETULKAN postur (GLOBAL PAIN) dan sakit sendi dan otot akan hilang (LOCAL PAIN)

--> Tips
POSTURAL ALIGNMENT bertujuan untuk merawat dan mencegah daripada berlakunya sakit sendi dan otot daripada menjadi lebih kronik.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

‪#‎fitnesscampforkids‬
‪#‎YourPhysicalBeautyExpert‬

10 HARI LAGI

PERHATIAN!!!
Warga MALAYSIA secara amnya,
Warga JOHOR secara khasnya
Warga JOHOR BAHRU secara spesifiknya....

Apa rancangan cuti sekolah anak anda?

Kalau tiada, Jom sertai FITNESS CAMP FOR KIDS yang akan dijalankan pada

Tarikh : 21 September 2015 (Isnin)
Masa : 8am - 5pm
Yuran : RM80 (t-shirt, sijil, makan & minum dan aktiviti)
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Johor

Apa tunggu lagi?.. Tinggal 10 hari lagi untuk mendaftar!!!

Ramai yang dah daftar, anda bila lagi?.. Bertindak sekarang untuk masa depan anak anda!!!

"HAK BERMAIN HAK MEREKA"

Ikuti perkembangan #fitnesscampforkids di FB Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Jumaat, 11 September 2015

10 HARI LAGI

PERHATIAN!!!
Warga MALAYSIA secara amnya,
Warga JOHOR secara khasnya
Warga JOHOR BAHRU secara spesifiknya....

Apa rancangan cuti sekolah anak anda?

Kalau tiada, Jom sertai FITNESS CAMP FOR KIDS yang akan dijalankan pada

Tarikh : 21 September 2015 (Isnin)
Masa : 8am - 5pm
Yuran : RM80 (t-shirt, sijil, makan & minum dan aktiviti)
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Johor

Apa tunggu lagi?.. Tinggal 10 hari lagi untuk mendaftar!!!

Ramai yang dah daftar, anda bila lagi?.. Bertindak sekarang untuk masa depan anak anda!!!

"HAK BERMAIN HAK MEREKA"

Ikuti perkembangan #fitnesscampforkids di FB Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

KEISTIMEWAAN FITNESS CAMP FOR KIDS KALI INI

FITNESS CAMP for KIDS dah masuk siri yang ke-5. Kebiasaan kem ini dibuat 3hari 2malam dan kali ni kami buat program sehari kerana ingin memberi peluang kepada yang tidak berkesempatan untuk menyertainya.

Pada kem yang lepas, saya dihubungi oleh seorang ibu yang mempunyai anak istimewa (autism). Beliau ingin menghantar anaknya menyertai kem. Syarat menyertai kem saya mudah sahaja, kanak-kanak tidak kencing malam, tidak cari ibu bapa bila nak tidur dan pandai urus diri.

Oleh disebabkan demikian, ibu tersebut mengambil keputusan untuk menangguhkan penyertaan anaknya kerana baru berumur 8 tahun.

Kali ini, saya dihubungi lagi oleh seorang ibu yang berbeza yang mempunyai anak kembar yang istimewa. Beliau ingin mendedahkan anaknya kepada aktiviti-aktiviti seperti ini.

Pada saya, selagi dia boleh menerima dan faham kepada arahan, saya tidak menolak.

Ini adalah proses pembelajaran yang sebenar untuk mereka. Menghadapi orang ramai, belajar bergaul, belajar bekerjasama dan banyak lagi. Aktiviti seperti ini dapat membina keyakinan diri mereka, semangat mereka dan mereka akan rasa diri mereka diterima oleh masyarakat.

Selain daripada itu, ia akan memberikan impak juga kepada peserta yang lain.

Apa tindakan anak anda sekiranya mereka berjumpa kanak-kanak istimewa ini?

- ada yang menjauhkan diri
- ada yang pulaukan mereka
- ada yang ejek mereka.
- ada yang buli mereka

Disinilah kami mendidik mereka agar bersyukur kerana dikurniakan sifat-sifat yang normal, belajar menghormati dan bekerjasama dengan anak-anak istimewa, menyampaikan maklumat yang betul kepada mereka agar anak-anak istimewa ini dihargai dan disayangi.

