Kalau ditanya kanak-kanak, dah besar nak jadi apa? Jawapan standard adalah DOKTOR, PEGUAM, ASKAR dan CIKGU. Betulkan?..
Adakah anda tahu, apa yang mereka fikirkan itu adalah satu kerjaya yang dipanggil "makan gaji".
Mengapa kita tidak memprogramkan mereka agar suka kepada PERNIAGAAN?
TAKUT RUGI?
TAKUT TAK JADI?
TAKUT LINGKUP?
Inilah dinamakan LIMITED BELIEVE! Anda mengongkong pemikiran anak-anak tanpa sedar. Berniaga perlu ada strategi, perlu belajar psikologi dan perlu diadaptasi..
Dalam program #fitnesscampforkids, saya selalu mengingatkan kepada peserta tentang betapa untungnya apabila menjadi seorang USAHAWAN.
Untung apa?
1. Anda boleh aturkan masa kerja anda dan ada masa bersama keluarga
2. Anda ada lebih duit atau harta untuk disedekahkan (agar amalan kita berterusan walaupun kita tiada)
3. Anda meningkatkan ekonomi umat Islam dengan membayar zakat
4. Kita boleh membantu orang lain yang memerlukan dan juga dapat membantu mereka yang ingin berjaya seperti anda
5. Mampu menunaikan Haji dengan mudah, inshaa ALLAH
So, mulai daripada hari ini.. Bimbing dan re-program anak-anak anda agar menjadi seorang usahawan. Cungkil bakat & minatnya lalu bimbing mereka bagaimana mereka mampu menjana pendapatan daripada kemahirannya
INILAH PENDIDIKAN YANG SEBENAR!!
--> Tips
Pendidikan seharusnya DINILAI berdasarkan KEMAHIRAN mereka, bukan ATAS KERTAS sahaja.
Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
Tiada ulasan:
Catat Ulasan