Saya sangat RESPECT kepada ibu kepada kembar anak-anak istimewa ini. Saya doakan semoga anak kembar puan menjadi orang yang HEBAT dan BERJAYA satu hari nanti!! Inshaa ALLAH..

Aaminnn

Ikuti perkembangan #fitnesscampforkids di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

PERANG SELFIE BERMULA!!

Langkah-langkah menyertai PERTANDINGAN SELFIE & LIKE TERBANYAK
FITNESS CAMP FOR KIDS

1. Anda perlu mempunyai instagram

2. Hubungi saya untuk bergambar bersama "frame"
>> IG @BAHAGIA JEMALI
>> FB BAHAGIA JEMALI
>> Whatsapp 013 727 7007

3. Ambil gambar SEORANG diri sahaja 

4. Berikan komen di IG anda dan letakkan hashtag #fitnesscampforkids

5. Share di FB melalui IG anda

Anda mempunyai tempoh 9 hari daripada sekarang untuk meningkatkan jumlah LIKE anda.

Pemilik IG yang berjaya mendapatkan jumlah LIKE terbanyak dikira pemenang dan akan diumumkan pada 21.9.2015 (Isnin)

Good luck semua!!

Khamis, 10 September 2015

SELFIE DAN MENANG!!!

KHAS ORANG JOHOR!!!

Jom berselfie dan menang HADIAH bersama Bahagia Jemali sempena program #fitnesscampforkids

"Jangan cakap abang tak payong"

~BAHAGIA JEMALI~

‪#‎YourPhysicalBeautyExpert‬
‪#‎bodynmindconnection‬
‪#‎bahagiajemali‬
‪#‎mybodywork‬

KOLABORASI

Alhmadulillah.. Syukur kepada ALLAH..

Pernah dengar pepatah ni?

"Nak BERJAYA, berkawanlah dengan orang yang BERJAYA, inshaa ALLAH kamu akan BERJAYA"

Untuk memastikan FITNESS CAMP for KIDS kali ini berjalan dengan lebih lancar, kami berkolaborasi dengan dua individu hebat yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing

Jom kenali mereka...

En Arbain bin Ishak
Beliau seorang bekas jurulatih PLKN (2004-2008) dan mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang rekreasi.  Menggalas sebagai Ketua Jurulatih Tali Tinggi di PLKN, beliau akan mengendalikan aktiviti Wall Climbing akan akan dijalankan nanti

En Khairul b Jailani
Beliau merupakan seorang Pengakap Di Raja pada tahun 2007. Banyak mengendalikan program perkhemahan Jambori Pengakap dan pernah mengendalikan sendiri Perkhemahan Jambori diperingkat Antarabangsa yang diadakan di Johor pada tahun 2013 yang disertai oleh 10 negara luar antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Maldives, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Semoga dengan kehadiran mereka ini dapat menjadikan program ini lebih menarik, lebih seronok dan lebih ceria kepada kanak-kanak..

--> Tips
Saya dah jalankan tanggungjawab saya dengan mengumpulkan orang-orang HEBAT, hanya tinggal anda sahaja yang bertindak untuk menjadi HEBAT atau sebaliknya.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 9 September 2015

PESERTA KECIL FITNESS CAMP FOR KIDS

Mereka berdua ini antara peserta yang akan menyertai FITNESS CAMP for KIDS pada 21 September 2015 nanti.

Bagi Aman, ini adalah kem yang ketiga beliau sertai.

Beliau dah mula pandai susun kasut sendiri, kumpul baju kotor dan basuh pinggan sendiri. Walaupun benda tu simple, tapi seawal usia dia 5 tahun beliau dah didedahkan dengan "zon yang tidak selesa"

Keberanian beliau melakukan aktiviti kemahiran tinggi nampaknya menjadikan beliau seorang yang berani. Buktinya, beliau pernah menyanyi di depan orang ramai pasa satu majlis disekolahnya.

Seperti saya katakan, perkembangan kanak-kanak perlu lebih menitik beratkan aktiviti psikomotor.

--> Tips
Anak pertama dan kedua berlainan karektor. Didik mereka mengikut karektor mereka dan kembangkan kemahiran yang mereka ada. Tanamkan semangat dan sifat usahawan dalam diri.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert